Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Thursday, January 5, 2012

Superhuman 21


Salam.


Alhamdulillah.

I miss my friends and I miss my old days. Siapa yang tak rindu masa dulu dia? Tell me. :) Hari demi hari we will hope for a better tomorrow, yang senang untuk ditempuh yang kita dapat segala apa yang kita mahukan. Tapi that is not the normal life realitinya, makin kita pergi jauh makin besar cabaran yang akan kita lalui. Same goes to me. Untuk sampai ke tahap ni (yes I know walaupun yang bukan membanggakan sangat pun tapi lebih baik dari sebelumnya) it is totally susah. Susah bukan senang. I am 20. Million thanks to Allah. Alhamdulillah  it's been 20 years survive atas bumi yang nyata ni dan diberi pinjam nyawa oleh empunya mutlak. Dan waktu umur 20 tahun ni jugak lah I realize yang sememangnya baik ke buruk ke yang kita lalui masa lampau kita takkan jadi macam mana kita sekarang ni.

Teringat masa dekat MRSM dulu. Macam macam perkara saya belajar, of what should I do and what should I don't. 5 tahun tempuh hidup di sini bukan suatu yang mudah for me personally. Dan dekat sini jugak lah, I've found a lot of friends yang betul betul rasa suasana kawannya. Walaupun hakikatnya kalau diberi peluang untuk putar balik merasa kehidupan kat MRSM dulu lagi sekali pun saya tak nak, tapi I've had learned so much. But yes, dekat sini a lot of mistakes I've done which I admit sampai sekarang pun masih rasa lagi kesannya. I regret walaupun saya tahu sometimes seboleh-boleh saya deny yang saya tak menyesal. But trust me jauh dari sudut hati ni I feel regret yang teramat sangatnya. :( setiap kali itu juga lah I'll pray to Allah, jangan beri langsung saya peluang untuk ulang kesalahan yang sama macam dulu. Alhamdulillah, sikit demi sikit Allah bantu, Dia sentiasa ada di mana mana bila kita memerlukan. How sweet Allah is untuk hambaNya yang khilaf. :')

Today, 5 January 2012. Cukup untuk saya katakan dah tiba masanya ke fasa yang lain which mungkin yang lebih mencabar dan lebih buat kita kenal macam mana nak hidup atas kaki sendiri. Tepat pukul 12 a.m tengah malam tadi, tiba-tiba air mata ni mengalir yang saya sendiri tak tahu kenapa. Mungkinnya sebab for a long time ini masanya yang saya tunggu, to be 21. Instead of I'm happy sebenarnya saya takut. Macam yang saya cakap sebelum ni, takut menjadi dewasa rindu zaman dahulu kala. Well, ini lah norma. Bak kata satu text message yang saya dapat pagi tadi, "Wow! Dah dapat key of freedom!". Takde mana freedomnya. Haha :P


Terima kasih mak abah sebab menjaga sesempurna mungkin anak yang seorang ni. Somehow kadang-kadang rasa macam I'm the black sheep dalam family sebab macam-macam masalah saya buat. Haha. But parents? Hanya melayan kerenah tu dengan sabar dan tak pernah mengeluh, disayangnya macam menatang minyak yang penuh lagi adalah. SubhanAllah betapa kuatnya kasih sayang yang Allah kurniakan buat ibu bapa kita kan. :')

Kakak. Hah yang ini lagi sorang. Kadang-kadang jadi tempat bergaduh jugak. Well air dicincang memang takkan putus. Gaduh lah macam mana pun nanti baik jugak. Haha. Thanks for being such a wonderful sister I ever had. The one yang sangat memahami adiknya, yang sangat suka mengalah dengan adiknya yang seorang ni, yang sangat membantu dalam apa hal sekalipun. Kalau ada buat salah takut nak cakap dengan mak, dia orang pertama yang saya cari dulu. Kalau nak beli benda tu tapi mahal takut nak cakap dengan mak nanti mak marah, dia orang pertama yang saya cari jadi orang tengah. Kalau pecahkan gelas kat dapur pastu mak dah bising, dia orang pertama yang saya jerit suruh datang dapur teman saya sebab dah takut. Kalau tak jumpa barang yang dicari dalam rumah, dia orang pertama yang saya cari minta tolong carikan jugak dan selalunya bila dia tolong tu lah yang akan jumpa. Haha. Yes, saya sangat bergantung pada dia sebenarnya kan. That is kenapa dia terlalu penting dalam hidup saya. :)



Basically, umur 21 saya sambut dengan ingatan tulus ikhlas orang-orang yang saya sayang, pengalaman-pengalaman dulu and so on so forth. 

Syukur Alhamdulillah. Semoga Allah mengiringi setiap perjalanan kita dalam meniti waktu mengenal hidup ni. Semakin dewasa, semoga Allah dekatkan lagi kita dengan Dia begitu juga dengan orang-orang sekeliling kita. Menjaga hubungan baik dengan Allah begitu juga menjaga hubungan baik dengan manusia. Semoga Allah permudahkan setiap hari yang telah diciptakan untuk kita. Dan semoga Allah memberkati apa yang kita buat setiap detik dan waktu. Amin.


So here. Note for myself.



".....Dear Farah Azieka Nasir,
Happy Birthday my dear. May Allah always be with you. 
Jaga hubungan dengan Dia dan manusia insyaAllah your life would be better. 
Don't be afraid to face up the world, be strong and be brave, the world is yours. 
Kuatkan hati tanamkan azam semangat menyerah hanya pada Dia, 
you'll change to a super duper better. 
Love yourself, love your life. 
Semoga Allah kurniakan segala yang didoakan padaNya darimu sayangku. Jaga hati...." 


Sincerely,
yourself :)


Happy  21st Birthday! ;)


Monday, January 2, 2012

Romantis

Salam.

Belakang dah sakit. Buat FIFO dengan LIFO (costing) dari tadi membuatkan saya dah makin mual mengadap buku. Aceh, mengadap sangat ke? =.=' Diam! 

Jadinya saya ambil laptop search apa yang boleh. Eh tiba-tiba pulak terjumpa satu gambar ni. Cantikk sangat so....... Saya terfikir why don't saya search gambar-gambar yang cantik cuci-cuci mata sekejap. Search punya search sekali! Prapp! Haha. Saya type tempat-tempat indah di dunia je sekali keluar list yang first sekali tempat-tempat romantis paling indah di dunia. Terus click! Hehe. Awww! (so basically bukan salah saya okay google yang suruh tengok) >.< 

Dah lah malas nak cakap banyak. Kita tengok gambar je lah. ^^,



1. Bali




2. Eiffel I'm in love :p




3. French Polynesia




4. Greece




5. Seychelles




6. Maladewa



7. Tuscany




8. Venice 


So tak nak ulas banyak banyak nanti sampai esok tak habis. Haha. Mata dah segar balik ni! :D

Jauh terpesong dah ni, sambung study balik. Ehem ehem.. ♥

















Cepat lah tanya saya mana yang saya pilih! (tengok yang bold tu) HAHA. Bye. :p


Sunday, January 1, 2012

Waktu Dunia


Salam.


rama-rama yang cantik takkan singgah kalau tiada yang seindahnya
pelangi takkan lahir kalau tiada alunan air yang damai
waktu itu jangan dicarik dengan detik kelukaan
bukan untuk ditangisi dengan air kesengsaraan
walau sedalam mana beban yang harus dikorek
walau setegar mana batu penghalang itu harus dipecah
waktu itu adalah waktu kita
waktu yang dikurnia untuk menitis kemanisan dunia 
waktu untuk mencoret senyuman bahagia
walau disebaliknya bertitik sejuta penyakit hitam
hikmahnya ada berbagai warna cahaya.

 -FarahAziekaNasir

2012


Salam.

Hello cantik! Hello kacak! Haha :p

So what's next? Haha. Alhamdulillah dah masuk 2012. Post yang macam ni sepatutnya ada dari tahun ke tahun yang baru, unfortunately dari tahun ke tahun itu lah I've been busy with other kind of things yang tak tahu apa dia. I wonder.......... (",)


Alhamdulillah kita masih punya macam-macam. 
Masih punya nafas sampai hari ini, masih punya peluang rasa susah senangnya tiap-tiap hari, masih punya waktu Dia beri untuk jelajah dunia hakiki, masih punya tenaga untuk berjalan atas kaki sendiri, masih punya tanah tempat dilindungi, masih punya hitungan untuk hari-hari yang terjadi, masih punya mata melihat rahsia alami, masih punya hidung menghidu si wangi, masih punya mulut berkata itu ini, masih punya akal insani, masih punya amanah yang harus diusung sana sini, masih punya tanggungjawab yang tak harus berhenti dan masih punya sayang untuk rasa dalam HATI. Terima kasih ya Allah. :-)


Dua kosong satu dua. Abaikan nombor kosong lihat nombor dua dan satu, I'll be there selang beberapa hari ini. InsyaAllah. Takut menjadi dewasa, rindu zaman dahulu kala. :') Semoga kebaikan jadi teman kejahatan jadi lawan. Amin.

Happy New Year 2012 ♥


Saturday, December 31, 2011

Ibu Adalah Insan Yang Sangat Memahami :)

Salam. 


Tadi ke Mc Donalds dengan Izzul minta tolong editkan video mandarin. Alaa antara assignment yang bertimbun-timbun tu, ni lah salah satunya. Haha. Dari lepas solat Jumaat buat sampai pukul 8 malam kalau tak silap bertapa dalam Mc Dogol tu. :p 

Dapat satu message dari mak. "Tak nak balik ke? Esok nenek nak buat makan-makan birthday Mira..." hehe. Tapi tak balas pun siapkan video dulu agak-agak lagi sikit nak siap terus call mak balik. "Obo tengah buat video mandarin ni tak siap lagi. Mak nak ambik ke kalau nak balik. Heeeee....". Mak, "Haa cepatlah siapkan kejap lagi mak datang ambik dengan ayu..." 

Hehe. Dari hari saya pulang semula ke shah alam tu lagi mak dah cakap tak payah lah balik dulu duduk lama sikit kat rumah. Tapi saya tak nak sebab fikir kerja banyak tak siap lagi. Tup tup esoknya lah yang tak larat bangun tu, mungkin sebab tak dengar cakap mak. Alahaiii >.< Then masa sakit tu pun mak tanya lagi tak nak balik ke saya cakap tak nak jugak sebab kerja jugak. Tup tup sampai ke hari ni sakit kepala ni tak hilang hilang lagi ni. Sampai satu malam tu menangis, sebab sakit sangat nak balikkkkk. Nak suruh mak datang ambik macam segan pulak. :( Tiba-tiba mak tanya hari ni and kebetulan kerja pun alhamdulillah dah 90% nak siap. Memang macam orang mengantuk disorongkan bantal. Huhu.

So malam ni kalian, saya tidur pandang kiri ada mak kat sebelah pandang kanan ada akak kat sebelah. Rasa sangat dilindungi okayy :D Balik balik tadi tengok Maharaja Lawak Mega satu family ada mak akak atuk nenek and lain-lain lah except abah takde kerja malam katanya. Bergelak ketawa dengan suka hati. Tadi tengok Ombak Rindu dengan nenek kat Astro First, memang malam ni asyik tengok menatap muka Aaron Aziz je laa. :p Sakit kepala pun dah beransur pulih, itu mengada-ngada namanya kepala ni. Okey tu je, bye! Haha. Syukur ya Allah, alhamdulillah ^^v

Moral of the story: Dengar cakap mak sebab itu yang terbaik sebab mungkin kalau ada sesuatu dia yang dapat rasa dulu. Alalalaaa... Heeee :)




I LOVE YOU MUM! 
Forever ;)



Friday, December 30, 2011

Exhausted


Salam. 

Sekadar untuk membebel je kali ni. :)

Study week start 24th december haritu sampai 1st january and sepatutnya I've spent lebih lama sedikit di rumah bersama family tercinta dan meletakkan di tepi seketika buku, assingment and whasoever. Haihh. Tapinya sangat malang for me. I got a lot of work to do. Kenapa hidup ni tak adil. Aceceh. -.-" Dari start balik Selasa yang lepas tak berhenti berhenti mengadap assignment. Ya Allah, help me :( Study pun tak sempat sempat nak start lagi. Nak final okayyy, I repeat nak FINAL! Tapi satu pun tak hidup lagi ni! Arghhhhh! 

Dicampur dengan hari Rabu that has been wasted macam tu je sebabnya tak tahu sakit apa yang melanda. Langsung tak larat nak bangun, nak makan, nak buat apa pun tak larat! Muntah muntah, kepala macam dihentak-hentak, perut serba tak kena, badan lemah yang teramat. And saya hanya mampu melihat groupmate buat kerja sesama mereka tanpa saya membantu sedikit pun. Disappointed okayy! Takde function saya dalam group tu coz I do nothing! Kenapa time time macam ni? :'( 

Dan semalam, alhamdulillah dah okay sikit. So, pergi hantar assignment yang satu tu. Siap siap kan apa yang tertangguh lagi but then tiba ke petang and malamnya again. Headache! Kepala sekali lagi macam dihentak sekuat yang boleh. Berdenyut-denyut macam ya Allah je yang tahu. Sakit tahuuu :(

Pagi ni bangun, sakit tu still tak hilang. I just pray to Alllah, berilah aku kesihatan yang baik baik saja ya Allah. There's a lot to do which require tenaga yang cukup untuk saya selesaikan dalam waktu yang singkat macam ni. Hari Jumaat si penghulu hari, please be kind to me dan semoga hari ini berjalan seperti yang dirancang, insyaAllah. Amin. 

So today, kasi pulun lagi supaya semuanya siap secepat yang boleh dan study dapat dimulakan!


" Inginkan mutiara selamilah lautan,
inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
inginkan kejayaan relailah pengorbanan,
Ketahuilah bahawa setiap penderitaan itu
sebenarnya terkandung 1000 kemanisan..."


Wednesday, December 7, 2011

[ Siapa punya? ]

Salam.


Saban hari kita merenung, menangis mencari jawapan kenapa itu dan kenapa ini. Tanpa sedar, soalan tu bukan hak kita sebenarnya. Si polan manapun takkan punya jawapan melainkan Dia yang satu.

Kenapa markah aku tak sama dengan dia? Kenapa dia dapat lebih kenapa aku dapat kurang? Kenapa dia gembira aku tak? Kenapa aku bukan dia? Kenapa selalunya aku bukan dia? Kenapa memang akan aku bukan dia? Mengeluh.

Teringat satu hari. Pergi program kenali diri kat fakulti. Excited at the beginning but sad ending personally. Again, it was ME! Hehe. Kadang-kadang pressure tahu? Walaupun orang cakap tak payah nak percaya sangat benda tu, tapi aku tahu serba sedikitnya betul tu semua. Kalau tak kenapa aku dapat keputusan yang macam tu. Segalanya memang aku. Haha, tiba-tiba emo. Mood swings mode okayy. Awhh! Banyak kaunter tersedia. Dari satu kaunter ke kaunter yang lain saya pergi. First, warna dan sifat anda. Hasilnya, biru. Dalam hati konon ingat perwatakan warna biru macam yang selalu baca kat majalah tu laa. Damai whatsoever. Tapi! Awak seorang yang penghiba, muda larut, emosi dan sensitif. Bahaya orang biru ni. MasyaAllah, sampai hati cakap macam tu. First2 lagi dah macam d**n! Haha.

Kedua, kaunter minat anda kot. Buat punya buat test dia, jawab punya jawab dengan harapan it would be a positive result for me please? Dapat dapat keputusan, siapa yang dapat huruf C rasanya. Saya pun angkat tangan. Tahniah, anda berada di fakulti yang salah. HAHA! Second is also dah macam d**n! ^^v fikir balik betul betul kenapa awak ambil course ni. Minat? Mak ayah? Terpaksa? Kalau rasa boleh, teruskan kalau rasa tak, buat apa buang masa. Hehe, tepuk dada tanya selera. Nak cakap lagi sekali boleh? D**n! Ilmu hisab payah jugak kan? Haha.

Ketiga, kaunter ni paling best. Lagi buat macam pfffttt. :) Tarikh lahir dan siapa anda. Dalam kertas ada banyak banyak kotak. Kena isi nombor nombor tarikh lahir kita. And then campur2 sampai kotak last. Lepas tu diberinya lagi sekeping kertas, tertera nombor nombor idaman. Haha. Nombor apa yang tiada itulah kekurangan kita. Yang saya takde nombor 4 dan 7 rasanya. Guess what? Taraa! ^^, 4 adalah KAWAN, 7 adalah ILMU. Hina rasanya sekarang, like seriously? YES! Ditambah lagi, bila ditanya, boleh saya tahu siapa yang takde nombor 4 dengan 7? Then I asked, kenapa ye? (*saya tak angkat tangan pun waktu tu sebabnya tengok kertas orang sebelah sebelah depa semua ada salah satu nombor tu except me! Maksudnya saya seorang! Saya maluuu. Betul.) Siapa yang takde dua nombor ni dia adalah seorang yang sangat bahaya and need to be usaha berlipat kali ganda berbanding orang lain. Usaha dari semua segi. Full stop. Sebab dah macam d**n again and again! :'( Satu hari yang biasa dah boleh merosakkan rasa! There you go, nampak tak macam mana penghibanya saya. ;)





Terus keluar dari dewan tu.





Sama macam Fakri Saarani tak dapat masukkan penalti (*eh tiba-tiba. Haha). Bak katanya, "buat lah macam mana pun kalau bola tu tak nak masuk usaha macam mana pun memang dia takkan masuk. Yang penting saya tahu saya dah buat yang terbaik".

Tadi bersms dengan Izzul, cerita markah test.

Izzul : Lain kali rezeki awak..
Saya: Tapi memang akan selalu bukan jadi rezeki saya. Kenapa ye?
Izzul : Tengok keseluruhan hidup awak. Macam roda, kadang-kadang kita tak dapat tuah dalam satu sudut kehidupan kita.. Allah nak bagi cara lain.

Saya tulis ni sekadar selingan cerita pengalaman. Untuk renungan diri sendiri jugak. Berkongsi tak salah kan? Rezeki tu kadang-kadang bukan kita yang punya. Buat lah macam mana pun, kalau bukan kita punya tetap bukan lah. Mungkin rezeki tu bukan dekat sini, Allah nak bagi pada suatu masa yang lain yang lebih manis waktunya nanti. Jangan lah sedih-sedih.. :)


Sekian.