Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Saturday, December 31, 2011

Ibu Adalah Insan Yang Sangat Memahami :)

Salam. 


Tadi ke Mc Donalds dengan Izzul minta tolong editkan video mandarin. Alaa antara assignment yang bertimbun-timbun tu, ni lah salah satunya. Haha. Dari lepas solat Jumaat buat sampai pukul 8 malam kalau tak silap bertapa dalam Mc Dogol tu. :p 

Dapat satu message dari mak. "Tak nak balik ke? Esok nenek nak buat makan-makan birthday Mira..." hehe. Tapi tak balas pun siapkan video dulu agak-agak lagi sikit nak siap terus call mak balik. "Obo tengah buat video mandarin ni tak siap lagi. Mak nak ambik ke kalau nak balik. Heeeee....". Mak, "Haa cepatlah siapkan kejap lagi mak datang ambik dengan ayu..." 

Hehe. Dari hari saya pulang semula ke shah alam tu lagi mak dah cakap tak payah lah balik dulu duduk lama sikit kat rumah. Tapi saya tak nak sebab fikir kerja banyak tak siap lagi. Tup tup esoknya lah yang tak larat bangun tu, mungkin sebab tak dengar cakap mak. Alahaiii >.< Then masa sakit tu pun mak tanya lagi tak nak balik ke saya cakap tak nak jugak sebab kerja jugak. Tup tup sampai ke hari ni sakit kepala ni tak hilang hilang lagi ni. Sampai satu malam tu menangis, sebab sakit sangat nak balikkkkk. Nak suruh mak datang ambik macam segan pulak. :( Tiba-tiba mak tanya hari ni and kebetulan kerja pun alhamdulillah dah 90% nak siap. Memang macam orang mengantuk disorongkan bantal. Huhu.

So malam ni kalian, saya tidur pandang kiri ada mak kat sebelah pandang kanan ada akak kat sebelah. Rasa sangat dilindungi okayy :D Balik balik tadi tengok Maharaja Lawak Mega satu family ada mak akak atuk nenek and lain-lain lah except abah takde kerja malam katanya. Bergelak ketawa dengan suka hati. Tadi tengok Ombak Rindu dengan nenek kat Astro First, memang malam ni asyik tengok menatap muka Aaron Aziz je laa. :p Sakit kepala pun dah beransur pulih, itu mengada-ngada namanya kepala ni. Okey tu je, bye! Haha. Syukur ya Allah, alhamdulillah ^^v

Moral of the story: Dengar cakap mak sebab itu yang terbaik sebab mungkin kalau ada sesuatu dia yang dapat rasa dulu. Alalalaaa... Heeee :)




I LOVE YOU MUM! 
Forever ;)



2 comments:

ehana said...

alalala...manjenye anak mak............

FarahAzieka Nasir said...

Harus lah awakkk >.< Huuuu