Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Sunday, May 1, 2011

[ Bergembiralah Duhai Hati 2 ]

Assalamualaikum.

secara ringkas sebelum saya masuk tidur.

walaupun pada awalnya baru seketika tadi seorang rakan, a very good friend, tanya dah update blog ke belum, saya katakan tidak nanti nanti lah.

tapi tak tahu kenapa menyentuh sangat menonton video yang ini. sekali lagi saya jumpa secara tidak langsungnya dan terus! subhanAllah. :')

kalau mampu saya tulis setiap bait perkataan setiap baris ayat yang disebut, ya Allah indah sungguh. nak menangis rasanya. kenapa perlu bersedih? jangan bersedih sebab Allah sentiasa bersama kita. saya bukan sedang bersedih, bukan sebelum saya menonton yang ini.

ramai orang bersedih kerana tak mendapat ketenangan yang diimpikan. namun adakah betul kita tahu dan kenal sebenar-benarnya tenang itu bagaimana. syukur, syukur dengan apa yang kita ada. tenang itu bukan hanya dari harta, tenang itu bukan juga hanya dengan gembira, tenang itu hanya daripada Dia.

kata Hamka, "yang ada ini sudah harapan kita"


bukan salah untuk mengaharap sesuatu yang belum ada tapi jangan lupa yang telah ada!

Allah itu segala-galanya. bila hidup terasa gelap, Dia lah penerangnya. bila hidup terasa sedih, Dia lah penyerinya. bila hidup terasa tidak bermakna, Dia datang memberi makna. tapi kita tak pernah sedar. kita ini menumpang. lalai, leka. :'(

syukur kadang-kala lebih tinggi makamnya dari sabar. kerana ramai orang tahu bersabar tapi belum tentu seseorang itu bersyukur dengan apa yang dia ada, dia miliki. kita? tepuk dada tanya selera.

peringatan untuk semua dan saya juga hendaknya.




guruh dah berbunyi, hujan agaknya! ;)

sampai di sini dahulu.

belakang sakit lenguh sehari suntuk di luar. rehat adalah solusi yang terbaik, insyaAllah.

semoga esok hari yang lebih bermakna :)


farahaziekanasir