Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Sunday, February 14, 2010

[ Hidup Yang Pasti ]

salam~

hari ini hari ahad hari cuti. saya tak tahu apa yang boleh saya buat walau pada hakikatnya assignment timbun berbukit-bukit ada. tak sedar diri kan? farah... farah... teman gila-gila pun takde jadi saya google punya google apa yang boleh, lawat blog tu lawat blog ni, baca sana baca sini, tengok profile yang tu tengok profile yang ni. hee. boleh kato satu dunio den jolajah dah ha!

and finally... one stop center blog saya jumpa. sangat sangat cukup tertarik. boleh kato tak kolip mato den baco. hehek. kerana apa? blog yang penuh dengan puisi, penuh dengan cerita, penuh dengan memori. tak tipu. namun penulisnya bukanlah seorang sasterawan mahupun seorang watak hebat cuma seorang lelaki biasa yang bagi saya punya bakat yang sangat mendalam. dan di sana tersenarai pena idolanya Usman Awang, A.Samad Said, Chairil Anwar dan lain-lain. dari satu kisah saya baca ke satu kisah, seorang lelaki yang hidup serba kesunyian dan baginya merasa kehilangan adalah biasa. kehilangan ayah kehilangan adik dan dirinya? penghidap kanser yang kini memakan hatinya sedikit demi sedikit yang tak mampu ditahan oleh ikhtiar. hanya menunggu masa untuk sesuatu yang tak pasti yang bakal akhirnya meninggalkan ibu keseorangan. hidup yang pasti penuh dengan kerisauan kan kalian? honestly, hampir tertitis bila membaca kisah yang tertulis. dan saya amat tertarik dengan tulisannya, aku seorang biasa hingga kisah hidupku juga tersangat biasa. aku terlalu sukakan keindahan dan aku terlalu percaya pada takdir meskipun ada takdir itu indah ada juga yang gundah. :)


kehidupan. siapa saya untuk berkata tentang kehidupan? tapi tetap saya memiliki hak untuk menyatakan. betul kalian? kehidupan yang saya miliki dulu penuh dengan tangisan dan saya tak pernah impi untuk memiliki sebuah kehidupan seperti yang dulu. dan rasanya saya juga tak mampu untuk memikul apa yang dirasa oleh lelaki tadi. bak tulisannya, "aku gundah dan ternyata runsing, adakah aku mampu terus bisa tersenyum dan menyatakan pada dunia bahawa aku adalah seorang pesakit yang kuat dan akan terus berjuang untuk melawannya". dan kerana itu rasanya semakin saya belajar tentang kehidupan dan semakin itu jugalah saya belajar untuk mengasihi dan menyayanginya. betul. percayalah, kalau tak pernah rasa walau secebis keperitan sekalipun takkan pernah lah dapat kita merasa keindahan sebuah kehidupan itu. dan sang Pencipta takkan pernah menurunkan dugaan untuk hambaNya andai kita tak mampu pikul kan? si Dia Maha Adil. setiap persoalan yang dicipta di atas dunia memiliki jawapannya, ke mana patut kita pandu hidup yang kita miliki. dan, di setiap persoalan yang timbul itu jugalah sebenarnya terselit sebuah anugerah yang ingin diberi.

dan sang Pencipta itu mencipta masa untuk kita merasa gembira, sedihnya sebuah kehidupan. percaya dan takdir takkan pernah menipu.

Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hari…
ya, selepas ini akan datang kesenangan.
Sabarlah sebentar.
Dan apabila datang kesedaran, kita tetap tidak alpa…
ya, selepas ini akan datang kesusahan.
Bersiap-sedialah.
Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini.
Kehidupan adalah satu perubahan yang berterusan…


menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah syurga. selagi ada masa, kutip dan rasa! ;)



No comments: