mulanya tidak mengenali
bermain di minda seribu
sedang masa berlalu
kita terus membina
setiap detik kita lalui bersama
jauh di sudut hati
ada antara kita
yang masih belum mengenali dalamnya
sebaliknya
bila tangan kita menyatu
lidah menjadi kelu
dan kita terdiam kaku
rasa menjadi satu
di luar itu pasir
di luar itu debu
mudah dilawan angin itu
kita tetap teguh
kerana kita
adalah satu
puisi diriku : FARAH AZIEKA NASIR
made by myself
tiba2 mendapat ilham
uhuhuk!
luv it~
No comments:
Post a Comment