Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Friday, February 19, 2010

[ Milik Siapakah Hati Ini ]

salam~




semalam kau bercerita dan aku mendengar
tangan tertaut hati bersatu
sedang di sekeliling penuh dengan kata-kata
engkau memandang dan terus menjengah
dari hari itu, semakin aku hitung bintang di langit semakin aku lemah
aku disuntik!
aduh sakit wahai alam.
biarlah aku terus menari
sampai rama-ramaku terbang

walau mengalir air mata darah sekalipun
kau takkan pernah tahu
aku merayu terus merintih
kau takkan pernah rasa
kerna separuh hati dan jiwa telah berlalu
dijemput masa yang aku tunggu
meski malu seperti anak kecil

esok masih ada
ya, semua manusia tahu!
tapi bukan untukku
aku adalah malam yang takut keesokan
cuba kau lihat dalam-dalam
lihat nun jauh di atas sana!
dia temanku kini.
yang bersama menunggu rama-rama tadi mencuit bahuku
dengan harapan, esok akan bertemu
pada sang pemilik yang Dia ciptakan.



puisi diriku:
FARAH AZIEKA NASIR



sekadar tulisan kecil yang secara tidak sengaja bermain di fikiran gadis ini ;)

sekian.

2 comments:

Anonymous said...

my request
bwt stu sajak for me
hehe
(:





budak comel
HAHA

FarahAzieka Nasir said...

budak yg tersangat lah comel;

sajak untuk anda? munculkan diri anda di depan saya dahulu. hehe. ;p