Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Thursday, December 10, 2009

[kemajuanku]

salam~

untuk entry kali ini macam biasalah, like i said before saya tak boleh lah kalau tak bercakap banyakbanyak sehari. saya rasa macam bukan diri saya. ngahaha. cakap banyabanyak kan berbaloi-baloi. ;p sambil didendang lagu brainstewz yang sudah lama tidak saya dengar. ouhh, teringat dulu-dulu dalam cube di mrsm. lagu inilah yang sering menjadi teman lalak tiaptiap kali balik prep sambil makan roti blueberry. stop. i reallyreally miss my peeps sekarang.

"...... jauh mindaku melayang,
terkenangkan dirimu sayang.........
........jangan biar aku sendiri lagi
ohh kasih dengar lah rayuanku ini........"

tengok! kan dah nyanyi dah ni. ngehehe. okeoke this is not the story at all. aku tengah cuti lah weyh! ;) saja nak kecoh. and luckily kalian, cuticuti Malaysia inilah saya rasa bagai 'jejak kasih' bersama temanteman lama yang lama tiada cerita. dan di mana lagi kalau bukan, FACEBOOK err, MUKABUKU!!! hehe. this is the objective why fcebook has been created for the world kann. facebook help you connect and share with the people in your life. :)

oke di sini mari dikenang kembali gimana saya boleh terjebak dalam jenayah (laman siber lahh kalian) ini. hohoho!

1) myspace

kalau dulu;
mereka mesti akan bertanya, "farah, emel ms kau apa?". saya, "sorry lahh weyh aku mana ada ms, tak reti aku buat bendabenda tu". mereka, "kau takde? serius?". saya, "betullah takde tipu pun apa aku dapat". sumpah dulu memang farah azieka buta IT. myspace tu binatang apa. sepatah haram saya tak tahu. hikhikhik. dan bila saya jumpa dia, first yasnida, yang seringkali akan menyuruh saya meng-create account myspace. alhamdulillah saya tidak termakan pujuk rayunya. HAHA.

sekarang;
saya masih tetap tiada account myspace tapi yang menjadi mangsa saya, saddam husain bin othman. siapakah lelaki ini? ehehehe. selepas tamat peperiksaan sijil pelajaran malaysia, saya semakin dirayu, diajak, dipujuk untuk menghasilkan satu oleh yanti dan lainlain tapi farah azieka masih tegar. huh. walau bagaimanapun. cewahh! myspace si dia menjadi mangsa. saya dah tahu guna lah wey dah tahu selok-beloknya tapi atas nama dia lah. hahak. sorry guys sampai sekarang masih tak minat kot untuk ber-myspace sekadar kadang-kadang mencilok membuka accountnya dan meng-usha sikitsikit dari sana. hee!

2)friendster

kalau dulu;
binatang apa lah ni wey. saya tetap tak tahu. hanya mampu mendengar yasnida mengomel-ngomel tentang aktivitinya di sini.

sekarang;
after SPM juga lah, sekali lagi saya mencilok accountnya. farah azieka memang kejam. tapi dia pun memang officially dah tak aktif kot. telah lama ditinggalkan namun ada jugalah kadang-kadang saya menggatalkan tangan membuka seketika. ehehek. sorry dorry strawberry!

3)facebook

kalau dulu;
yanti cakap, "kita dah buat facebook dah!". saya, "facebook tu apa benda pulak?". haihh, macammacam betul. betul kalian dahulu saya memang buta bendabenda ini semua. yanti, "kau try lahh buat facebook ni senang tak payah nak hias-hias macm kat myspace tuh". saya, "oke fine, nanti lah aku tengok macam mana dulu". jujurnya memang niat dihati memang ada nak buat bendabenda ni tapi malas melanda dengan extreme sekali.

sekarang;
duhh! saya lagi pakar rasanya kot tentang benda alah ni! hahaha. SAYA MEMANG GILA FACEBOOK BUAT MASA SEKARANG! harap maklum. huhu =P dan di sini juga lah, saya semakin rapat dengan mereka. mengenali yang tak pernah saya kenali. berhubung bersama teman lama di sekolah rendah, mrsm, uitm... berhubung bersama saudarasaudara di perantauan... macammacam lahh! seronok but seriously kadang-kadang ada juga lah bosannya. tak dinafikan. macammacam ragam manusia saya jumpa di sana tapi itulah, kehidupan yang mereka coretkan. (:

so, kalau tak malu add lah saya (ini memang betulbetul saya punya tanpa mencilok si dia punya, tapi kadang-kadang saya cilok juga bu ka kejapkejap, memantau aktivitinya. hakhakhak! :P) seperti di sebelah tu di facebook badge saya. ehehehe.

farahaziekanasir@yahoo.com

4)yahoo massenger

kalau dulu;
ym uhh sama ke dengan myspace, friendster tu semua? tak lahh, yang tu kalau kita nak chat. sembangsembang je. si yanti menjelaskan.

sekarang;
tatkala mahu memiliki satu account di facebook baru saya faham apa itu YM! memang dulu langsung tidak mengerti apa itu e-mel. hehek. sekarang saya juga telah memiliki beribu-ribu message dalam inbox telah diterima. kalau selepas SPM dulu, tiaptiap malam akan ber-ym-ing sampai komatu lahh jarijari den di bueknyo. hahaha. :)

5)blogger

ouhh, yang ini special sedikit. blog pertama yang saya jumpa saya pun dah tak ingat. tetapi ini semua rasanya pengaruh televisyen. langsung saya terus search di yahoo, dengan hanya menaip blog. kemudian terjumpa create your own blog. dan apa lagi teruslah mencuba. sehingga hari ini, inilah tempat saya mencoret nukilan, bebelan, repekan dan macam-macam lagi. hah, seperti ini lah! cakap banyabanyak. heheh :) jadi jangan segan jangan silu jemputjemput lah bertandang ke blog saya membaca tulisan insan adorable ini. wahh! kahkahkah. alamatnya trang tang tang lah akan kalian tahu if kalian baca entry saya yang ini. eh yeke? takpe lah. ini dia,

http://fadam2651.blogspot.com

6)skype

kalau dulu dengan ym nya sekarang makcik yasnida telah mengajar saya ber-skype-ing. HAHA. formasinya sama seperti yahoo massenger kan if i am not mistaken. saya masih baru dengannya. yea kalian saya sudah ada skype dan kalau rajin add lah saya.

farah.azieka.nasir

iye, semuanya bermula selepas tamat exam besar saya, SPM. memang seronok bersama alam siber ini tapi itu lah kalau tak beringat, 24 jam diluang seperti sampah dan debudebu habuk. melalaikan! lihatlah saya sekarang, pukul berapa masih belum diluangkan untuk tidur. heyy! kadang-kala terasa bosan dengan bendabenda ini semua dan bila difikir balik lagi bagus kalau terus membuta dengan bendabenda ini. what else can i do? sekadar meluangkan masa senggang yang ada dan berhubung dengan mereka yang saya sayangi. ;)

sekian.

Tuesday, December 8, 2009

[silly me]

salam~

the exact point about what i am going to membebel this time sebenarnya tiada tapi farah still tidak dapat mengahalang dirinya dari bercakap banyakbanyak sampai lebam. lantakkan. :)

farah azieka is having a problem memilih dan mencari background yang sesuai untuk blog yang teramat disayanginya plus terpaksa berhadapan dengan lappy yang semakin menjadi tidak keruan bloody bloody tett! urghhh! ;(

kepada sesiapa yang pernah melihat background yang telah saya pilih sebelum ini. yes, pada awalnya memang dirasakan itu adalah yang sesuai but setelah farah azieka membelek blogblog blogger yang lain.
chopp! one of the blogger is having the same background as mine. duhhh! i am sure my friend knows how farah azieka is going to be when dirinya dipaksa berkongsi walaupun it is a lil-bit-sharing.

I HATE SHARING.
haha. (but for some reason i manage to accept it, of course, farah azieka masih tidak sekejam mana pun) dan apabila farah azieka menyedari keadaan yang berlaku and now this is it. HITAM! (iye, saya tahu lah yang melayari laman siber ini bukan saya seorang so the probability untuk ada background yang sama is, ohhh! but still farah azieka can't accept this, ngahahaha) nantinanti lahh nak tukar yang lain, cuti kan sebulan apa ada hal. wahahaha (berkatakata tanpa memikirkan masa depan)

yes i know, corak tulang belakang tidaklah sepenting mana pun, content nya yang patut dititikberatkan! yeahh, i gain the spirit. there you go bebeh! ;p

sudah. cukup. bebelan lain kali menyusul.

silly farah azieka

*encik saya, tolonglah tukar background anda di sana menjadi warna oren sepenuhnya sebelum farah azieka mengambil tindakan menukarnya semula menjadi lembu. yang kononya tak handsome, hahak, but comel what... ;p sudah banyak kali merayu masih tegar dengan pendiriannya. memang kejam membuli farah azieka tanpa belas kasihan. takpe takpe...

Saturday, December 5, 2009

[keindahan terlalu indah]

salam~


semalam

sejarah jadi saksi

hari ini

pengalaman tersembunyi

dan esok

anugerah dinikmati

keindahan itu adalah sesuatu

dan kadang kala keindahan itu masih dalam percubaan

percubaan yang menuntut kerelaan

kerelaan yang menuntut pengorbanan

yang berlaku tetap berlaku

yang berlalu tetap berlalu

yang pasti tetap satu


FARAH AZIEKA NASIR

[simtom simtom gatal Farah Azieka]

salam~

if you notice guys, setiap post saya kebelakangan ini ber-waktu dalam lingkungan 2 pagi dan ke atas. for that, i am sure right now SAYA TELAH DILANDA INSOMNIA SEKALI LAGI gara-gara cuti yang terlalu lama. please give me something to do! ;(

tadi pergi ke rumah kak aisyah menghantar those cuppies yang telah ditempah, seorang gadis yang akan melayari bahtera perkahwinan tidak lama lagi. cewahh! tolong sana sikit tolong sini sikit (but act tak banyak pun yang ditolong) HAHA.

melihat 9 dulang hantaran yang akan diserahkan kepada pihak lelaki, honestly i can't bear with it! jealous mungkin, when is my turn?!!! err... ;p sepatutnya mahu saja saya upload gambargambar hantaran tadi, but adalah menjadi tidak patut gambar hantaran telah dipublish dahulu sebelum hari kejadian berlaku. no3, hihi.

this is not what am i going to talk about. cuma melihat kak aisyah tadi then i was thinking. persiapan perkahwinan sangatsangat lah merumitkan. macammacam benda perlu di settlekan ditambah dengan tenaga yang banyak diperlukan, sememangnya akan menyusahkan banyak pihak. and most important is, ongkosnya perlulah berada in the right amount. dan kemudiannya saya berbalik kepada diri sendiri, ohh my husband, beware! haha.

bukan apa, farah mahu semuanya berjalan dengan lancar+farah tidak mahu menyusahkan sesiapa. biar saya yang pening kepala sendiri biar saya mengendong susah payahnya sendiri. dan kalau boleh saya mahu menjadi wedding planner sendiri. saya ulang saya mahu jadi wedding planner saya sendiri. baru puas hati babe! saya mampu atau tidak biar hanya saya yang tahu ;) lagi satu, kenapa hantaran perlu diberi lebih kepada pihak lelaki yea? humm... haha, sifat cemburu yang sangat tinggi. bak kata kak aisyah tadi, "nanti akak nak bagi tahu Mok (gelaran kepada bakal suaminya), nanti dah habis sanding semua hantaran ni semua letak kat umah by oke!"... kak aisyah memang pandai. yes i know memang tidak patut :P

erm, tertarik dengan sembangsembang sewaktu menyiapkan bilik pengantin tadi. kak aisyah with her mum (cik milah, gelaran anak-anaknya) dan yang lainnya di dalam tadi. ketika cik milah terlihat sehelai baju ala-ala pakaian malam, err... ;p

cik milah: baju siapa ni long?

kak aisyah: baju akak tu mak...

acu (my aunty which is the wedding planner) : baju aisyah tu cik, nak pakai malam dia dengan mok nanti. tengoklah kan takde butang tu...

cik milah: owhh, haah yea senang sikit yea tak. ikat tali je macam ni ha, buka je nanti yea? tapi kenapa colour biru tak menarik... (sambil cik milah membelek-belek pakaian yang akan dipakai anaknya itu)

kak aisyah: amboi cik milah...

cik milah: eh cik milah kau ni dah ada pengalaman...


so, bila nak kahwin akan terkeluar juga lah kan and-so-18-above-story tu. haha. nasib farah dah cukup umur lah kak. haiya...

btw, esok akan menjadi tarikh sahnya si dia bersama si dia as husband and wife. best of luck dear sis ;)

*farah masih belum bersedia sejujurnya untuk menjadi penggalas tanggungjawab sebesar begini. haha, hanya selingan. iye, gatal lahh kau farah! wekk! tiada kena mengena sama ada yang hidup mahupun sebaliknya... sekian :)


Friday, December 4, 2009

[current feeling]

salam~

it should be one new post for tonight. but inilah padahnya bila facebook dibuka dulu sebelum berblogging. haihh. tak kisahlah. badan dah sengalsengal gatalgatal. ditambah dengan hujan kuala lumpur yang sangat mengasyikkan.

and what's on my mind ryte now? TIDUR!
so the next post will be on the next day. insyaAllah. ;)

current mood yang langsung tidak dapat dielak farah saat ini!
my dear,
sekian

nyte bloggies! ;(



Tuesday, December 1, 2009

[sweet dreams]

salam~

2.00 a.m
1 disember 2009
farah masih belum tidur
kerana telah melelapkan diri selepas menelan ubat beberapa jam yang lalu
(:

kerana mata yang tak mahu lelap, saya kembali melilau seorang diri di ruang tamu menatap lappy turun temurun akak tersayang. i love you sis! ;) facebook, myspace, blogspot telah habis diteroka. melihat perkembangan temanteman. lama kot farah tidak berkegiatan begini. weehee! ;p

saya terjumpa sesuatu, sebilangan mereka berubah. bukan seperti apa yang saya kenal dulu. mungkin saya silap kerana hanya melihat dengan mata kasar... ampun. saya hanya menyatakan apa yang dirasa pada ruangan sendiri ;) ahh, tak perlu saya ungkap melampaulampau. iye, saya faham.

saya lemah dan di sini hanya doa;
ya allah, i don't even want my self to change like what ive seen before on them.
dan jika saya mahu berubah sekalipun, biarlah perubahan itu sesuatu yang berkualiti as long as i can sail in this world with my own feet. :)
amin ya rabbal alamin...


sudah, saya perlu tidur untuk kesegaran esok hari. doakan saya terus sihat kalian =)

Monday, November 30, 2009

[aja aja fightin']

salam~

haihh, setiap kali mahu blogging ada saja halangannya. but for now saya tak kira akan di post juga. gambate kundasai! hee... ;))

satu persatu akan saya ungkapkan di sini. ngahaha!

rambut; berjuta, berbillion rambut gatal mulai tumbuh. wahh ;(
mata; sudah terlebih tidur mahupun tak cukup tidur... err...
muka; bergarisan khatulistiwa, depan legam belakang suci. adushh...
badan; lemahlemah keletihan, weakness!
tangan; lebam sanasini ;(
kaki; luka sana luka sini, melecet sana melecet sini ;(

ini adalah entri yang akan saya ceritakan apa yang telah berlaku kepada saya selama 10 hari di uitm melaka tersayang. ;) menjalani latihan intensif bakal komander (LIBK). sejujurnya dan sememangnya bukan sesuatu yang mudah. tanpa ragu. (:

alhamdulillah, saya berjaya bertahan sampai ke hilir lah babe! wahahaha ;p tapi itulah, tubuh badan fizikal saya adalah bukan seperti yang biasa buat masa terdekat ini. that is why saya hanya mampu menulis ciri-ciri tubuh yang dialami tanpa gambar yang perlu di upload. malu lah i... kui3.

seriously muka saya sangatsangat teruk buat masa sekarang. like my dad, disebabkan abah shift malam sewaktu saya pulang saya hanya berkesempatan menemuinya buat kali pertama keesokan pagi saya di rumah, and when he woke up dan melihat kali pertama anak gadisnya ini yang sedang asyik melayan tv, ini yang keluar secara spontannya, "teruknya muka kau ni dik, memang betulbetul kawad dalam panas ke?", humm... sudah gaharu cendana pula sudah tahu. arghh! ate teman kawad dalam panas lah bah... kalau tak takdo jadi cemane gini haa... haha. and fyi kawankawan, my abah memang sangatsangat cerewet dengan muka anakanak gadisnya terutamanya saya yang sering menjadi tumpuan virusvirus kulit yang kejam. sometimes dialah orang pertama yang akan sedar anasiranasir yang tak sepatutnya di muka kami. hak3. usahkan jerawat juga ditegur apatah lagi legam begini. aduyai... and like my mum said, "muka kau ni dah macam dayang senandung mak tengok", sambil disambut dengan gelak tawa my abah and my akak yang sangat tidak berhati perut. urghhh! ;(

takpe, takpe. farah sedang menjalani pembedahan rehat dan rawat lah sekarang. tunggu saja lah. (harapharap menjadi usaha yang dilakukan) hek3...

oh ya, attention! kepada sesiapa saja yang saya sayangi.
; jangan menggatalgatal mahu mengajak saya keluar buat masa sekarang oke. iye, saya tahu lah saya sedang cuti sekarang but bagi lah masa saya pulih dulu. haiya. rumahku syurgaku. harap kalian faham. segala ketidakfahaman tidak dilayan. hahaha... :)

apapun yang berlaku, this is lah yang saya pilih. pandai buat pandai tanggung lah kan. nvm. saya seronok. pangalaman yang tak mampu saya ungkap dengan tulis bercerita panjangpanjang. saya sangatsangat bersyukur. dan sekarang saya berjaya menyandangnya.

komander rendah muda farah azieka binti nasir
(bukan untuk menunjuk-nunjuk cuma menyatakan gembira dan syukur kerana saya juga kuat! namun tak kisah lah apa kalian mahu fikir. its all up to you kawankawan)


selepas selesai memasuki hutan meredah paya, kelapa sawit, semak samun, kubur and all that. aktiviti tunjuk arah. pengalaman yang sangatsangat tidak dapat dilupakan. dan mereka ini antara watak pencorak harihari saya di sana. kinda missing this moment yang saya tahu takkan dapat diulang.

*saya sendiri tidak pernah terbayang untuk memakai uniform yang besar dengan pangkat yang perlu digalas di bahu, kasut but yang amatamat berat yang perlu dikilat setiap malam dengan stokin berlapislapis perlu dipakai elak melecet namun tetap melecet, beret di kepala dengan batch bersinarsinar perlu dikilat sendiri plus tibatiba dituntut untuk bekerjasama dengan merekamereka yang tidak pernah kalian kenali. and at last, di hari terakhir kami menangis untuk berpisah sesama sendiri. hee... ;D

MIND OVER MATTER!