Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Wednesday, November 4, 2009

[ am i a perfect teacher? ]





salam~

saya sedang meenghidu, menghirup dan menikmati bau-bau Kuala Lumpur yang sangatsangat saya rindui. haha, status facebook. tett. ;) hakikatnya, memang baru sampai di rumah siang tadi. menunggu masa senggang yang diberi sebelum tiba preculculus yang sangatsangat di- errr... huhu. eloklah pulang dan menghabiskan masa di rumah saya fikir. ;p

saya bersama seorang sahabat pulang. sahabat yang asalnya dari kawasan yang teramat jauh rasanya. hee~ dan hari ini adalah hari bermakna mungkin. untuk saya. dan tadi, keadaan di Kuala Lumpur yang telah biasa saya lalui, pulang menaiki bas dari melaka ke kl dan kemudian menaiki train ke pwtc dan seterusnya. haihh, asam garam kot. haha. tapi bagi si dia, hari pertama perlu mengikuti saya yang sewel dan balun apa saja ini untuk pulang ke rumah makcik di shah alam.

nak dijadikan cerita, ehem2. hak3. tadi bersama anis, seperti biasa saya akan menjadi guru yang akan mengajar selok-belok perjalanan pulang ke kuala lumpur. haha, dan hari ini tajuk pelajaran kami 'menaiki komuter di kuala lumpur'. haiya. dari melaka sampailah ke kl,

"........ farah, nanti tunjuk anis mana stesen komuter tu eh. tolong ajar macam mana nak naik.
teman anis yea, takut ni........"

anis, rakan yang dikenali di melaka. dari mulut tidak lekang "anis takut lah, takkan nak buat sorang2 kot tak biasa"... adushh. bukan niat entri ini ditulis untuk menyatakan bahawasanya saya ni hebat, berani atau apa2 sajalah. huh. tapi sampai bila mahu terus 'takut' dengan diri sendiri tanpa berani mencuba sesuatu yang baru kan? dunia makin maju lah, dunia makin canggih lah. come on bebeh! ;) betulkan apa saya cakap ni kawankawan? hee.
sampai di stesen komuter,

".......anis pergi kat kaunter tu cakap nak pergi shah alam, masukkan tiket ikut anak panah kat pass yang dapat tu, then anis tunggu sampai train datang, naik and bila sampai shah alam turun, last nak keluar masukkan pass tu balik ikut anak panah dia oke. sorry kita tak dapat teman, abah dah tunggu dia dah nak pergi kerja......."

dan saya terus membiarkan anis menjalani pengalamannya sendiri dan menikmati keindahan pengalaman yang harus diciptanya itu. :) jujurnya, iye saya risau membiarkannya seorang diri. sampai di rumah saya masih lagi terus meng-sms anis,

"..........anis elokelok oke. ingat tiket tu masuk ikut anak panah dia, sampai shah alam call makcik anis kata dah sampai. tengok stesen betulbetul sampai je shah alam terus turun tau........."

dan akhirnya setelah sejam lebih mungkin menunggu sms dibalas, "farah, alhamdulillah anis selamat sampai. terima kasih yea. takut sangat tadi. baru jumpa makcik anis ni." huihh, terus menghembus nafas dan lega.... haha.

to my dearest anis;
tenang...
tak salahkan kita cuba satu benda yang baru yang tak pernah
kita buat selagi tak melampaui apa yang tak sepatutnya dibuat.
jangan takut.
keluar dari kepompong lama lahh ;)
ampun tinggalkan anis sorang2 but i have to.

dan sepanjang hari sampai saja di rumah saya terus berfikir, am i right? or adakah saya seorang sahabat yang tak menjaga sahabatnya dengan baik? atau saya telah melakukan sesuatu yang tak sepatutnya saya buat? atau, atau, atau... abaikan dan apa yang saya pasti, anis memberi saya pengalaman baru, alhamdulillah.

lesson for today kawankawan; no means no but yes means yes ryte? jangan takut mencipta pengalaman. ;)