Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Monday, November 30, 2009

[aja aja fightin']

salam~

haihh, setiap kali mahu blogging ada saja halangannya. but for now saya tak kira akan di post juga. gambate kundasai! hee... ;))

satu persatu akan saya ungkapkan di sini. ngahaha!

rambut; berjuta, berbillion rambut gatal mulai tumbuh. wahh ;(
mata; sudah terlebih tidur mahupun tak cukup tidur... err...
muka; bergarisan khatulistiwa, depan legam belakang suci. adushh...
badan; lemahlemah keletihan, weakness!
tangan; lebam sanasini ;(
kaki; luka sana luka sini, melecet sana melecet sini ;(

ini adalah entri yang akan saya ceritakan apa yang telah berlaku kepada saya selama 10 hari di uitm melaka tersayang. ;) menjalani latihan intensif bakal komander (LIBK). sejujurnya dan sememangnya bukan sesuatu yang mudah. tanpa ragu. (:

alhamdulillah, saya berjaya bertahan sampai ke hilir lah babe! wahahaha ;p tapi itulah, tubuh badan fizikal saya adalah bukan seperti yang biasa buat masa terdekat ini. that is why saya hanya mampu menulis ciri-ciri tubuh yang dialami tanpa gambar yang perlu di upload. malu lah i... kui3.

seriously muka saya sangatsangat teruk buat masa sekarang. like my dad, disebabkan abah shift malam sewaktu saya pulang saya hanya berkesempatan menemuinya buat kali pertama keesokan pagi saya di rumah, and when he woke up dan melihat kali pertama anak gadisnya ini yang sedang asyik melayan tv, ini yang keluar secara spontannya, "teruknya muka kau ni dik, memang betulbetul kawad dalam panas ke?", humm... sudah gaharu cendana pula sudah tahu. arghh! ate teman kawad dalam panas lah bah... kalau tak takdo jadi cemane gini haa... haha. and fyi kawankawan, my abah memang sangatsangat cerewet dengan muka anakanak gadisnya terutamanya saya yang sering menjadi tumpuan virusvirus kulit yang kejam. sometimes dialah orang pertama yang akan sedar anasiranasir yang tak sepatutnya di muka kami. hak3. usahkan jerawat juga ditegur apatah lagi legam begini. aduyai... and like my mum said, "muka kau ni dah macam dayang senandung mak tengok", sambil disambut dengan gelak tawa my abah and my akak yang sangat tidak berhati perut. urghhh! ;(

takpe, takpe. farah sedang menjalani pembedahan rehat dan rawat lah sekarang. tunggu saja lah. (harapharap menjadi usaha yang dilakukan) hek3...

oh ya, attention! kepada sesiapa saja yang saya sayangi.
; jangan menggatalgatal mahu mengajak saya keluar buat masa sekarang oke. iye, saya tahu lah saya sedang cuti sekarang but bagi lah masa saya pulih dulu. haiya. rumahku syurgaku. harap kalian faham. segala ketidakfahaman tidak dilayan. hahaha... :)

apapun yang berlaku, this is lah yang saya pilih. pandai buat pandai tanggung lah kan. nvm. saya seronok. pangalaman yang tak mampu saya ungkap dengan tulis bercerita panjangpanjang. saya sangatsangat bersyukur. dan sekarang saya berjaya menyandangnya.

komander rendah muda farah azieka binti nasir
(bukan untuk menunjuk-nunjuk cuma menyatakan gembira dan syukur kerana saya juga kuat! namun tak kisah lah apa kalian mahu fikir. its all up to you kawankawan)


selepas selesai memasuki hutan meredah paya, kelapa sawit, semak samun, kubur and all that. aktiviti tunjuk arah. pengalaman yang sangatsangat tidak dapat dilupakan. dan mereka ini antara watak pencorak harihari saya di sana. kinda missing this moment yang saya tahu takkan dapat diulang.

*saya sendiri tidak pernah terbayang untuk memakai uniform yang besar dengan pangkat yang perlu digalas di bahu, kasut but yang amatamat berat yang perlu dikilat setiap malam dengan stokin berlapislapis perlu dipakai elak melecet namun tetap melecet, beret di kepala dengan batch bersinarsinar perlu dikilat sendiri plus tibatiba dituntut untuk bekerjasama dengan merekamereka yang tidak pernah kalian kenali. and at last, di hari terakhir kami menangis untuk berpisah sesama sendiri. hee... ;D

MIND OVER MATTER!