Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Sunday, October 9, 2011

[ Bunga Telur Yang Memalukan ]

Salam.


Hari ini adalah hari berehat di rumah. Menghabiskan penat semalam dari siang hingga ke malam. Ye, kalau balik rumah alamatnya tak sah lah kalau tak ke mana-mana. :)

Yesterday. Pagi-pagi lagi sudah dibangkitkan oleh ayahanda tercinta untuk bersiap-siap menghadiri majlis pernikahan Amy. Amy is one of my dua pupu eh? Betul lah kan if emak dengan Amy sepupu, then Amy and me adalah dua pupu. Kan kan? Amy was one of arwah Atok Mok's sons. Ohh I missed Atok Mok so much :'( But I used to called him just Amy walaupun umurnya jauh lebih tua from me. Ingat lagi waktu kecik-kecik dulu kalau jumpa Amy dia mesti asked me like this, "Bo, tengok gigi, tengok gigi?". Lepas tu dia gelak-gelak. Dan saya akan terus membuka  mulut showing my gigi. Itu namanya menganjing pada kasarnya okay sebab dulu gigi saya ni rongak kat depan. Obviously ye, nampak coklat-coklat kat gigi atas ada yang dah tinggal setengah je gigi tu and rompong-rompong. Cuma dulu kecik-kecik saya pun bodoh bodoh je lagi. Ikut je apa orang cakap. Haha.

Sekarang, semua dah besar-besar. Amy pun dah jarang tanya saya macam tu lagi. Good! ;) And yesterday, Amy kahwin. Ya Allah begitu cepat masa berlalu.

So, apa yang saya nak ceritakan adalah pada hari perkahwinan Amy semalam. Pagi akad nikah dan resepsi perkahwinannya adalah pada sebelah malam. I've done something yang memalukan diri sendiri tapi bukan saya sengaja nak buat pun. Tak disengajakan okayy. :(



Okay, nampak saya yang berdiri di situ. I was the one yang ditugaskan untuk menjaga bunga telur sebelah pelamin tu. So that, bila orang merenjis I'll give them one. Ini pun secara tidak dirancang, tiba-tiba mak suruh saya berdiri kat tepi tu bagi bunga telur. Saya pun pergi je lah. Satu per satu selesai merenjis.

Tempat bunga telur tu tak stabil. Untuk saya keluarkan bunga telur tu pun satu satu dari tempatnya sangat susah, ketat. It's hard for me nak menenggek sebelah pelamin tu bagi bunga telur lagi nak jaga bekasnya yang macam nak tumbang tu lagi dah lah dengan kebayanya, adoii =,=" payah sungguh nak bergerak.

One by one passes by, saya dah mula rasa yang bekas bunga telur ni dah jadi semakin tak stabil. At last, gedepek! Memang betul betul tumbang. Haihh. Malunya saya. Dah tak tau nak buat apa dah ni. Pelamin tu tinggi ye, susah untuk saya naik dengan kebaya tu habis terselak semunya kang. Aduhh.

Bunga telur pun tumbang. Habis semua bersepah-sepah jatuh terkeluar dari tempatnya. Berterabur kat kaki-kaki pengantin. Adoyaii macam mana aku nak kutip ni. Ada juga telur yang dah pecah rasanya kot! Dengan muka terkejutnya saya pandang Amy. Amy dah tergelak kat atas pelamin tu boleh dia cakap kat saya,"takpe Bo takpe relax je kat situ". Sengal lagi lah orang tahu saya yang buat. Kakak saya yang kat sebelah sana yang kat tempat MC tu pun dah gelak-gelak. Hampeh! Malu weh, ramai orang tu. Oh ya Allah.

Nampak pengapit lelaki tu. nasib baik dia ada. Dia terpaksa membongkokkan badannya untuk tolong saya angkat tempat bunga telur tu. Kurang ajar, dia tutup muka dia dengan kipas, dia gelakkan saya dulu baru nak tolong saya okayy! Cehh. Haha. Masa dia angkat tu pun dia cakap kat saya yang dah tergamam depan tu, "dik, tolong pegang ni dik, saya ni dah lah macam ni haa". Actually I'm not sure sampin ke seluar yang dia pakai tu longgar, dia pun asik duk pegang je nak tahan. Saya dengar dia cakap kat Amy, but Amy says takpe takpe ko relax je cool je. Huhu. So dah nak terlondeh lah tu yang dia suruh saya pegang dia dah tak mampu nak tolong lagi dah. Kalau tak habis kat situ. Hahaha. Kat atas pelamin tu, yang dalam tempat merenjis tu pun sebenarnya takde apa-apa. Baik bunga rampainya ke air apa tu pun takde nak renjis2. Tiap2 kali orang naik nak merenjis awal2 lagi Amy akan bagi tahu, "drama je drama je, takde pape dalam tu". Semua pun ikut je, memang semua pun baik punya cover kat atas pelamin tu. Haha.

Amy, amy... Dia ni memang bengong bengong sikit. Nak menikah pukul 10 rombongan semua dah tunggu depan rumah, pukul 9.30 baru dia nak mandi siap-siap semua. Duhh. :)

Okay sambung balik. dah selesai sesi merenjis pengantin pun turun nak ke meja makan. Amy lalu sebelah saya, "ala relax Bo, biasa lah tu memang selalu jadi". Hahaha. Dia ni menganjing aku ke apa ni. Cehh!

Nasib baik lah semuanya berjalan dengan kejapnya. Alhamdulillah. Saya malu jugak okay. Mak pun gelakkan saya. Huh. Saya dah spoil kan sikit kat atas pelamin tu. Haha. Tapi takpe lah bukan selalu pun. :p

Sekian.

No comments: