Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Saturday, January 1, 2011

[Bulan Takkan Terang Tanpa Seri Wajahmu]

salam~

Alhamdulillah, 2011 menjelma. bunyi bunga api gedebom gedebom sana sini. beautiful!

time's ticking dan sekarang dah pukul 2.44 pagi. badan sungguh letih, awal awal pagi dah ikut membantu mak di kedai buku, petang balik rehat sekejap dan keluar semula ke rumah nenek. mira's birthday. but all the same rasa sungguh bahagia. cewahh! sebabnya masa diguna dengan bijak tiada membuang masa. ;)

in spite, less than 5 days insyaAllah kalau tiada aral melintang masih dikurniakan sang pencipta umur yang panjang i am going 20 years old. 2 dekad hidup di atas muka bumi ciptaan. terasa semakin berusia. tapi masih tetap muda jiwanya dengan kematangan! yeah! :) masih berjalan masih mencari kehidupan, untuk jadi yang lebih baik. menjadi sahabat yang membantu sahabatnya, menjadi anak yang patuh kepada ibu bapanya, menjadi seorang yang tidak pernah jemu menuntut ilmu, menjadi seorang yang tidak pernah kenal putus asa dalam dirinya, naik turun bangun jatuh diterima dengan ikhlas, kuat dan tabah, menjadi seorang yang sentiasa bersyukur dengan apa yang Dia anugerahkan, kerana segalanya Dialah yang menciptakan.

2010, buang yang keruh ambil yang jernih.

dan 2011, terus berdoa mengenal si Dia sebab sesungguhnya Dia pucuk pangkal setiap apa yang berlaku dan terjadi. manis yang dipilih manis lah yang kita dapat, pahit pilihannya pahit lah yang kita peroleh. terus berjalan, biar penat biar letih asal nanti kita saja yang tahu keindahan nikmatnya. insyaAllah ;)

happy new year everyone! may all dreams come true. teruskan tersenyum kerana bulan takkan terang tanpa seri wajahmu. ;D

3.20 pagi, 1/1/11. cantik kan? ;)

sekian.

2 comments: