Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Tuesday, March 31, 2009

S A Y A

salam~

iye, ini saya.. sudah kembali.. ;) lama rasanya saya menyepi. untuk entri yang baru ini saya tidak berniat untuk berceloteh panjang. cukup sekadar memberitahu dan menunaikan janji bahawa saya kembali. mungkin dengan semangat baru. mungkin? hmm.. saya sendiri tak tahu. secara jujurnya banyak yang ingin saya ceritakan. pengalaman yang saya lalui sepanjang saya diam.

kepada kawan2,
tak tahu macam mana saya nak ucapkan terima kasih kepada kalian. tidak putus2 bertanya khabar. saya teramat bersyukur kalian adalah sahabat saya. saya sangat bertuah memiliki kalian sebagai teman. mungkin kalian yang malang agaknya yea memiliki saya sebagai sahabat.

oh ye, hari ini adalah hari terakhir bulan mac. bulan yang saya rasakan sangat pedih untuk saya lalui. walau apa pun ia, segalanya masih belum selesai. dan adakah saya akan terus membawa segalanya itu untuk hari2 mendatang? atau adakah saya akan meninggalkan ia terus pada hari lalu? entah. berjuta soalan dalam kepala tatkala entri ini ditype. huh. * farah~ jgn mengeluh lagi laa.. tdk2! saya redha. mungkin ini balasannya kan kepada manusia yang sgt2 berdosa ni. hee. saya akan menutup lembaran ini dengan hati yang terbuka dan menerima. alhamdulillah.

sudah. mata saya sudah teramat pedih.

urmm, blog saya kembali di renovate.. hee~ masih dalam pembikinan. kerana masalah kesihatan yang langsung tidak membenarkan saya terus melekat pada laptop ini. terpaksa dilakukan sedikit2. tapi lama2 jadi bukit kan. huu.

sekian.