Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Wednesday, February 17, 2010

[ gemuk more and more ]

salam~

hye hye hye everyone! *sambil tersenyum gedik-gedik. (;

untuk entry kali ini. HAHA. dah lama saya tak mulakan entry macam ni, formal lah. tak sesuai u~ ;p farah azieka sangat gembira hari ini tapi farah azieka tidak akan bercerita panjang panjang kenapa dia terlalu gembira hari ini sebab farah azieka akan bercerita panjang punya untuk sesuatu yang lain. hee.

thanks so much to my dear kakak yang sangat lah baik membawa adiknya yang menawan ini bersiar-siar di kota indah Kuala Lumpur yang disayangi. i heart u lah makcik! ;p kronologinya begini, bangun pagi dikejutkan oleh satu panggilan telefon. phone berbunyi, buka mata, cari telefon, tengok siapa, baru jawab Hello ;) oke actually ini semua tiada kena-mengena tak payah baca. muahaha. *gelak besar punya. PANG! *aduhh. GILA! *kena penampar sebijik. takde takde saya nak cerita hari ni saya makan banyak sangat. serious sangat sangat. dari siang sampai malam makan je sampai lebam.

dari semalam dah plan nak menghabiskan masa bersama kakak kesayangan saya itu hari ini ke mana saja janji dapat tengok wayang. tak kira. dan biasalah gadis itu kalau cakap je perkataan belanja semuanya jadi. hampeh. hihi. *siapa yang tak suka dibelanja? ada? ada? awak ke? jadi bangunbangun je mak dah siapkan makanan. nasi pulak tu, bangun pun agak agak nak masuk tengahari kann... hahaha. ishh3. ngee~ *senyum kambing.

menu;
1-gulai lemak ikan
2-sambal ayam
3-sambal belacan
hah! siapa yang boleh tahan babe. perut tengah irama keroncong disajikan makanan macam tu. perghh! goyah den jang. ngahaha. bagai kera disorokkan bantal. omak lah omak... :)

itu satu, yang keduanya, dah jalan punya jalan shopping punya shopping cuci mata punya cuci mata. oops! oke, itu tak masuk pakej sebenarnya. berdosa. haha. kaki dah penat makanan pun dah hadam. laparrrrrr!!!!! nasi ayam penyet restoran. ;) kami jumpa restoran ni kat sebelah je. sebelah je. masa tu lahh. heehe. jadi masuk punya masuk order punya order. makanan sampai.

menu;
1-nasi
2-ayam penyet
3-sambal
4-es cincau longan
huh! kenyang pun kenyang buncit pun buncit. RM30 ting! untuk dua orang. jadi maknanya seorang makan RM15. hamek kau. bajet nak budget. HAHA.

itu dua, yang seterusnya, teringin nak makan benda benda manis. dan apabila perjalanan diteruskan seraya bertemulah beta pada penghujung itu sebuah kedai menjual santapan. cewahh! ada bakat kan tulis prosa tradisional. hihik. J.CO Donut! ya allah memanglah sedap walaupun tersangatlah manis. sweet gitu~ :) half dozen ya. mau yang itu, yang dihujungnya satu, blablabla blablabla whatsoever. "air nya miss?" *sengaja nak habiskan duit aku ke? "enggak enggak". dah terbiasa bila beli di J.CO tak pun Big Apple mesti speaking indon. workers diorang kan indon. hahak. donut lah donut yang sedap, kau memang menggemukkan aku. tolonglah faham!

itu seterusnya, yang lainnya pula, tadi. baru balik je ni dari keluar dengan akak. masuk rumah, abah cakap tak payah tukar baju korang tu nak keluar balik ni ha pergi makan. masyaAllah. makan lagi bah? oke set je. ke Jalan Doraisamy makan sup. sup ayam panas panas yang banyak cholesterol. ya ampun kalian... bantulah saya. tapi serious, sedappppp! patutlah ramai orang makan kat situ walaupun malam. in fact, manusia dekat kuala lumpur ni mana lah pernah kenal erti malam siang.



in a nutshell... ;p dan sekarang bila di muhasabah balik hari ini saya lalui sama sekali penuh dengan makan. mana tak gemuk? ;( tapi bagus kan? wekk! gemuk je lah apa susah bukan ada orang kisah pun. hey! tak mau tak mau! ggrrrr. ;( haha.

sebagai seorang gadis comel, selepas ini, tolong jauhkan makanan makanan sedap dari saya oke?

begitulah kehidupan saya di kuala lumpur bersama keluarga tetapi kalau di melaka tidak. ;)

sekian.

No comments: