Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Monday, February 1, 2010

[ Satu Hari ]

salam~

biarkan dia pergi
kerna yang hakiki itu bersilih ganti
indah mahupun tidak
hati perlu tetap mengerti
menerima dan menyedari
sesuatu itu sebenarnya luhur dan murni
bermula dan berakhir dari Maha Mencintai
yang lebih mengenali ciptaan insani

walau berliku jalan itu
walau berduri pohon-pohon di tepi
walau terik matahari di sisi
walau basah hujan diredahi
di sebalik mereka hakikatnya adalah sebuah kisah
cerita dan memori si dia yang sedang berjalan...

puisi diriku:
FARAH AZIEKA BINTI NASIR