Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Wednesday, December 30, 2009

[kisah seorang gadis dengan labu-labunya]

salam~

AMARAN! ini adalah entry khas dan terakhir yang akan dipost oleh saya untuk 2009! (gempak nak lebih lah kau farah. who cares~ HAHA)

like i said, farah azieka's 2009 mission has successfully completed! hoorey, hoorey, hoorey ;D yes, this is 2010 opening entries. ;) i am going to tell you guys what i've gain in this wonderful year. dan rasanya 2009 telah mencoretkan berjuta warna dalam hidup saya. tahun yang paling banyak pengalaman saya peroleh, suka duka yang saya tempuhi and whatsoever. ohh dan juga tahun paling banyak saya menangis dan ketawa. seriously guys... ;) in fact, saya memang seorang yang sensitif dan berhati lembut lemah gemalai. cewahh! ssshhhh! hahaha.

JANUARY 2009; saya lalui dalam keadaan yang sangat membosankan. january! birthday saya! heyheyhey... (gedik!) menunggu dan terus menunggu for the result to came out. ohh dan di bulan bulan ini jugalah saya banyak menerokai dunia maya ini. kasihan... haha. but now, saya sudah celik IT okay. wekk! ;p

FEBRUARY 2009; bulan yang penuh bala all i can say. ulang alik ke hospital menemani abah yang tak sembuh sembuh penyakitnya. dan kami terus buntu. until one day, abah dibawa pulang ke kampung. berubat di kampung. realitinya, memang sesuatu yang di luar jangkaan. bertubi- tubi masalah datang. dan pada ketika ini juga, melihat kakak dan emak yang sangat saya sayangi mengharung dengan penuh tabah, they give me the spirit which i know jauh di sudut hati itu they are all suffered. can i cry again now? ohh tidak sama sekali... :)

MARCH 2009; saya memperoleh apa yang saya tunggu. dan di sini, air mata terus menjadi air mata. air mata untuk apa yang terjadi dalam hidup saya sebelum itu ditambah dengan kegagalan yang diperoleh. juga... bukan setakat air mata ini yang mengalir tetapi mereka. mereka yang sangat saya perlukan dalam hidup. ;( what else can i do? pandai buat pandai tanggung. yes, that is my fault. kesalahan yang paling hitam rasanya pernah saya laksanakan dengan jaya sekali. sesuatu which i know i can get better than that dan saya mampu but i am a loser guys! blame it on me... padan lah muka kau farah. sudah terhantuk baru terngadah. uihh, peribahasa yang sangat menyindir saya okay. HAHA. enough di situ.

BANDUNG here i come! tempat pelarian yang berjaya saya takluki untuk memulihkan segala-galanya. saya jatuh dan saya bangun di sini. tempat yang saya peroleh berjuta pengalaman darinya. tempat saya menginsafi dan muhasabah diri ini. ;p tempat saya melihat mereka terus menari dan tertawa walau beribu kekusutan dan kegagalan yang mereka alami. tempat saya peroleh inspirasi untuk bangkit dan mencipta azam juga misi yang baru. tempat saya bersama mereka yang telah saya kecewakan namun masih tetap diterima. dan pada waktu ini jugalah saya lari dari mereka. kerana saya perlu mencari sesuatu yang baru untuk kehidupan saya, sesuatu yang masih tertinggal dalam diri saya... tapi saya tetap sayang mereka! takkan pernah pudar... :)

APRIL 2009; pulang dalam keadan sedikit membina. tak banyak yang mampu saya cerita dalam bulan ini. masih dalam usaha peubahan diri.

MAY 2009; kekecewaan sekali lagi saya alami. kerana result yang saya peroleh sangatsangat lahh 'membanggakan' ini lah padahnya. itu tak dapat ini melepas. melihat mereka mereka yang lain terus memasuki institusi- institusi yang mereka idam-idamkan, jauh di dalam hati ini sangatsangat cemburu dan pedih. but they deserve to have it... ;) dan semua itu hanyalah harapan. sampai pada suatu hari, akhirnya. melaka bandaray bersejarah. alhamdulillah...

JUN 2009; 27 jun 2009
tarikh keramat bertemu bandaraya bersejarah. dan di sini jugalah akan saya tabur janji janji dan misi misi yang telah saya rancang dengan rapi sekali. no one else akan saya benarkan mengganggu hidup yang saya miliki. misi utama di sini adalah live life to the fullest. buat apa yang saya inginkan. i am a new me here! buku lama saya tutup!

JULAI 2009; pembelajaran seperti biasa. agak dapat diterima. alhadulillah... thank Allah for giving me those chances which i know saya bukan lah sepatutnya yang layak. but saya tetap bersyukur... amin, amin ya rabbal alamin... :) kawan-kawan? yang baru! mereka yang takkan saya benarkan mengetahui walau secbis kehidupan silam yang saya miliki dulu. kehidupan yang penuh dengan tangisan. no, no and no...mereka hanya akan mengenal farah azieka yang baru!

OGOS 2009, SEPTEMBER 2009 dan OKTOBER 2009; tidak banyak juga untuk bulan bulan ini. hanya menjalani kehidupan seperti biasa melaksanakan misi sebagaimana yang dirancang. ;) dalam pada merancang saya telah diberi ilham yang sangat mendalam. seorang penulis yang telah menghasilkan sebuah tulisan yang memberi sejuta inspirasi... tak tipu! sangatsangat seronok membacanya... dan kerana itu jugalah saya berjaya menghabiskan bacaan dua buah buku tulisannya yang boleh saya katakan sangat membanggakan diri ini. hakikatnya, farah memang liat bab bab membaca dan kalau satu buku sekalipun mahu dua tiga bulan baru dihabiskannya tak pun dibiar terbengkalai begitu sahaja lagi lagi dalam bahasa inggeris. HAHA. pity me...

NOVEMBER 2009; peperiksaan akhir semester satu! dan di sini saya tahu bermula misi besar pertama yang akan saya buktikan. buat sehabis baik farah azieka! ouyeahhh! hehek. chopp! bulan ini jugalah, latihan intensif bakal komander yang saya lalui. gatal sangat nak ikut kan. tapi saya puas! pangalaman ;)) dan akhirnya berjaya menjawat pangkat tersebut! alhamdulillah...

DISEMBER 2009; cuti, cuti dan cuti... result ditunggu and finally! 3.54 pada peringkat permulaan. yang pada saya sangatsangat lah menyeronokkan. mana nak rasa kalau kat mrsm dulu babe! alhamdulillah... yea, saya tahu bukan lah sangat membanggakan bagi anda yang dah biasa menggenggam anugerah-anugerah hebat. tetapi bagi farah yang dianggap loser ini, at least i am trying kann... tuhan maha adil dan jika usaha lebih lagi, membuak-buak lagi lah jawabnya. HAHA. dan kini, ini lah saya... i am still searching for a new me dan sekarang ini sedikit berjaya. yeay! huu~


itu lah 2009 saya. tidak mampu untuk mengomel panjang panjang lagi kerana saya mengejar masa. post segera yang boleh saya berikan. kerana, 1 january 2010 saya tidak akan berada di kuala lumpur. away to cherating dan niat untuk mengakses internet di sana adalah sangat menyedihkan. haha.

akan disambung tulisan ini lagi untuk post yang seterusnya.

btw guys,
SELAMAT TAHUN BARU 2010!!!

semoga hari ini lebih baik dari semalam. dan esok lebih baik dari sebelumnya. ;) tiada apa yang lebih baik dari apa yang telah dirancang oleh-Nya. dan segala sesuatu itu berlaku atas sesuatu.

sekian.

2 comments:

Life Storyteller said...

3.54 is ok enough ;) to make a kick-start
hebat sgt ke org2 di luar sana utk condemn ur result?
just like you, I start with 3.56 for the 1st sem in MRSM
and the result lead me to the better..
so, chaiyok2!
let us strive for the excellence
ok?
- ieda B) -

FarahAzieka Nasir said...

yes dear,
everybody deserve to be better than before in whatever they do including ME!
do pray for me
u too yea, may Allah give us a very wonderful new days and bring success along the way.
thanks ieda so much!
;)