Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Sunday, September 27, 2009

[senyum pada saya]

salam~

cuti yang diakhiri dengan penuh bermakna.
saya sedang senyum sebab saya gembira.
saya menguap sebab saya mengantuk.
saya lenguh sebab saya penat.
saya sedang berfikir sebab saya tak boleh lupa hari ini.
tak salah kan?
terima kasih. thank you so much.


maaf atas sedikit kegembiraan peribadi yang dialami. sebab saya tak pernah rasa begini. thanks3!. to you; even 1000 of them it will still be you... will be missing you so much, will be leaving... BANGUN PAGI, GOSOK GIGI DAN SENYUM PADA SAYA PLEASE? ;) cherycherybumbum!


Thursday, September 24, 2009

[masih beraya]

salam~

hari raya ke-5. ;)


(saya rasa saya perlu pulang segera)

masih selamat hari raya kawan2 (;

Tuesday, September 22, 2009

[Dam Dam Dum]

salam~

selasa, 22 september, 2 syawal. hari memenatkan mungkin, walaupun penat masih bertahan mengadap lappy yang tak seberapa ini. ;) seronok. seronok. seronok. masih belum terlambat rasanya untuk diucap;

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!
(iye, saya tahu saya lambat haha)

masuk hari kedua beraya. makan tak ingat dunia. bergambar macam model sedunia. arghhh, kesannya tahu lah nanti yea. haha! raya pertama, disambut sederhana bersama keluarga tapi tetap bermakna kan. hari kemenangan lah katakan. =) entah berjumpa entah tidak 1 syawal yang seterusnya. yang pasti saya masih terlalu mengharap pertemuan itu. terlalu yang teramat sangat. insyaAllah. kerana tugas, tanggungjawab, keinginan, kemahuan, kepuasan, perjanjian yang masih belum terlerai. yang masih menanti jawapan. dan saya, masih berlari mencari dan mengejar kepada sesuatu. Ya Allah, izinkan hambaMu ini... ;)

bertandang ke rumah kawan lama petang tadi membuat saya memasang telinga dengan begitu capang sekali, haha mendengar cerita demi cerita, humm... kerinduan yang teramat. kalau lah boleh diputar masa, saya mahu ke masa silam sebentar memeluk, mencium, menatap kalian semua buat seketika. tak mungkin. :) kalau larat mahu saja saya menaip satu persatu nama yang pernah berada dalam ingatan ini suatu ketika dulu dan mungkin hingga kini, tapi saya tidak. terlalu banyak kalau. kerana terlalu banyak kekesalan mungkin. pengalaman tetap pengalaman, memori tetap memori. sudah.

untuk kalian;
,, jemputlah ke rumah jangan malu jangan segan
,, maaf zahir dan batin
,, saya rindu sayang semua ;D

Friday, September 18, 2009

[p.a.i.n]

salam~

argghhhh! mulut sakit lah bengong. ;( benci.......... sangatsangat. bukan seprti biasa sakitnya. huh.

sakithakiki

kesankesan
; perosak semangat melantak buka puasa
; sakit hati
; mood bukan pada tahap membanggakan
; tak boleh membebel. senyap.
; mahu menangis, uwwaarrgghhhh! ;"(

i rily need this ryte now... HEEEEEEEEELLLLLPPPPPPPP!


penyelamatku



Monday, August 31, 2009

[saya tak lah]

salam~


hey. im back!


sangat2 lama. iye, saya tahu. =) kerana ketiadaan broadband dan signal wifi yang sangat2 tettt… di sana menyebabkan saya selalu berputus asa untuk terus menulis atau berblogging lah! susah sangat. hak3… puasa. puasa saya masih penuh ok… kepada kalian2 yang telah ‘memfitnah’ saya dengan mengatakan saya tidak puasa. saya banned anda! faham. BANNED! haha… gurauan semata. ;p

saya otak setengah sekarang dan lambat respon tapi mahu membebel juga sebab ini je masa yang ada. nasib lah kan. who cares anyway~ (plus tiada siapa pun kisah farah sedang mereng otak penuh gila ke apa) huhu… kawan2… handphone saya masih berfungsi, saya masih ada lagi menjalani hidup sebagai insani, ahaxx!, dan SAYA TAK PERNAH LUPA ANDA YANG PERNAH SAYA KENAL! huh. kawan2… saya tak sombong… saya tak bongkak… saya tak meninggi diri atau apa sajalah yang seangkatan dengannya. dan SAYA TAKKAN PERNAH TERINGIN, MAHU ATAU BERNIAT UNTUK JADI BEGITU! kawan2… saya masih sayang kalian dengan sepenuh hati saya. dan SAYANG SAYA TAKKAN PERNAH HILANG SELAGI SAYA TAK MENGUCAP BUAT KALI TERAKHIR!


ok kawan2… kalian faham bukan. bagus. ;) kawan2… dunia dah maju, teknologi makin canggih… andai kalian punya masa gunakan teknologi tersebut dan berhubung dengan saya. pasti ada respon! PASTI! kalau hanya mahu menunggu saya, saya juga insan biasa. dan saya ulang semula, saya tak sombong lah kawan2… saya masih berada di atas bumi yang kalian juga diami. hee~ sudah, tak mahu cakap lebih2. hati saya sakit mungkin, sedih mungkin. arghhh! abaikan.



selamat berpuasa dan selamat merdeka kawan2! =)

Sunday, August 2, 2009

[Am I Stepping]

salam~

like i said i love my English class, very much! =) and for the first class we had, we are asked to make a simple poems about our self, anything as long as its a poems... woo~ like this activity so much! hee~ so... this is those words which has across my mind at that time... first english poem i ever had! huu...


If I could,

I just want a very free moment

For me, with the moon

To tell, to show

What am I really looking for right now…

As long as the lights on

I will keep moving, move far and far away

Just to reach that beautiful moment

If I could,

I just want to be the one

Who can create a wonderful smile to every one

Who can make peoples around dancing

Who can touch them with all my heart and my soul

Some days

I wish I could save my own self

I want to be where I am supposed to be right now

There is no more ways to hiding in

Sometimes happiness sometimes sadness came like a rolling stone

Even how stumble down I am

Neither you nor I know

If there is a tomorrow or not

I will keep moving my steps

For the journey which are waiting for me

For me to reach the moment

Which those have ever been the dream of mine…



FARAH AZIEKA NASIR

[AKU DI SINI MEMENUHKAN DIRI]


Episod itu bermula di sini

Adakah akan menjadi putih

Atau bertukar menjadi hitam

Bukan menjadi niat untuk aku memiliki jiwa yang hebat

Walau itu impian selamanya

Aku cuma mahu yang lain apalah sangat yang berbeza

Yang dulu dari semalam

Yang semalam dari sekarang

Ah, air mata dulu tak perlu jatuh lagi rasanya

Mata bengkak, hati sakit, jiwa kosong

Sakit…

Dan tatkala episod itu berlalu

Akulah aktornya, akulah pemain wataknya, aku jugalah pengarahnya

Jalan cerita, entah…

Semalaman fikir

Takkan tercapai akal

Kerana aku, kau, mereka takkkan pernah tahu

Tapi Dia…

Memiliki segalanya, penolak aku untuk mencoret episod yang hanya Dia tahu jalan ceritanya

Sebelum episod ini berakhir

Sebelum aku tahu hitam putihnya

Sebelum aku habis mencoret kisahnya

Sebelum aku kenal bijak pandai kehidupan itu

Setiap bucu perlu aku pergi dan sedalam mana kerak bumi itu jugalah perlu aku terokai

supaya hati tak koyak jiwa tak rabak

dan aku puas…


FARAH AZIEKA NASIR