Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Tuesday, October 11, 2011

[ Aku Lalai ]

Salam.

Semalam beg duit saya hilang, dibawanya sekali dengan duit di dalam.
Mungkin Allah nak bagi tahu kenapa dengan rezeki yang lebih tak berkongsi.
Semalam beg duit saya hilang, dibawanya sekali dengan kad pengenalan yang saya miliki.
Mungkin Allah nak bagi tahu alangkah moleknya buat yang baru dengan gambar yang lebih molek menutup aurat tuntutan Ilahi.
Semalam beg duit saya hilang, dibawanya sekali dengan kad kad bank yang penting buat masa ini.
Mungkin Allah nak bagi sedar, jangan selalu mengeluh hambaku dengan nilai duit yang kau miliki sekarang.
Semalam beg duit saya hilang, dibawanya sekali dengan gambar-gambar sahabat kesayanganku.
Mungkin Allah nak bagi tahu apalah kiranya andai gambar ibumu, ayahmu dan kakakmu didahulukan dulu.
Semalam beg duit saya hilang, dibawanya terus hilang itulah hadiah pemberian seorang insan dikasihi.
Mungkin Allah nak bagi tahu bukan semua yang kita ingin miliki selamanya boleh kita perolehi.

Tengok betapa indahnya hikmah Allah nak tunjuk.

Mungkin semalam dah tertulis itulah hari Allah nak ambil satu barang milik saya untuk memberi seribu pengajaran di sebaliknya. Allah nak bagi sedar andai terkurang terlebih dalam sedar mahupun tidak itulah juga antara pertukarannya. Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk rasa. Dekat dunia kalau Dia kata jadilah ia, maka akan jadilah ianya. Dia itu penguasa mutlak, Namun setiap rencananya pasti ada sesuatu yang tersembunyi dengan indah. Setiap ujian yang Dia bagi adalah untuk hambaNya lebih kuat, bukan untuk membebankan tapi untuk belajar sesuatu yang mungkin kita tak dapat nak cari kat mana-mana. Juga sebab Dia terlalu sayangkan hambaNya. InsyaAllah :')

Ampun mak abah. Ye, bukan senang nak cari duit apatah lagi nak membesarkan seorang anak macam saya yang penuh lalainya ni.

Alhamdulillah, saya ada seorang mak penuh dengan sifat memahami. Mak tak pernah marah. Terkejut bila mak datang tadi semata-mata nak hantarkan duit belanja. Ya Allah... Tak terkata jadinya. If she happen to read this, saya cuma nak bagi tahu I can survive mum. Jangan lah terlalu risau, tak perlu menyusahkan diri untuk anak mak yang seorang ni. Pandai-pandai lah dia nak hidup. Hee. Cukup lagi duitnya, duit simpan ni pun ada lagi. Haishh. Anak mak tak makan banyak mana pun. Thank you so much. I love you sampai syurga. You're the best wonderful ever mother in my life. :-)

Dan not to forget kawan-kawan sekeliling. Ya Allah... Hanya Allah yang dapat balas jasa seorang demi seorang. Tak termampu nak pikul sorang sorang kalau takde korang. Nak pergi balai polis lagi buat report bagai, nak call bank lagi untuk block account. Ishh mana dayanya saya nak buat sorang sorang lagi lagi ini kali pertama. Tak pernah putus bertanya nak pinjam duit ke tidak, dah makan ke belum kalau boleh tiap-tiap saat. Hishh. Buat segan je >.< Terima kasih Ya Allah, kau kelilingi aku dengan orang-orang yang penuh dengan kasih sayangnya, curahkan lah rahmatMu kepada mereka ya Allah.

Alhamdulillah :')