Episod itu bermula di sini
Adakah akan menjadi putih
Atau bertukar menjadi hitam
Bukan menjadi niat untuk aku memiliki jiwa yang hebat
Walau itu impian selamanya
Aku cuma mahu yang lain apalah sangat yang berbeza
Yang dulu dari semalam
Yang semalam dari sekarang
Ah, air mata dulu tak perlu jatuh lagi rasanya
Mata bengkak, hati sakit, jiwa kosong
Sakit…
Dan tatkala episod itu berlalu
Akulah aktornya, akulah pemain wataknya, aku jugalah pengarahnya
Jalan cerita, entah…
Semalaman fikir
Takkan tercapai akal
Kerana aku, kau, mereka takkkan pernah tahu
Tapi Dia…
Memiliki segalanya, penolak aku untuk mencoret episod yang hanya Dia tahu jalan ceritanya
Sebelum episod ini berakhir
Sebelum aku tahu hitam putihnya
Sebelum aku habis mencoret kisahnya
Sebelum aku kenal bijak pandai kehidupan itu
Setiap bucu perlu aku pergi dan sedalam mana kerak bumi itu jugalah perlu aku terokai
supaya hati tak koyak jiwa tak rabak
dan aku puas…
FARAH AZIEKA NASIR
No comments:
Post a Comment