Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Sunday, April 5, 2009

[S A Y A dan destinasi 2... kartu..]

baik. sekarang saya akan mula semula. hee.

urm, saya dah cakap saya dah sampai ke? ok, dah. ngee. urm, dah sampai di bandara kami terus berjalan keluar. sungguh kecil bandaranya di bandung. untuk mengambil beg, perlu tunggu nama disebut satu2 sehingga selesai beg kita dikeluarkan. huh. penat. penat. selesai ambil beg, kami tak tahu nak ke mana. maklumlah, ini percutian kami sendiri. tak ikut mana2 pekej pelancongan. so, kami jalan keluar bandara. ambil teksi dan terus ke hotel. nama pakcik teksi tuh, pak wahyu. seorang tua yang masih memerah keringat membanting tulang untuk mendapatkan secebis rezeki. :)

dan kami terus ke hotel. grand serella. lawa, cantik tapi biliknya sedikit tidak memuaskan kami. biliknya dua tingkat, masuk pintu bilik, ada dua katil single, then ada satu tangga untuk ke tingkat atas, naik... dan di atas ada satu queen bed dan sebuah tv. hah. boleh bayangkan tak kawan2? haha. tak best kan. memang biliknya lain dari yang lain tapi sungguh tak selesa. tiba malam saya terbayang cerita pontianak harum sundal malam. pontianak yang menjalar di dinding dari atas ke bawah. huh. tak takut ke?.. haha. merepek kan? hee.
sementara mak dan abah kemas2 barang, untuk kami berhubung dengan masyarakat di sana teramat la susah. phone ada tapi sim cardnya nak letak apa. haha. saya sekali lagi dengan akak and abg man keluar. beranikan diri berjalan di negara orang dengan sendirinya untuk mencari kartu. kartu di sana dijual di tepi2 jalan, ada stall kecil yang khas menjual topup kartunya itu.

tiba di stall kartu pertama, ada tiga lelaki kat stall tu,
kami : ermm, kartunya ada jual enggak?
mereka : kartunya ada embak, tapi yang perdananya enggak ada.
*huh. kami mula keliru. apa beza perdana dengan yang biasa yea?.. haha. oh ye, kami memang tahu sim card di sana dipanggil kartu. dah belajar sikit2 bahasa mereka sebelum ke sana. ahaxx! haha.
kami : di mana ada ya mas?
*wah2, dah macam apa je berkata2 yea. haha. bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu.... urm, apa ye? tiba2 lupa. haha. so, ikut pepatah ni kena la kita ikut cara mereka bila berada kat tempat orang kan. ;)
mereka : oh, bisa jalan lagi embak. depan sana ya ada satu. mungkin di sana ada.
kami : terima kasih ya mas. senyum! =)

dan kami terus berjalan. sampai di stall kedua,
kami : kartunya ada enggak?
di sini hanya ada seorang lelaki. hehe.
dia : yang perdana ya embak?
kami : iya2.
dia : oh, enggak ada sih. yang biasanya ada.
kami : di mana ada lagi ya mas?
dia : bisa jalan lagi. di depan ada lagi embak.

dan kami mulai penat. sama ada mereka saja mahu mendera kami atau memang mereka tak de. haha. sabar. sabar. untuk mengaktifkan perhubungan kami di sana, gagahkan jualah kaki ni mencari kartu. haha.

jumpa lagi stall di hadapan, harap2 la yang ni ada. dah letih sungguh ni. haha.

stall ketiga, ada tiga mamat juga di situ.
kami : ada kartu enggak? yang perdana?
mereka : mau yang mana embak?
kami : XL ada?
mereka : iya, ada2. bentar ya.
*huh, alhamdulillah~

finally, kami dapat! hmm.. baru sampai dah kena berjalan beribu batu untuk mencari kartu. huh. tapi takpe. pengalaman. biasalah kan penat. tapi seronok. ;) kami lintas jalan sendiri, kami bercakap dengan mereka, kami senyum, dan kami lihat mereka. kami di negara orang. =] dan kami jalan semula untuk pulang ke hotel. terlihat sebuah restoran KFC di tepi jalan tu. ya allah... memang sungguh lapar ditambah penat. wahhh, sedapnya. tunggu. tunggu mak dengan abah. hee. maklumlah makan waktu breakfast tadi je masa kat LCCT tadi. tu pun kat Malaysia tadi. sekarang dah pukul 2 lebih. mana taknya kan? haha.


*kartu perdana-simcard la, kartu yang biasa-topup


ok dah cukup panjang. saya sambung lagi nanti. ;)

4 comments:

iznul muazim said...

laen kali gune walkie talkie....
kan senang....
enggak usah penat2 mencari kartunya dong...
haha

NaDya IzZaTy (x_X) said...

haha =)
ku pikirin kart0on ke ap td..
rupe2nye sim card..
kartu?
pehal pelik..
kal0 ak kt sane sumpah gelak2..ap perdane ap bese ntah! hik3..
nseb bek ad KFC!nyumm3!

fAraHzIEka=] said...

to iznul~

hahaha =)
walkie talkie?
xbesh2!
nk kartu jgk!!!
muahaha =P

fAraHzIEka=] said...

huhuhu
kmu mmg~
owg indon pn pelik kunk klu ko g nadya
hahaha =)

da muak mkn KFC
kui3
=p