Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Wednesday, October 12, 2011

[ Bila kita redha Tuhan lagi sayang ]

Salam.

Situasi. 8.00 pagi, 12 Oktober 2011.

Saya sedang beratur bersama Mai yang dah di hadapan kurang lebih satu dua orang dahulu dari saya untuk menaiki bas ke fakulti. Mai dah masuk dalam bas sedang saya masih di belakang menunggu. Seorang pemandu bas tiba-tiba berdiri di sebelah. Diintai-intainya entah kenapa. Pelik. Pemandu bas memulakan pertanyaan.

Pemandu bas : Ada hilang beg duit eh?
Saya   : Haa, ada ada.
Pemandu bas : Meh sini.

Terus mencari Mai.

Saya   : Mai! Mai! Beg duit!

Maii    : Hah? Kat mana? (Mai terus keluar dari bas)

Kami ikut pemandu bas tadi ke bas yang satu lagi di belakang.

Saya  : Ya Allah, terima kasih.
Pemandu bas  : Dua hari saya cari awak.
Saya  : Terima kasih ye. Terima kasih banyak banyak..

Leganya Tuhan saja yang tahu.

Isi di dalamnya seperti sedia kala. Tiada satu pun yang tiada.

Sesungguhnya Dia Maha Adil. Dia sayang akan hambaNya yang redha dengan ujian yang dah Dia rencanakan. Dan sesungguhnya Dia jugalah yang membuka jalan.

Ya Allah, rahmati lah pemandu bas tadi yang terlalu jujur dan amanah. Kau buka lah pintu rezekiMu untuknya ya Allah dan berkati setiap keringat yang dicurahkannya untuk mencari secebis rezeki dariMu jua ya Allah.

Alhamdulillah syukur. :)




Gedik nak masukkan jugak gambar ni. Rasanya tak perlu. Hihi. Hai lahh beg duit ;)

p/s kesian mak dah susah susah datang semalam. hadeyhh :'( promise not to be careless again Farah!!