Salam.
Tell me which one is better.
Ada orang cuba nak lawan gua berpuisi. (*macam bagus je :p) Terjaga dari tidur sepertiga malam terus dijamu dengan puisi yang dikarang oleh orang yang entah bila belajar jadi puitis ni entah. Dulu kutuk! Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Boooo! Haha ^^v
Sajak oleh: Izzul Islam Jaafar
Malam takkan indah tanpamu
Tenang dipukul lembut nafas cintamu
Tiada sempurna aku tanpamu
Hati kecil menjerit aku rindu!
Ku pesan pada si bayu
Sampaikan rinduku dan cintaku padanya
Mungkinkah dia akan mendengarnya?
Pasti!
Kerana teratak cinta kita terbina kukuh
Ku harapkan terang
Kau berikan cahaya
Menerangi gelap kotak hati cintaku
Ku harapkan warna indah
Kau berikan pelangi buatku
Mewarnai setiap kosong hidupku
Hanya kau yang satu, iaitu ratu!
Bukan main nak panjang lagi mengarang. Haha. Dan kemudiannya dibalas dengan, juga di request oleh orang itu, cehh. Huhu.
Sajak oleh: Farah Azieka Nasir
Dalam hati melimpah rasa untukmu
Di seberang sana kau ada
Kuasa apa yang kau bawa
Sampai aku terlalu rindumu selalu
Dalam hati terlarut rasa untukmu
Di seberang sini aku menunggu
Pada kau sang teruna hanya satu
Siang terlalu cemburu
Sedang malam tak pernah menipu
Walau ini mahupun itu
Hanya kau yang ku mahu
So sekarang memang dah ada teman bermadah lah konklusinya. Dulu sorang sorang je jiwang. Ngahaha!
*Please tell me I'm the winner. HAHA