Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Thursday, May 28, 2009

[Tulus]

aku pergi kiri kau ada
aku toleh kanan kau ada
aku pandang depan kau ada
aku paling belakang kau tetap ada
kau memang sentiasa ada
bertapak di setiap penjuru hidupku
perlu ke kita berlumba untuk setiap saat di dunia
tak pernah walau secebis ruang kau beri
walau dirayu
kau tetap kau
adakah aku akan terus aku
atau aku menjadi kau
ikatan kita
kau perlu ada
sebalik kau ada apa yang aku inginkan
bukan aku inginkan tapi semua

puisi diriku: FARAH AZIEKA NASIR

[Ke Senja]

diri ini bukan api
diri itu bukan duri
diri ini masih suci dan diri itu juga masih murni
tapi kenapa kita mudah lalai
mudah memperkosa nama
mudah mencabul nama
mudah menjual semua
ah, apatah lagi si pembeli
menunggu masa
bermaharajalela dirasuk!

puisi diriku: FARAH AZIEKA NASIR

Monday, May 25, 2009

[Nasihat Dari Mereka]

salam~

nasihat dari mereka. sejak kebelakangan ni, ramai sungguh memberi nasihat bila saja saya bagi tahu saya akan ke uitm alor gajah... tapi lambat lagi lah.. secara jujurnya, sudah tidak tahan dan sedikit excited untuk itu tambah malas2 sikit yang bercampur baur.. hehe.. dan dari nasihat2 itu, satu yang saya perasan, semuanya memberi nasihat yang seakan2 sama.. haha.. apa lah! tapi tetap menghargainya jangan risau... huu... ;)

nasihat pertama:
dari 'encik cahaya' (siapa yang tahu senyap2kan saja lah yea.. haha)
"kat sana nanti jangan nakal2, buat betul2, susah course tu... apa2 jangan lupa cerita, tanya orang ni haa...........................", kata si dia lah. ;)

nasihat kedua:
dari si dia yang baru saya kenali di dunia tanpa sempadan ini namun kini menjadi tempat melayan ke-sengetanku.. hihi.. dan ini yang paling pendek. biasalah pemberi nasihat yang satu ini sengal seperti saya juga.. tapi tetap seorang baik hati... huu... ;)
"belajar kat sana nanti jangan nakal2 tau", oke, itu saja. hek3..

nasihat ketiga:
cik abang yang baru saya kenal juga dan yang si dia inilah paling panjang... hoho...
"baguslah tu.. amik yang course tuh... banyak peluangnya sekarang ni.. dah sampai sana nanti jangan nakal2 eh, jaga diri baik2... hidup kat u neh lain bukan macam kat sekolah dulu... dengar cakap abang kamu ni...", haihh... memanglah macam abangkan.. hahak!


ada lagi nasihat yang lain yang juga seakan sama dengan yang ini... cuma penat sudah tangan menaip. cukuplah itu untuk dijadikan contoh yea.. hee. ok, samakan apa yang mereka sampaikan?.. haha.. sudah berpakat agaknya untuk menasihati saya begitu! huh. ;P

and untuk itu saya mahukan kepastian, saya ni nakal ke?... muahaha! yes, i noe.. betullah tu! no doubt lagi enn.. kot! ahahaa... dan setiap kali itu yang mereka cakapkan, jawapan saya. " ok boss! jangan risaulah tiada apa2 yang akan berlaku kepada diri gadis ini. si gadis yang akan tetap menjadi dirinya.... hohoho", kan2?.. ;)

btw, a million2 thanks lah untuk mereka2 itu.. 'si dia'- 'si dia' itu... hahak! sangat menghargainya. terima kasih juga untuk kesengalan yang telah ditonjolkan dan membuat saya lebih menjadi 'gadis gila'. sungguh! huah3.. insyaAllah apa yang menjadi jawapan kepada mereka tadi adalah realitinya.............................. ;DD

[tagged taggy taggggggg]

salam~

perhatian: entry yang dilihat akan menjadi begitu banyak dan panjang akan bermula di sini kawan2. hee. sebelum apa2, selesaikan dulu tagged yang dianugerahkan senior tersayang.. hek3. thnx k.syeeda ;)

The Task!
1. copy award utk letak dalam blog anda
2. nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini
3. 10 fakta atau hobi sendiri
4. 10 penerima award & discribe dieorg




ok, sudah di-copy. woo~ really appreciate it! :)

task 2 :

5 untuk k.syeeda;
-sangat2 lah comel.. ngee~
-mr.nazer memiliki hatinya yang satu itu.. huu..
-tidak lah gemuk walau itulah sangkaannya.. betul!
-bijak, pandai dan apa2 lagi lah yang sama erti dengannya.. hek3
-seorang gadis yang menjadi senior saya di mrsm pasir salak dahulu.. hee..
-pandai ber-cuppies2, conteng2 yang lawa, cookies2
-senyumlah, senyumlah wahai cek mek molek..... lagu M. Daud Kilau... haha... melihat senyumannya pasti anda juga mahu tersenyum... manis~
-iye, saya tahu sudah lebih... muahahah! ;p

task 3 :

10 untuk saya; fakta+hobi....
i'm sure yang ini takkan lebih... haha..
-saya tak suka katak! benci2 ;( walau selalu disakat olehnya...
-saya suka merepek
-saya suka gelak
-saya suka puisi dan semualah yang berpuitis2 ni.. huhu
-saya suka menyeksa orang... bak kata itu incik! haha..
-saya sensitif dan rumit orangnya... sungguh!
-saya hanya ada seorang kakak tempat bergaduh+mengada2+menggedik2+menggila2+pengarang jantung saya.. hehe..
-saya dalam usaha mengatur waktu tidur supaya lebih teratur.. hahak! (walau hakikatnya sejak dua menjak ini memang tidur saja kawan baikku)
-saya suka waktu pagi yang sunyi, segar, sejuk, aman... seperti dunia aku yang punya! hohoh...
-saya sedang merindui mereka................................

task 4 :

10 mereka;
-yanti,, bakal doktorku! haha.. iye saya tahu anda sudah buat.. hee..
-ain razak,, kurus keding orangnya mangsa sakatan saya.. hehe..
-nadya,, best girl lah! huhu...
-k.farah,, sis yang juga seniorku yang kecil2 molek gitu.. ngee~
-iznul,, pakcik karat yang akan ku lanyak keretanya lagi..
-ieda,, comel2.. hihi..
-mirul,, my best bro!
-normi,, rakan lama yang dahulunya agak sengal2 juga... tapi tetap the best! hehek..
-nazatul syuhada,, kawan yang baru ku kenal di blog... ;)
-yen,, cik abang syilinggku! huah3... wekk!


selesai... tasknya ibarat homework.. haha.. seronok juga kerana lama tidak di-tag sebegini rupa.. =]

Thursday, May 21, 2009

[lalalala....]

salam~

saya FARAH AZIEKA BINTI NASIR

menjadi semakin gila (krenk kong keng pot pot)

menjadi semakin tidak sabar (wee~)

menjadi semakin banyak gelak (serious ouhh berkesan menyahbuang segala yang bercelaru) haha

kerinduan yang tak pernah terhenti... isk.... isk...;'(

semakin banyak melantak (aaauuuummmmm!)

kira-kira mari! @#$%^&

lagu: kasih tak sampai-padi

"tetaplah menjadi bintang di langit...........", (sambil nyanyi2)

hahahahahaha!


*terasa mahu peluk cium orang lah sekarang! oh, gadis saja.... anyone?.... huhuhu... ;p

Thursday, May 14, 2009

[Hoki Malaysia]

salam~




baru selesai menonton aksi pemain2 hoki malaysia tadi. wah, teringat dulu2. memang menjadi peminat setia team hoki kebangsaan. bersama akak sampai sanggup menahan mata hingga pukul tiga empat pagi semata-mata untuk menyaksikan siaran ulangan permainan mereka. padahal dah tengok dah yang live punya. apa daa... kadang2 abah juga join sekali, tapi bila tengok dengan abah yang paling tak tahannya bila kalah. kata2 yang keluar dari mulutnya sangatlah menyakitkan hati. betul. panas juga lagi2 bila ketinggalan tapi permainan tak habis lagi. abah dah cakap macam2. huh, boleh tunggu diorang habis main dulu tak abah?.. haha. actually tak kisah pun.... cuma semangat2 sikit. tapi itu dulu, dah lama saya tinggalkan. zaman minarwan nawawi, s.kuhan, dan si janggut lebat itu. entah saya dah lupa namanya. sory.. hek3 =P lagi2 kalau mereka menang, ya allah memang sangat seronok. dan paling saya suka bila tengok adik-beradik tu main, keevan raj and logan raj jaring gol or sekadar beraksi. kamu sangat handsome lah! tapi dulu, sekarang dah tak. adeyy. hee~ sungguh excited. siap jerit2 sikit+semangat patriotik sikit2. muahaha. rindu pulak saat2 tu. tengok aksi mereka tadi.....



yes, i know even diorang kalah. 4-2 weyh. hoho. but aksi mereka tadi puas juga tengok. s.kumar, si penjaga gol. tabik spring lah! dengan baju besar penjaga gol tuh. smart2! hak3... tak sangka pula bila melihat chua boon huat+jiwa mohan muncul tadi. mereka still main untuk malaysia yea?... lama sungguh berkhidmat untuk pasukan kebangsaan. si jiwa mohan yang selalu disebut2 saya dulu dengan akak. sebab nama dia pelik. haha. yang sekarang ini, tertarik pula dengan megat azrafiq, eyh2, tarikh lahir kamu sama dengan saya lah! bagushhhhhh. hehe...... pemain2 lain juga main boleh tahan juga tadi. tak tahu nama sangat yang baru ni. kan saya cakap tadi, saya dah lama tak ikut perkembangan mereka. dan sekarang tertarik pula mahu meneruskan seperti dulu epas tengok aksi mereka tadi. hee.

apa yang saya nak cakap sekarang, even kalah saya suka tengok mereka main tadi. not bad juga. masih menyengat macam dulu. all the best for third place lah. =] better than nothing.....

dan kalian2, saya memang begini. saya tidaklah terlalu fanatik terhadap sukan2 ni macam anda meminati kelab2 bola inggeris tuh but kalau disebut malaysia yang lawan lagi2 untuk game2 yang saya minat, kadang2 boleh juga saya bertukar menjadi agresif. huhu. yes, saya tahu malaysia memang selalu kalah but siapa lagi nak sokong kalau bukan rakyat sendiri kan.... malu memang malu but at least kita still ada team yang boleh dibawa bertanding. ada lagi negara yang lebih malang dari kita kan... ngee~ cakaplah apa kalian mahu cakap. saya ni membosankan or saya ni.... apa2 sajalah. fine... saya okay saja. ;DD

*kepada musuh saya, (haha, musuh saya ke?..) pakistan yang sangat hebat dari dulu tu... siaplah anda! suhail abas! huh.. main lah pelan2 sikit.... hek3.. huah3... =p

[minum susu badan jadi sihat!]

salam~




tiap2 hari kini saya perlu bangun awal. ke hospital dan tunggu, tunggu dan terus menunggu. hee. abah perlu rawatan fisioterapi. dengan rela hatinya menawarkan diri teman mak even secara jujurnya memang bosan... perlu menunggu dua jam dan kadang2 mungkin lebih. tak pe lah! rasanya nurse2 dan doktor2 di sana pun dah menyampah tengok muka gadis seorang ini yang selalu berlegar2 dan membuat perkara2 yang boleh dikatakan tidak berfaedah juga rasanya. haha. saya nak hilangkan bosan saya... lantak lah! who cares anyway. hek3 ;)

sometimes rasa macam seronok pula berada di gim tempat rawatan abah tu. tapi saya tak sakit lah. tak mau! tak mau! tak mau sakit, nak sihaaaaaaaaaaaaaaaaaaatttt sentiasa. hehe. =P

ouhh... macam2 ragam manusia jumpa di sana. baik muda remaja, baik remaja purba. haha. sampai di hospital semalam, tertarik dengan seorang pemuda. muka smart, jalan okay, badan pun okay je. but mungkin bermasalah dengan tulangnya... kot! dan hari ini, tiba di hospital pagi tadi, berjumpa lagi dengan pemuda pemudi. muka dan gaya smart juga, lawa, ada yang bawa gitar tapi jalan terhencut2! ah, kamu orang ni semua ada masalah tulang ke?... umur macam kita sebaya je... adeyy... muda2 lagi tulang dah bermasalah... macam mana nak meniti usia dengan lebih lanjut neh. hee~ and that, buat saya terfikir................................. mereka macam saya kot. tak suka minum susu. so........ kalsium dalam badan yang tidak cukup membuat tulang merapuh dengan cepat. tidakkkkkkkkk!!!!! melihat one kind of ubat yang diberi pada abah pun, its like tepung susu lah........ pembekal kalsium untuk tulang belakang abah yang dah bengkok teruk. ah, tidakkkkkk! and now, saya lagi takut. ;( teringat pula kata2 'incik SAYA' itu. susu sedap! yakss..... saya tak suka lah. macam mana kamu boleh suka sangat ni. hurmmm......... ;'(

tolong! tolong! saya tak nak tulang saya rapuh cepat. banyak lagi benda saya nak buat ni. aduhhh.... for that, adakah saya perlu cuba untuk menyukai susu? huh! kalah lagi dengan dia. hmmmmmm......... okay takpe. untuk kesihatan tulang yang sihat dan kuat, saya akan cuba! aja2! hak3..



hurmm...


susu sedap! susu sedap! susu sedap! (secara terpaksa untuk memujuk diri) uwwwweeeeeeekkkkkkk ="(( hik3......



terjumpa pula image ini di internet. memang macam perli saya kan?... huh.. saya benci kamu! grrrrrr..... wekkk!

urm kawan2... jom teman saya jom minum susu?... anybody yang nak teman saya?... plizzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.............. ", haha.