Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Tuesday, April 7, 2009

[S A Y A dan destinasi 3....orang tak tahu malu]

salam~

sengaja saya tak letakkan di entry yang lepas sebab dah panjang sangat. perlu ke saya kongsi cerita yang ini dengan kalian yea? hmm... tak pe lah, apa yang penting saya letakkan diri saya sebagai seorang pencerita yang mengisahkan setiap pengalaman yang dilalui untuk setiap detik. urm, jangan fikir lain pula yea. cuma mahu berkongsi rasa malu dan entah lah... heyy! nasib bukan di negara sendiri, kalau tak... hurmmm... tak tahu malu! haha.. kalian tak tahu kan kenapa saya macam ni?.. hee~ ok2, start.

dalam perjalanan pulang semula ke hotel, kami jalanlah macam biasa. jumpa orang sana kami senyum. :) sengaja nak tunjuk yang orang Malaysia ni memang suka senyum. ehehe.. ;) manis tak saya senyum?.. muahaha.. =P

jalan, jalan dan teruskan berjalan. sampai di sebuah traffic light, kami lintas jalan di situ. dan di situ jugalah ada sebuah bangunan warna putih yang saya sendiri tak tahu apa tempatnya. kerana dah terlalu penat, apa yang ada dalam fikiran waktu tu adalah untuk cepat sampai dan pergi makan! ok. hee. *saya memang kalau dah lapar tak fikir apa dah. peduli apa saya! haha. dalam perjalanan. huh. ni yang tak best nak cerita ni. aduhh.. di depan sana kami ternampak seorang lelaki yang sedang berdiri memandang bangunan tu. ingatkan dia tengah buat apa, dah semakin dekat dengannya saya semakin musykil. huu. anda tahu kenapa? sebab semakin dekat saya dengan dia semakin pelik keadaannya tatkala berdiri mengadap bangunan tu. dan akhirnya sampai. dan kami akan jalan berlalu di belakangnya sebentar lagi. * "adik, kau nampak tak laki tu tengah buat apa?", akak. " nampak tapi dia buat apa ha.. macam...?", saya. dan kami ketawa.

ya allah... kalian tahu tak dia tengah buat apa? heyy.. boleh pulak berhentikan van yang dipandunya sekejap kat tepi bangunan tu, terus pergi ke longkang yang juga di tepi bangunan tu, beridiri mengadap bangunan, dan...? buang air dekat longkang di tepi bangunan dan di sebelah jalan yang menjadi laluan orang ramai.! omg! sama ada dia yang tak de akal atau memang tidak di anugerahkan akal untuk fikir baik dan buruk?. boleh tak jawab soalan ni untuk saya. aduyai... dia ingat jalan tu dia sorang je ke yang lalu. ramai lagi kan. iye, saya tak kisah kalau memang orang di sana dah biasa dengan keadaan yang begitu tapi saya juga yang akan lalu di belakangnya dan terus nampak apa yang dia cuba lakukan walaupun memang saya tak pernah teringin untuk melihatnya? hello???..

takkan la tak de rasa malu langsung. budak kecil yang baru pulang sekolah pun melalui jalan tu, dan apa kata mereka kalau lihat situasi begitu. ;( remaja yang baru kaluar kelas juga melaluinya, ibu bapa juga melalui jalan tu, orang yang bekerja juga melalui jalan tu, dan even saya pelancong pun melalui jalan tu juga. so? kalau budak kecil yang mungkin baru berusia 4 hingga 5 tahun untuk berbuat sedemikian rupa pun saya boleh terima lagi kerana mereka masih kecil. ini, insan tua yang boleh saya anggarkan dalam lingkungan 40-an. atau dia memang orang gila? tapi... orang gila boleh bawa van? hmm.... ",

apa pun, itulah saya cakap baru hari pertama berjalan untuk mencari kartu dah macam2 saya dapat. haha. saya apa lagi, dah la tengah penat berjalan jauh, lapar pulak tu, dan manusia tadi lagi menspoilt keadaan saya bila melihatnya. hmm.. mulut saya tak habis2 lah terkumat-kamit sampai tiba di hotel. haha. tu semua dia punya pasal! hak3.

urm, saya cuma nak cakap. jangan tunjuk saya lagi situasi itu yea. saya yang rasa malu, bukan dia. saya yang kecewa, bukan dia. dan saya yang geli, bukan dia! yakss! kerana masih wujud lagi manusia yang tiada fikiran begitu kan.

attention!~ attention!~
rakyat Malaysia semua, jangan buat begitu yea. saya merayu... hee. kita semua bijakkan? tak macam dia! ;)

dan saya. tak nak panjang lagi berkata2. kerana, untuk meluahkan semua rasa tidak puas hati saya ni rasanya tak mampu untuk dijadikan sebagai sebuah penulisan. cukup di situ. dan akan di sambung cerita lain~ =]

6 comments:

newr0ll said...

hahak!
euuuwwww!!

geligeli!
=P

iznul muazim said...

hakhak
jenis xtau malu!

dye bukan sejenis ngan aku!
kaum aku kaum yang sopan
ahaks
=)

fAraHzIEka=] said...

hahak!
geli2
eiii!
=p

fAraHzIEka=] said...

hmm.. iznul~
kte sekaum ke?
kaum saya juga kaum yang sopan..
ahaxx!
hahaha =)

NaDya IzZaTy (x_X) said...

haha ^_^
eeeuuuuwwww gr0ss!
hakhak..
kal0 ak kn farah,ak teg0r jek..
at0k,bwat ap tu?
hik3 kasik dy segan & malu sendirikkk

fAraHzIEka=] said...

hahaha
mmg la dlm ati nk tgr
bt, nk pndg pn da segan sgt2
eeeeuuuwwww! yakss!
hakhakhak =P