Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Friday, October 7, 2011

[ International Islamic Finance And Business Symposium ]

Salam.


'Setiap hari mungkin tak seindah hari yang kita impikan tapi dalam setiap hari itulah terselit cerita indah yang tak pernah kita perasan'



Dua hari menjalani hari dengan stress dengan quizzes, assignments and so on so forth. Haihh. Penat sungguh. Dan sekarang saya tak sabar nak balik. Kelas petang pada hari Jumaat memang sangat tidak syok okayy. Orang lain sibuk dah berangkat pulang untuk menikmati 'happiness weekend' di rumah, saya masih terkatik-katik kena pergi kelas from 5pm to 7pm. Sangat tidak adil. Dah jangan merungut. Redha.

Semalam, Maisarah and me were just trying to have some fun instead of kena study study and study. So dari siang siang lagi dah decided nak date malam ni pergi Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) nak tengok orang menari-nari. Best weh! Cultural performance which is zapin, asyik, dikir barat etc. Temanya 'An Evening of Cultural Performance'. Segan jugak lah pergi dewan besar tu then tak tau kat mana dah lah tak kenal siapa siapa kat situ, kami main redah je janji happy! Sebab kami pun tak tau siapa yang anjurkan event ni, maybe budak course international islamic finance bla bla bla tu lah kot. Nampak tak, basically kami memang tiada kena mengena dengan event ni. Main redah je! :) Kitorang ni memang dah macam berbulu sangat je duduk dalam kampus mengadap buku, nak keluar semua takde duit so cari yang free. Itu dengan tak malunya tu. Hehe. Ohh ya Allah, thank you :-)

Tapinya ada juga yang a little bit kurangnya here and there which is for me sangat nampak kekurangan tu and tak sepatutnya jadi. Sebab segan jugak lah ada foreigner semua dari sana sini datang. Tu lah siapa suruh tak panggil ceq pi organize event tu, sure letopp! Haha. perasannya, okay fine. :p

Tapi takpe, all in all semua performance nya tak kurang hebat jugak. Macam best je menari, nak jugak boleh? =.=' dari dulu teringin nak menari neh tak dapat-dapat. Nak tanya mak, kenapa tak hantar saya pergi kelas menari masa kecik kecik dulu. Haha. Kami duk tergelak-gelak tengok depa menari, lentikk lelaki perut boroi tu menari! :p

Natijahnya, thank you so much sebab menceriakan mood kami semula. InsyaAllah ada event macam ni lagi tolong jemput kami lagi. Hehe ;)


Outfit kami ni tak tau lah sesuai ke tak semalam sebab yang lain datang pakai cantik cantik. Tengok tu dengan seliparnya lagi. Haha. Yang lagi satu ni Asma (kanan), roomate saya yang sama melayan gilanya Mai (kiri) dan saya. Dia pun on je nak ikut. Hihi ;)

TARIAN SATU MALAYSIA


*Mak dah text suruh tunggu sampai akak datang petang kang. Lagi berapa jam nak balik! Yey yey! Hihi


Tuesday, October 4, 2011

[ Satu Gambar Satu Hari ]

Salam.

Tangkap satu gambar pada setiap hari ke kelas.

Saya dah berazam, tapi azam ni bukan tinggi melangit sangat pun. Cuma untuk kepuasan diri sendiri. Suddenly came with this idea. Entah betul entah tidak apa gua buat ni. Haha. Tak kisah lah asal hati senang.

Matlamatnya hanya satu, untuk memberi semangat kepada diri sendiri supaya semangat ada tiap-tiap hari. Tangkap satu gambar pada setiap hari ke kelas. Mengarut lah Farah. Itu lah saya cakap untuk kepuasan diri sendiri juga dalam fikiran saya at last nanti I'll have something yang saya boleh tengok dijadikan kenangan. Cuba lah! It works! Ngee ;)

Tengok lah muka semangat hari pertama untuk sem ini ;)



Yang ini betul betul hari ni punya.
Betapa semangatnya saya hingga ke hari ini. Haha.



Tunjuk sikit sikit je gambarnya. Sekian :)



FIGHTING!!!

Monday, October 3, 2011

[ Lawanku ]

Salam.

Tell me which one is better.

Ada orang cuba nak lawan gua berpuisi. (*macam bagus je :p) Terjaga dari tidur sepertiga malam terus dijamu dengan puisi yang dikarang oleh orang yang entah bila belajar jadi puitis ni entah. Dulu kutuk! Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Boooo! Haha ^^v

Sajak oleh: Izzul Islam Jaafar

Malam takkan indah tanpamu
Tenang dipukul lembut nafas cintamu
Tiada sempurna aku tanpamu
Hati kecil menjerit aku rindu!
Ku pesan pada si bayu
Sampaikan rinduku dan cintaku padanya
Mungkinkah dia akan mendengarnya?
Pasti!
Kerana teratak cinta kita terbina kukuh
Ku harapkan terang
Kau berikan cahaya
Menerangi gelap kotak hati cintaku
Ku harapkan warna indah
Kau berikan pelangi buatku
Mewarnai setiap kosong hidupku
Hanya kau yang satu, iaitu ratu!


Bukan main nak panjang lagi mengarang. Haha. Dan kemudiannya dibalas dengan, juga di request oleh orang itu, cehh. Huhu.


Sajak oleh: Farah Azieka Nasir

Dalam hati melimpah rasa untukmu
Di seberang sana kau ada
Kuasa apa yang kau bawa
Sampai aku terlalu rindumu selalu
Dalam hati terlarut rasa untukmu
Di seberang sini aku menunggu
Pada kau sang teruna hanya satu
Siang terlalu cemburu
Sedang malam tak pernah menipu
Walau ini mahupun itu
Hanya kau yang ku mahu

So sekarang memang dah ada teman bermadah lah konklusinya. Dulu sorang sorang je jiwang. Ngahaha!

*Please tell me I'm the winner. HAHA

Saturday, October 1, 2011

[ Sensitif ]

Salam.

Ramai orang di sana
Ketawa melihat aku berjenaka
Kadang sedar kadang tak
Siapa kisah ada apa dalam jiwa
Dusta duka nestapa
Semua empunya Dia
Benci lihat dunia walau salah tiada
Beritahu mereka!
Aku hina
Tak layak dipanggil manusia



-FarahAziekaNasir

[ 1 Oktober 2011 ]

Salam.

1 May 2011. Cukup lima bulan aku tak datang sini. Aku lupa aku ada penglipur lara 'TapiKeranaDia Cipta'.

Aku guna 'aku' sebab aku tengah sedih. Memang aku asyik menangis. Panggil aku si looser. Panggil aku si penghiba. Panggil aku apa saja. Sebab aku bukan siapa untuk tutup mulut siapa siapa. Apa aku ada? Tak ada apa-apa. Allah Maha Esa.

Sunday, May 1, 2011

[ Bergembiralah Duhai Hati 2 ]

Assalamualaikum.

secara ringkas sebelum saya masuk tidur.

walaupun pada awalnya baru seketika tadi seorang rakan, a very good friend, tanya dah update blog ke belum, saya katakan tidak nanti nanti lah.

tapi tak tahu kenapa menyentuh sangat menonton video yang ini. sekali lagi saya jumpa secara tidak langsungnya dan terus! subhanAllah. :')

kalau mampu saya tulis setiap bait perkataan setiap baris ayat yang disebut, ya Allah indah sungguh. nak menangis rasanya. kenapa perlu bersedih? jangan bersedih sebab Allah sentiasa bersama kita. saya bukan sedang bersedih, bukan sebelum saya menonton yang ini.

ramai orang bersedih kerana tak mendapat ketenangan yang diimpikan. namun adakah betul kita tahu dan kenal sebenar-benarnya tenang itu bagaimana. syukur, syukur dengan apa yang kita ada. tenang itu bukan hanya dari harta, tenang itu bukan juga hanya dengan gembira, tenang itu hanya daripada Dia.

kata Hamka, "yang ada ini sudah harapan kita"


bukan salah untuk mengaharap sesuatu yang belum ada tapi jangan lupa yang telah ada!

Allah itu segala-galanya. bila hidup terasa gelap, Dia lah penerangnya. bila hidup terasa sedih, Dia lah penyerinya. bila hidup terasa tidak bermakna, Dia datang memberi makna. tapi kita tak pernah sedar. kita ini menumpang. lalai, leka. :'(

syukur kadang-kala lebih tinggi makamnya dari sabar. kerana ramai orang tahu bersabar tapi belum tentu seseorang itu bersyukur dengan apa yang dia ada, dia miliki. kita? tepuk dada tanya selera.

peringatan untuk semua dan saya juga hendaknya.




guruh dah berbunyi, hujan agaknya! ;)

sampai di sini dahulu.

belakang sakit lenguh sehari suntuk di luar. rehat adalah solusi yang terbaik, insyaAllah.

semoga esok hari yang lebih bermakna :)


farahaziekanasir



Friday, April 29, 2011

[ God's Gift To Us ]

Assalamualaikum.




"You don't choose your family. They are God's gift to you, as you are to them."
~Desmond Tutu




Rasa yang indah. Alhamdulillah. ;)





I'm home currently.








Bersama orang-orang tersayang di tempat yang penuh dengan kasih sayang.







Gembira ♥♥♥





FarahAziekaNasir