Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Tuesday, September 22, 2009

[Dam Dam Dum]

salam~

selasa, 22 september, 2 syawal. hari memenatkan mungkin, walaupun penat masih bertahan mengadap lappy yang tak seberapa ini. ;) seronok. seronok. seronok. masih belum terlambat rasanya untuk diucap;

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!
(iye, saya tahu saya lambat haha)

masuk hari kedua beraya. makan tak ingat dunia. bergambar macam model sedunia. arghhh, kesannya tahu lah nanti yea. haha! raya pertama, disambut sederhana bersama keluarga tapi tetap bermakna kan. hari kemenangan lah katakan. =) entah berjumpa entah tidak 1 syawal yang seterusnya. yang pasti saya masih terlalu mengharap pertemuan itu. terlalu yang teramat sangat. insyaAllah. kerana tugas, tanggungjawab, keinginan, kemahuan, kepuasan, perjanjian yang masih belum terlerai. yang masih menanti jawapan. dan saya, masih berlari mencari dan mengejar kepada sesuatu. Ya Allah, izinkan hambaMu ini... ;)

bertandang ke rumah kawan lama petang tadi membuat saya memasang telinga dengan begitu capang sekali, haha mendengar cerita demi cerita, humm... kerinduan yang teramat. kalau lah boleh diputar masa, saya mahu ke masa silam sebentar memeluk, mencium, menatap kalian semua buat seketika. tak mungkin. :) kalau larat mahu saja saya menaip satu persatu nama yang pernah berada dalam ingatan ini suatu ketika dulu dan mungkin hingga kini, tapi saya tidak. terlalu banyak kalau. kerana terlalu banyak kekesalan mungkin. pengalaman tetap pengalaman, memori tetap memori. sudah.

untuk kalian;
,, jemputlah ke rumah jangan malu jangan segan
,, maaf zahir dan batin
,, saya rindu sayang semua ;D