Salam.
Saban hari kita merenung, menangis mencari jawapan kenapa itu dan kenapa ini. Tanpa sedar, soalan tu bukan hak kita sebenarnya. Si polan manapun takkan punya jawapan melainkan Dia yang satu.
Kenapa markah aku tak sama dengan dia? Kenapa dia dapat lebih kenapa aku dapat kurang? Kenapa dia gembira aku tak? Kenapa aku bukan dia? Kenapa selalunya aku bukan dia? Kenapa memang akan aku bukan dia? Mengeluh.
Teringat satu hari. Pergi program kenali diri kat fakulti. Excited at the beginning but sad ending personally. Again, it was ME! Hehe. Kadang-kadang pressure tahu? Walaupun orang cakap tak payah nak percaya sangat benda tu, tapi aku tahu serba sedikitnya betul tu semua. Kalau tak kenapa aku dapat keputusan yang macam tu. Segalanya memang aku. Haha, tiba-tiba emo. Mood swings mode okayy. Awhh! Banyak kaunter tersedia. Dari satu kaunter ke kaunter yang lain saya pergi. First, warna dan sifat anda. Hasilnya, biru. Dalam hati konon ingat perwatakan warna biru macam yang selalu baca kat majalah tu laa. Damai whatsoever. Tapi! Awak seorang yang penghiba, muda larut, emosi dan sensitif. Bahaya orang biru ni. MasyaAllah, sampai hati cakap macam tu. First2 lagi dah macam d**n! Haha.
Kedua, kaunter minat anda kot. Buat punya buat test dia, jawab punya jawab dengan harapan it would be a positive result for me please? Dapat dapat keputusan, siapa yang dapat huruf C rasanya. Saya pun angkat tangan. Tahniah, anda berada di fakulti yang salah. HAHA! Second is also dah macam d**n! ^^v fikir balik betul betul kenapa awak ambil course ni. Minat? Mak ayah? Terpaksa? Kalau rasa boleh, teruskan kalau rasa tak, buat apa buang masa. Hehe, tepuk dada tanya selera. Nak cakap lagi sekali boleh? D**n! Ilmu hisab payah jugak kan? Haha.
Ketiga, kaunter ni paling best. Lagi buat macam pfffttt. :) Tarikh lahir dan siapa anda. Dalam kertas ada banyak banyak kotak. Kena isi nombor nombor tarikh lahir kita. And then campur2 sampai kotak last. Lepas tu diberinya lagi sekeping kertas, tertera nombor nombor idaman. Haha. Nombor apa yang tiada itulah kekurangan kita. Yang saya takde nombor 4 dan 7 rasanya. Guess what? Taraa! ^^, 4 adalah KAWAN, 7 adalah ILMU. Hina rasanya sekarang, like seriously? YES! Ditambah lagi, bila ditanya, boleh saya tahu siapa yang takde nombor 4 dengan 7? Then I asked, kenapa ye? (*saya tak angkat tangan pun waktu tu sebabnya tengok kertas orang sebelah sebelah depa semua ada salah satu nombor tu except me! Maksudnya saya seorang! Saya maluuu. Betul.) Siapa yang takde dua nombor ni dia adalah seorang yang sangat bahaya and need to be usaha berlipat kali ganda berbanding orang lain. Usaha dari semua segi. Full stop. Sebab dah macam d**n again and again! :'( Satu hari yang biasa dah boleh merosakkan rasa! There you go, nampak tak macam mana penghibanya saya. ;)
Terus keluar dari dewan tu.
Sama macam Fakri Saarani tak dapat masukkan penalti (*eh tiba-tiba. Haha). Bak katanya, "buat lah macam mana pun kalau bola tu tak nak masuk usaha macam mana pun memang dia takkan masuk. Yang penting saya tahu saya dah buat yang terbaik".
Tadi bersms dengan Izzul, cerita markah test.
Izzul : Lain kali rezeki awak..
Saya: Tapi memang akan selalu bukan jadi rezeki saya. Kenapa ye?
Izzul : Tengok keseluruhan hidup awak. Macam roda, kadang-kadang kita tak dapat tuah dalam satu sudut kehidupan kita.. Allah nak bagi cara lain.
Saya tulis ni sekadar selingan cerita pengalaman. Untuk renungan diri sendiri jugak. Berkongsi tak salah kan? Rezeki tu
kadang-kadang bukan kita yang punya. Buat lah macam mana pun, kalau
bukan kita punya tetap bukan lah. Mungkin rezeki tu bukan dekat sini, Allah nak bagi pada suatu masa yang lain yang lebih manis waktunya nanti. Jangan lah sedih-sedih.. :)
Sekian.