Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Friday, December 24, 2010

[Jambori Komander]

salam~

tak tahu mana nak start. whoaa. :)

Jambori Komander Kesatria, Uitm Merbok Kedah. seminggu latihan di Melaka dan seminggu di Uitm Merbok.

Acara :

- merempuh halangan
orang gemuk macam saya memang tak layak lah, tett!
- prologue (berlari, berbasikal)
yang ini paling memenatkan, berlari, berbasikal entah berapa round tak ingat. haha.
yang pasti, tak layak juga tak mampu. :p

- EOQ Komander Challenge (berlari, berbasikal, berkayak, berbasikal semula, dan berlari)
yeap, ini acara saya. pertama kali berkayak di laut. pengalaman... dan berlari 3km. haha, tak
tak sangka mampu habiskan. well, sangat bermakna. thanks izzul, thanks semua! ;)

- kawad kaki
masuk juga, we've done our best! tapi takde rezeki. sokay sokay. yang penting pengalaman. :)
- kebudayaan
okay yang ini izzul masuk. menari mengalahkan saya. best! HAHA. kidding dear. tempat
kedua. congrates! ;)
-
khidmat masyarakat
lagi satu pengalaman bermakna. ke rumah orang tua-tua. tolong tolong bersihkan rumah sembang sembang. :')



apa yang pasti, komander mencipta banyak pengalaman bermakna yang tak mampu saya lupa. with those best buddies around me, wonderful! tak termampu nak tulis panjang panjang. tengok gambar. :)

kalau kau tak boleh, aku pun tak boleh!
(*ayat semangat ciki bagi masa berlari. great! sebab tu jadi mampu. rinduu!)

will be missing you guys so much. sayangnya nak tinggal tapi apakan daya.

mind over matter :')

and btw, tengok lah muka saya ni. dah jadi dayang senandung balik. tapi takpe, wa cakap lu nanti wa putih balik jadi cantik gila. haha! ;p

silalah tengok gambar di post seterusnya. yang lain tengok di fb. ;D

sekian.

Wednesday, December 1, 2010

[ harta mak saya ]

salam~

mum said, "tak sangka kau pulak yang pakai beg mak masa muda-muda dulu neh".

it was during 60's or 70's. tak pasti. mak saya adalah seorang yang boleh tahan bergayanya. dengan skirt, rambut kerinting-kerinting... ahha! jiwa remaja. :) mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. but still my mum lagi HOT! oops...

so, pada suatu malam. haha. (*beriya) mak telah mengeluarkan harta-hartanya yang tak tau mana dia simpan before this sampai anak-anak daranya tak dapat nak korek. hehe. somehow, it looks good! lama tapi still boleh pakai.

all i can say, most of fashion trend today semakin meniru gaya-gaya yang dahulu kala. agree? girls okay! err, saya yang silap. ;p

me : mana mak dapat beg-beg ni?
mak : aii, kita punya la dulu-dulu.
me : bukan main lagi yeahh.
mak : saja mak simpan nak bagi korang la ni pun. tunggu masa sesuai. rasanya dah sesuai lah sekarang ni haa, dah besar-besar. (*rasa macam nak kahwin pulak, aww~ >,<)

erm, yang first my mum gave me when i said, "mak, beg obo dah teruk obo nak beli beg baru"
huhu. ;p

and this one yang sedang dilanjan sekarang. hehe. mak saya memang tak pernah pakai lagi, tak sempat katanya.

see! macam yang ada sekarang kan? ;)
saya punya.

ini akak punya.

ni akak punya jugak.

yang ini nampak sedikit lama. tapi takpe masih boleh pakai.
akak punya.
saya punya.
yang ni awal awal lagi dah bagi kat akak. huhu


ohh this one! memang kami berebut. but still saya menang. saya punya. ;)

masih dijaga rapi masih disimpan oleh mak saya. ohh so sweet~ lagipun, save duit tak payah beli baru dah. alhamdulillah.

siapa siapa nak jugak, angkat tangan. tapi beli sendiri. hee. ;p

[ Jom! ]

salam~

boringnya di rumah. bangun pagi bukak facebook makan mandi dan tidur balik. tapi sebenarnya ada keje yang nak kena buat. gosh! certain part of my body dah semakin membesar. how come? tepuk dada tanya selera. :)


any idea for this movie?

i just wonder one of my friends laugh at me sebab nak tengok cerita melayu kat wayang. salah ke? abaikan. siapa lagi nak sokong? ecewah! :P (*terasa juga kepada yang cakap ni ye, sometimes i do the same too. but tengok pada movienya lah kan) weeekkk! shut up! ;)

Monday, November 29, 2010

[ Busiest Weekend ]

salam~

haha. masuk yang ini dah post ketiga untuk hari ini. kasi fulun semua! (^^)v

1. sukarelawan paralimpiad
2. ke kg.gajah menghantar rombongan meminang
(*eceh~ bukan saya meminang okay. malu i. haha. btw, ke kg.gajah. did you hear that! KG.GAJAH! my friends from pasir salak will know apa kena-mengenanya dengan kg.gajah ni. haha. saya lalu depan pasaraya Halida hari tu. ;p rinduu pulak rasa tempat tu. ok, dah.)
3. ke Lumut
4. balik kampung

lengkapkan, perjalanan hujung minggu yang lalu. :)

i look forward to hanging out ke mana saja lah. nak tengok movie please? :( siapa boleh bawak? hehe. kalian-kalian, saya tengah free di rumah ni. cepat lah ajak! HAHA

[ Paralimpiad shot ]

salam~

sambungan sebenarnya. nak letak gambar-gambar ni dekat post yang lepas macam panjang sangat je.

malangnya, takde gambar bersama atlit. sokay (:


perasmian pembukaan
tempat : Stadium Hang Jebat Melaka






menjalankan tugas ;)
tempat : UITM Lendu Melaka



penat sangat ke? :p


he's one of the athlete. HAHA. joke! ;p
(*he's one of the volunteers too yang tolong angkatkan beg je, haha)

senyum itu bermakna ;)

abaikan gambar ok. haha. kenangan ;D

[ Paralimpiad ]

salam~

been very busy lately. mak cakap, "kau ni mengalahkan najib tu haa". erkk. ;p

being one of the sukarelawan sukan paralimpiad in melaka.

interesting experienced i guess. mungkin berbeza sikit dari menjadi sukarelawan sukma dulu. ;) ada yang gembira dan tak lepas juga dengan yang tak gembiranya. biasa bro. lupakan yang tak gembira ambil yang manis manis je baru happy. ;p

btw, not too bad. tak pernah involved to such event like this, membantu orang-orang kurang upaya. having 'em makes me realize. semua manusia tak sempurna, of course, but there is still something yang Dia ciptakan memiliki istimewa setiap satunya. insyaAllah, pandai kita korek dalami apa yang kita ada cerah lah jadinya hari-hari yang kita lalui.

semalam saya membantu orang buta, macam mana kalau esok orang pula yang membantu saya yang buta. semalam saya membantu menolak kerusi roda mereka, macam mana esok orang pula yang membantu menolak kerusi roda yang saya naiki. semalam saya bertanya kepada si bisu dengan menulis atas sekeping kertas, "cik, boleh saya bantu?" macam mana kalau esok saya pula yang akan ditunjukkan sehelai kertas yang macam tu. sambil melihat mereka sambil dihujani pertanyaan. hee.

buta, bisu, takde tangan, takde kaki. we are all the same. Alhamdulillah masih diberi nyawa untuk rasa nikmatnya kehidupan. masih tetap boleh tersenyum ketawa gembira walaupun seumur hidup bergantung pada kerusi roda. bagi kita mungkin, susahnya dia susahnya nak jalan nak mandi nak baring nak itu nak ini but them, gigih! ;)

pengalaman yang menarik kan. kita perlu lebih gigih selepas ini kawan-kawan! wehee.

esok tak menjanjikan apa-apa. sedih atau gembira yang akan mendatang, terima takdir yang dah ditetapkan.

'10% takdir telah ditetapkan untuk kita tapi 90% lagi macam mana kita menerima takdir yang dah ditetapkan tu'


Sunday, November 7, 2010

[ I Love My Family ]

salam~

wonderful night! =)

saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang tak lah berapa besar. sekadar beberapa orang saja kalau nak dibandingkan dengan family family yang lain. tapi saya tetap bersyukur. yes, i do sangat cemburu bila buka facebook tengok gambar gambar siapa siapa je lah dengan family yang besar plus bahagia. :)

tapi untuk saya, sudah lah keluarga serba kecil persefahaman juga entah ke mana. sejak atok mok pergi, cik jaidi pergi meninggalkan kami *i do miss them a lot :'( the family menjadi lebih berantakan. entah kenapa. sebab dah takde yang nak mendamaikan rasanya. kalau atok mok ada dulu sangat seronok! haishh haishh, mengalir jugak air mata ni kang.

its been a long time masing-masing buat hal sendiri, masing-masing bermasam muka sesama sendiri, masing-masing menyalahkan sesama sendiri, toleh sana toleh sini. haihhh... totally UPSET! kadang-kadang rasa sunyi, cemburu melihat keluarga lain mungkin. especially for this raya, haha, gambar family tiada. that is why dalam album tak terupload gambar gambar raya bersama family macam orang lain. blablabla... okey sudah sudah, cerita panjang panjang membuka aib pula jadinya. takmau takmau. saya sayang family saya.

dan malam ini, mungkin suatu malam yang bermakna sangat bersejarah bagi keluarga kami. pulangnya nek su jauh jauh dari America hanya dengan tujuan mendamaikan kami semula. yeap, nek su dah lama tak balik. (*memang nek su menetap di sana pulang ke Malaysia hanya beberapa kali sahaja) but for this time, we have a mission. hehe.

mahu menangis juga semuanya tadi. sedih. masing-masing menyimpan. dan tadi, fuhhh. lepas semuanya. takut juga misi kali ni tak berjaya walaupun pada awalnya keadaan sangat tegang. takut tahu! ;) bertuahnya, everything ended just fine! Alhamdulillah. dengan hujan lebatnya, rahmat!

semuanya selesai. successfully completed! one happy family back at home! sekarang mahu senyum banyak banyak lebar lebar. =)





dah lama rasanya tak dapat rasa gembiranya bersama the whole family macam ni. Alhamdulillah amin. terima kasih Ya Allah. ;)

makan dekat restoran Arab tadi, Zahraat Restoran. i learn macam2 jenis makanan Arab tadi, maklupa, mendy, etc. HAHA. barbican as well! sedap! kena duduk bersila lagi. macam jakun sekejap. haha.

thanks nek su for this pengorbanan. i love you so much ;) and i do miss to see your son, Khalil and Zainul. esok nek su balik LA and me balik melaka. i am so sorry, tak sempat nak hantar to say goodbye. thanks for everything.

From Malaysia, with love. ;)

from now on, the whole family will going to open a new chapter of our story. masing-masing balik dengan salam dengan penuh senyuman gelak tawa. indahnya rasa. Ya Allah i can't escape from this tears. how blissful i am right now. :')

InsyaAllah. do pray for us. Ya Allah lindungi kami, rapatkan silaturrahim kami. amin.

One of the greatest gifts
That life can give to anyone
Is the very special love that families share...
As years go by,
It's good to know that there will always be
Certain people in our lives who care.
For there are countless things
That only families have in common
And memories that no one else can make...
And these precious ties that bind a family together
Are bonds that time and distance cannot break.
How fortunate we are
When we have relatives to love us,
It makes the world a happy place to be...
Few gifts in life
Will last as long
Or touch the heart as deeply
As the very special gift
Of family.


-Craig S.Tunks


sekian.