Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Saturday, December 31, 2011

Ibu Adalah Insan Yang Sangat Memahami :)

Salam. 


Tadi ke Mc Donalds dengan Izzul minta tolong editkan video mandarin. Alaa antara assignment yang bertimbun-timbun tu, ni lah salah satunya. Haha. Dari lepas solat Jumaat buat sampai pukul 8 malam kalau tak silap bertapa dalam Mc Dogol tu. :p 

Dapat satu message dari mak. "Tak nak balik ke? Esok nenek nak buat makan-makan birthday Mira..." hehe. Tapi tak balas pun siapkan video dulu agak-agak lagi sikit nak siap terus call mak balik. "Obo tengah buat video mandarin ni tak siap lagi. Mak nak ambik ke kalau nak balik. Heeeee....". Mak, "Haa cepatlah siapkan kejap lagi mak datang ambik dengan ayu..." 

Hehe. Dari hari saya pulang semula ke shah alam tu lagi mak dah cakap tak payah lah balik dulu duduk lama sikit kat rumah. Tapi saya tak nak sebab fikir kerja banyak tak siap lagi. Tup tup esoknya lah yang tak larat bangun tu, mungkin sebab tak dengar cakap mak. Alahaiii >.< Then masa sakit tu pun mak tanya lagi tak nak balik ke saya cakap tak nak jugak sebab kerja jugak. Tup tup sampai ke hari ni sakit kepala ni tak hilang hilang lagi ni. Sampai satu malam tu menangis, sebab sakit sangat nak balikkkkk. Nak suruh mak datang ambik macam segan pulak. :( Tiba-tiba mak tanya hari ni and kebetulan kerja pun alhamdulillah dah 90% nak siap. Memang macam orang mengantuk disorongkan bantal. Huhu.

So malam ni kalian, saya tidur pandang kiri ada mak kat sebelah pandang kanan ada akak kat sebelah. Rasa sangat dilindungi okayy :D Balik balik tadi tengok Maharaja Lawak Mega satu family ada mak akak atuk nenek and lain-lain lah except abah takde kerja malam katanya. Bergelak ketawa dengan suka hati. Tadi tengok Ombak Rindu dengan nenek kat Astro First, memang malam ni asyik tengok menatap muka Aaron Aziz je laa. :p Sakit kepala pun dah beransur pulih, itu mengada-ngada namanya kepala ni. Okey tu je, bye! Haha. Syukur ya Allah, alhamdulillah ^^v

Moral of the story: Dengar cakap mak sebab itu yang terbaik sebab mungkin kalau ada sesuatu dia yang dapat rasa dulu. Alalalaaa... Heeee :)




I LOVE YOU MUM! 
Forever ;)



Friday, December 30, 2011

Exhausted


Salam. 

Sekadar untuk membebel je kali ni. :)

Study week start 24th december haritu sampai 1st january and sepatutnya I've spent lebih lama sedikit di rumah bersama family tercinta dan meletakkan di tepi seketika buku, assingment and whasoever. Haihh. Tapinya sangat malang for me. I got a lot of work to do. Kenapa hidup ni tak adil. Aceceh. -.-" Dari start balik Selasa yang lepas tak berhenti berhenti mengadap assignment. Ya Allah, help me :( Study pun tak sempat sempat nak start lagi. Nak final okayyy, I repeat nak FINAL! Tapi satu pun tak hidup lagi ni! Arghhhhh! 

Dicampur dengan hari Rabu that has been wasted macam tu je sebabnya tak tahu sakit apa yang melanda. Langsung tak larat nak bangun, nak makan, nak buat apa pun tak larat! Muntah muntah, kepala macam dihentak-hentak, perut serba tak kena, badan lemah yang teramat. And saya hanya mampu melihat groupmate buat kerja sesama mereka tanpa saya membantu sedikit pun. Disappointed okayy! Takde function saya dalam group tu coz I do nothing! Kenapa time time macam ni? :'( 

Dan semalam, alhamdulillah dah okay sikit. So, pergi hantar assignment yang satu tu. Siap siap kan apa yang tertangguh lagi but then tiba ke petang and malamnya again. Headache! Kepala sekali lagi macam dihentak sekuat yang boleh. Berdenyut-denyut macam ya Allah je yang tahu. Sakit tahuuu :(

Pagi ni bangun, sakit tu still tak hilang. I just pray to Alllah, berilah aku kesihatan yang baik baik saja ya Allah. There's a lot to do which require tenaga yang cukup untuk saya selesaikan dalam waktu yang singkat macam ni. Hari Jumaat si penghulu hari, please be kind to me dan semoga hari ini berjalan seperti yang dirancang, insyaAllah. Amin. 

So today, kasi pulun lagi supaya semuanya siap secepat yang boleh dan study dapat dimulakan!


" Inginkan mutiara selamilah lautan,
inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
inginkan kejayaan relailah pengorbanan,
Ketahuilah bahawa setiap penderitaan itu
sebenarnya terkandung 1000 kemanisan..."


Wednesday, December 7, 2011

[ Siapa punya? ]

Salam.


Saban hari kita merenung, menangis mencari jawapan kenapa itu dan kenapa ini. Tanpa sedar, soalan tu bukan hak kita sebenarnya. Si polan manapun takkan punya jawapan melainkan Dia yang satu.

Kenapa markah aku tak sama dengan dia? Kenapa dia dapat lebih kenapa aku dapat kurang? Kenapa dia gembira aku tak? Kenapa aku bukan dia? Kenapa selalunya aku bukan dia? Kenapa memang akan aku bukan dia? Mengeluh.

Teringat satu hari. Pergi program kenali diri kat fakulti. Excited at the beginning but sad ending personally. Again, it was ME! Hehe. Kadang-kadang pressure tahu? Walaupun orang cakap tak payah nak percaya sangat benda tu, tapi aku tahu serba sedikitnya betul tu semua. Kalau tak kenapa aku dapat keputusan yang macam tu. Segalanya memang aku. Haha, tiba-tiba emo. Mood swings mode okayy. Awhh! Banyak kaunter tersedia. Dari satu kaunter ke kaunter yang lain saya pergi. First, warna dan sifat anda. Hasilnya, biru. Dalam hati konon ingat perwatakan warna biru macam yang selalu baca kat majalah tu laa. Damai whatsoever. Tapi! Awak seorang yang penghiba, muda larut, emosi dan sensitif. Bahaya orang biru ni. MasyaAllah, sampai hati cakap macam tu. First2 lagi dah macam d**n! Haha.

Kedua, kaunter minat anda kot. Buat punya buat test dia, jawab punya jawab dengan harapan it would be a positive result for me please? Dapat dapat keputusan, siapa yang dapat huruf C rasanya. Saya pun angkat tangan. Tahniah, anda berada di fakulti yang salah. HAHA! Second is also dah macam d**n! ^^v fikir balik betul betul kenapa awak ambil course ni. Minat? Mak ayah? Terpaksa? Kalau rasa boleh, teruskan kalau rasa tak, buat apa buang masa. Hehe, tepuk dada tanya selera. Nak cakap lagi sekali boleh? D**n! Ilmu hisab payah jugak kan? Haha.

Ketiga, kaunter ni paling best. Lagi buat macam pfffttt. :) Tarikh lahir dan siapa anda. Dalam kertas ada banyak banyak kotak. Kena isi nombor nombor tarikh lahir kita. And then campur2 sampai kotak last. Lepas tu diberinya lagi sekeping kertas, tertera nombor nombor idaman. Haha. Nombor apa yang tiada itulah kekurangan kita. Yang saya takde nombor 4 dan 7 rasanya. Guess what? Taraa! ^^, 4 adalah KAWAN, 7 adalah ILMU. Hina rasanya sekarang, like seriously? YES! Ditambah lagi, bila ditanya, boleh saya tahu siapa yang takde nombor 4 dengan 7? Then I asked, kenapa ye? (*saya tak angkat tangan pun waktu tu sebabnya tengok kertas orang sebelah sebelah depa semua ada salah satu nombor tu except me! Maksudnya saya seorang! Saya maluuu. Betul.) Siapa yang takde dua nombor ni dia adalah seorang yang sangat bahaya and need to be usaha berlipat kali ganda berbanding orang lain. Usaha dari semua segi. Full stop. Sebab dah macam d**n again and again! :'( Satu hari yang biasa dah boleh merosakkan rasa! There you go, nampak tak macam mana penghibanya saya. ;)





Terus keluar dari dewan tu.





Sama macam Fakri Saarani tak dapat masukkan penalti (*eh tiba-tiba. Haha). Bak katanya, "buat lah macam mana pun kalau bola tu tak nak masuk usaha macam mana pun memang dia takkan masuk. Yang penting saya tahu saya dah buat yang terbaik".

Tadi bersms dengan Izzul, cerita markah test.

Izzul : Lain kali rezeki awak..
Saya: Tapi memang akan selalu bukan jadi rezeki saya. Kenapa ye?
Izzul : Tengok keseluruhan hidup awak. Macam roda, kadang-kadang kita tak dapat tuah dalam satu sudut kehidupan kita.. Allah nak bagi cara lain.

Saya tulis ni sekadar selingan cerita pengalaman. Untuk renungan diri sendiri jugak. Berkongsi tak salah kan? Rezeki tu kadang-kadang bukan kita yang punya. Buat lah macam mana pun, kalau bukan kita punya tetap bukan lah. Mungkin rezeki tu bukan dekat sini, Allah nak bagi pada suatu masa yang lain yang lebih manis waktunya nanti. Jangan lah sedih-sedih.. :)


Sekian.

Tuesday, December 6, 2011

[ Soalan ]

Pecah kaca pecah gelas,
saya dah baca sekarang saya balas. :) 

Sumber: Kak Mira Cantik ^^v

1. kalo bleh bg nama nak bg nama ape untuk saye?? kenape??

Tengok dekat 'sumber' atas ni. Sebabnya cantik menarik kau memang da bomb! HAHA
2. perkara yg kamu suka tentang saya...
Such a lovely sister :)
3. ape yg kamu xsuka tentang saya?? 
Eh apa nii. Tak ada puunnnnn. Hihi.
4. perkara paling bodoh penah saye buat??
Alahaii, yang ini tak tahu. Sungguh. Apa eh? Haha.
5. perkara paling lawak dlm hidup??
One of them: Waktu 5 tahun, bawa remote tv pergi beli roti canai kat kedai secara tidak sedar. (*obses dengan tv mungkin)
6. dah berpunye ke skg?? ehemm2....
Haha. You got the answer! Izzul ada dalam poket ni ha :p
7. sape saye dlm hidup kamu?? menyesal x kenal dgn saye?? haha
Kawan dan kakak abadan abada. MasyaAllah, kenapa nak menyesal pulak ni. Hehe.
8. kalo hari ni hari terakhir saya... ape yg kamu nk cakap kat saya?
Allah menyayangimu :)
9. lokasi kat mane skg??
Mala Gongyi Daxue Sha'a nan.
10. macam mane hidup anda skg?
Alhamdulillah. Punya nafas punya nikmat empunya Dia. ;) 


Sumber: Kak Fifah Comel ^^v

1. Dah berapa lama kita tak jumpa?
Berapa lamakah? Last masa pergi Perkad hari tu lah. Berbulan bulan bulannnnn :p
2. Rindu saya tak? ke marah sebab dah lama tak jumpa?
I miss chuuuu. Aww~
3. Bila first time kita jumpa or kenal?
Komander! :)
4. Apa saat yang paling anda ingat bila dengar nama saya?
Bibar eh? Bibir lebar. Ohh i hate that frankly. Eh akak jangan marah! Ngee ^^,
5. Benda paling lawak terjadi within 24 hours
Bila cari anak tudung kat mana entah hilangnya rupanya dah ada atas kepala. 
6. Siapa nama no 5 dalam phonebook awak?
Atuk Rumah. Haha
7. Bila last time rasa stress?
Semalam.
8. Bila last time pegi pantai?
Ya Allah, berkurun dah kot.
9. Benda paling awak marah dengan saya?
Mana adaaaa. Saya tak pandai nak marah marah ni. Nanti tak cute jadinya. HAHA.
10. Kalau satu hari nanti saya dah tak de, awak nangis tak?
Tak nak nanti awak terseksa.
11. BILA NAK KAHWIN? Hehehehe....
Tunggu Izzul kumpul duit. Muahaha!

Ayam itik ada anak
nak tag balik saya tak nak.

Umur adik dua belas
sebab saya malas.

Haha. Thanks kak mira thanks kak fifah. Love ya! ;)