Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Thursday, May 28, 2009

[Tulus]

aku pergi kiri kau ada
aku toleh kanan kau ada
aku pandang depan kau ada
aku paling belakang kau tetap ada
kau memang sentiasa ada
bertapak di setiap penjuru hidupku
perlu ke kita berlumba untuk setiap saat di dunia
tak pernah walau secebis ruang kau beri
walau dirayu
kau tetap kau
adakah aku akan terus aku
atau aku menjadi kau
ikatan kita
kau perlu ada
sebalik kau ada apa yang aku inginkan
bukan aku inginkan tapi semua

puisi diriku: FARAH AZIEKA NASIR

[Ke Senja]

diri ini bukan api
diri itu bukan duri
diri ini masih suci dan diri itu juga masih murni
tapi kenapa kita mudah lalai
mudah memperkosa nama
mudah mencabul nama
mudah menjual semua
ah, apatah lagi si pembeli
menunggu masa
bermaharajalela dirasuk!

puisi diriku: FARAH AZIEKA NASIR