Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Saturday, May 9, 2009

[Air Dicincang Takkan Putus]

salam~

setelah mencuba menyahbuang buat seketika segala yang bersarang di dalam minda ini. saya teringat mereka lah. haha..

and now, saya nak bawa kalian2 yang masih sudi membaca setiap entry di blog yang sangat kerdil ini menjengah sekejap untuk 'adik-beradik besar' yang saya miliki. mungkin entry sebelum2 ini lebih kepada kesedihan tetapi sekarang saya senyum.=) frankly speaking, saya rindu mereka. entah kenapa, mungkin sebab keseronokan waktu kecil yang membuat mereka tiba2 terlintas dalam fikiran saya. even, tak pernah saya cakap ini semua kepada mereka, hee.. saya sayang mereka.. serious! kalau mereka baca mungkin mereka terkejut. haha. kerana watak saya bersama mereka berbanding dalam penulisan sebegini memang berbeza. faham kan?.. hee~ semakin dewasa kami semakin jauh rasanya. tetapi ingatan tetap ada.. ;) memang menjadi dewasa amat tidak menyeronokkan. hehe.

FARAH IDAYU BINTI NASIR (kakak ayu)



urm, itulah mereka


kakak saya. cucu pertama dalam keluarga yang kecil ini. memang menjadi contoh. dalam perjalanan menamatkan masternya di UPM. taken!.. haha. saya lebih comel atau dia?.. muahaha. =P selalu mendapat kesusahan kerana saya. hehe. andai dia tiada, i believe saya tak boleh hidup!!!! serious! =)


ATHIRA LIYANA ( kakak ya)



urmm, ini musuh saya masa kecil.. haha. tapi dah besar, kami semakin matang itu semua tinggal kenangan. huu.
keadaannya memang selalu menjadi bahan bualan kami sekeluarga.
but, fyi inilah cucu nenek saya yang jalan dahulu sebelum kami. haha. kadang2, setiap kali melihat dia, aunty2 saya akan kata "sungguhpun tira tuh macam tuh, dia laku dulu tahu tak?..", gelak kuat2!!! dan kami yang lain akan memandang sesama sendiri, kami ni tak laku ke?... oh, memang sangat2 dinafikan! belum masanya laa~~ hoho.. hah, itulah tunangnya... hee~


NUR AMIRA ATIQAH (kakak mia)



owhh, ini pula kembar saya. sewaktu dalam perut, kami dijangkakan keluar pada tarikh yang sama. tapi tak tahulah apa yang dia ni fikir. nak keluar awal je. heyy. 30 disember 1990. dan saya? terlewatlah lima hari. dan kami? bezanya hanya lima hari tapi umurnya beza setahun. tak pe lah, saya awet muda! muahaha. dia sakit saya sakit, dia makan, saya makan, dan dulu2 je laa kadang2 tidur dan mandi juga sama2. haha. waktu kecil laa~ who cares?.. haha. penuntut UNISEL.


FARAH AZIEKA ( kakak bobo)



mengapa saya dipanggil begitu? ahh! andak saya lah ni. aduhh.. nama kalau komersial takpe. ini. hurmmmmmmmmm............ hahah. takkan tak kenal juga kot pada yang satu ini. hoho. paling comel antara mereka. =)


AHMAD BAIHAQI (abang aqi)



namanya pelikkan. haha. anak jati orang sarawak. perangai? kadang2 baik kadang2 memang bagai makhluk si tanduk dua itu. haha. semakin besar saya semakin kamcing dengannya. hee~ mempunyai seorang adik perempuan yang beza mereka berdua 13 tahun. hoho. menjadi abang yang memang tidak sekepala dan selalu dibuli adiknya. hahahah. dan mereka, kini hanya memiliki seorang ibu yang menjalankan tugas sebagai ibu dan ayah.


MUHAMMAD AIMAN (abang eman)



gambar sewaktu di cameron. dan dia baru lepas jatuh motor. lihatlah luka di pipi kirinya. haha.

dan ini dia adik mia si kembar saya. hee~ kadang2 menjadi seorang yang agak alim dalam family kami but bila jumpa geng2nya dia juga mampu menjadi si tanduk dua itu.samalah seperti jejaka pertama yang saya sebutkan tadi. haha. kadang2 kinda seorang anak manja jugalah. anak bongsu~ hehe. oh ye, tahun ini baru tahun pertama dia di asrama. hoho. padan muka kau eman! rasakan!!!! hik3.


ENGKU AMEER FAISAL SHAH (abang amer)



si sepet!

ok. yang ini pula si buntal juga dalam family saya. ayam goreng boleh sampai 3 ketul sekaligus dihabiskannya. haha. mempunyai seorang adik perempuan yang selalu menjadi teman sakatnya. masa kecil dia sangat comel, bila dah besar.... hurmmm... hanya tuhan saja yang tahu. kadang2 memang menyakitkan hati dengan sikapnya tapi... takpe lah. huhu. haa... tahap ketakutannya, ya allah.... amat2 sedih. hak3.


JOHANNA AMELIA (anna)



dia yang berbaju hitam.. saat2 di klia untuk pulang ke London semula.

owhh, ini kacukan orangnya. paling jauh tinggalnya dari kami, London. kakak tirinya adalah si dia yang sudah bertunang itu. kadang2 sikap mengada2nya memanglah tersangat menyakitkan hati. tapi kami?... dah biasa.... sangat ganas! heyy! hahahah. faham bahasa melayu tapi untuk dia bertutur dengan fasih masih tergagap2. huhu. sudah lama saya tak jumpa dia, kali terakhir dia pulang ke Malaysia saya di mrsm. paling saya suka bila dia pulang adalah kerana, saya akan secara automatiknya mahir bertutur cepat in english. huhu. so, memang bagus lah kalau dia balikkan. i can improve my english. hoho. Anna, pulang lah lagi yea tahun ni. hee~


ENGKU SARAH SYAHIRA BATRISYIA (baby)



ok. ini pula adik si buntal tadi. haha. memang berbeza dari abangnyakan. hahaah.sungguh bijak gadis ini. sangat aktif di sekolah. sangat suka belajar. keep it up girl! hehe. banyak cakap. manja. sangat suka bergambar. dan gadis ini selalu membuat saya rimas dengannya. huu. selalu menjadi mangsa buli abangnya dan kami kakak2 yang kejam! hohoh.


ZARA ZURI (uwee)



ngee~

hahah. ini adik abang aqi. nama mereka memang pelik. huhu. kalau tanya uwee dia lelaki atau perempuan, akan dijawabnya lelaki. entah kenapa lah jadi begini. mungkin pengaruh abangnya. haha. serious, uwee tak suka main patung2 ni. mainan yang menjadi tarikannya, kereta, bola, pedang. ya allah, memang dah kritikal kan. hahaha. selalu sakit or daya tahan badannya memang tidak kuat. setiap ditanya mana abah uwee, she will answered back, jauh dekat atas langit. and that, selalu membuat kami mengalirkan air mata. ;(


NUR HASHIMA (ima)




ima di sebelah kiri...

hurmm, yang ini pula kacukan mamak. haha. dan si dia ini, paling selalu menjadi bahan buli kami. hohoho. apa sahaja di balunnya. hee~ di sebalik hidupnya ada berbagai kisah hitam. kawan baiknya uwee. tapi kadang2 musuhnya juga. haha. apa yang uwee ada shima mesti ada. huu.



and thats all.... hanya mereka adik beradik besar saya. dan hanya mereka cucu nenek saya. huhu. sikitkan? hahaha. belah ayah, tak terlalu rapatlah.. belah ayah terlalu rumit untuk saya faham sebab atuk saya memiliki empat isteri rasanya. dan saya juga tidak pernah melihat mereka, atuk dan nenek. btw, saya sayang mereka. dan entah bila lagi dapat berkumpul sekaligus. hurmm.


cukup di sini. =]

Thursday, May 7, 2009

[Leave Out All The Rest]

salam~

lagu linkin park. teringat lagu di myspace itu S A Y A. hee. hanya saja2.

ok today, hari yang sangat memenatkan. hari yang sangat sibuk. macam2 kena settle. macam2 benda jadi. ditambah lagi dengan cuaca yang sangat panas. ya allah... hanya tuhan saja yang tahu keadaannya kini. sangat menguji, sangat memeritkan ;(

1- abah saya sakit kembali. 3stgh pagi2 lagi sudah memaksa kami membawanya ke hospital. masih ditahan di sana. sakit yang masih belum bertemu puncanya. entahlah, buntu juga dibuatnya. ;( harap2 yang dulu tak berulang. ya allah tolonglah... tolonglah jangan... seksa rasanya kalau terjadi semula.

2- kami excident. tiada apa2 cuma pengalaman yang sangat menakutkan. nasib tak berlaku yang sangat buruk. alhamdulillah semua selamat. tapi trauma juga. ;(

3- hepy birthday akak! sangat kasihan. terpaksa menyambut hari lahir dengan keadaan yang begini. terpaksa pulang ke rumah secara tiba2 karana abah sakit sangat. ada hikmahnya....

4- hari ibu yang semakin dekat. mak juga nampaknya semakin tertekan dengan keadaan namun tetap tenang. tapi mak kuat! the bestiest, strongest dan semua2 lah, mother! selamat hari ibu!

banyak lagi untuk di luahkan. tapi saya? sudah tidak mampu bertahan di depan laptop ini. sangat2 lemah sekarang. perlu rehat yang secukupnya untuk esok, kembali ke hospital. dan saya mahu tidur. harap2 tiada apa yang buruk lagi akan berlaku.

kepada mereka2 yang saya janji untuk keluar or chatting or apa2 sajalah. faham2 lah yea dengan keadaan saya sekarang. perlu menumpukan kepada keluarga yang sangat memerlukan. maaf sesangat! tak dijangka ini semua akan terjadi. nanti apa2 hal saya roger di phone. ok? ampun sekali lagi~ :(

habis. doakan semuanya selamat dan kuat.

saya rindu kawan2 saya... ;(
saya rindu dia....
:(
saya rindu mereka....
=''(

Sunday, May 3, 2009

[Menuju Puncak]

salam~

saja menggatal tangan untuk entri ini. haha. nope. agenda saya kali ini.
ok senyummmmmmmmmmmmm=) hee~ sebentar, tadi tonton af7... haha. memang sudah diagak. AFMASUK.. af yang tiada hala tujunya. stillllllll....... btw, saya suka hafiz lah! wee~~~


tak bermakna saya happy?... cuma menjalani hidup dengan teliti. tak nak yang dulu berulang. thinking about the past or the future? mana yang anda mahu? saya?.. for the time being, i just wanna think about the future... cheese~ ;) tak nak berfikir terlalu mendalam tentang perkara yang lebih menyerabutkan saya. lantak ah! not a big deal for now.... saya cuma mahu S.E.N.Y.U.M ;)

tak lama lagi misi seterusnya saya akan bermula. misi yang paling mengambil masa yang sangat lama. K.U.A.T!!... cheese~ ;)

oh ye, yas... don't forget about my pengapit Jericho Rosalez yang diidam2kan itu ea.. haha.. faham?
kepada yang telah saya luahkan macam2 yang kadang2 saya rasa entah apa2. di phone, ym or di mana2 sahaja. terima kasih sangat. terima kasih kerana memberi pandangan dan pendapat yang sangat membantu. sangat menghargainya. but serious, sangat membebankan... ;( hey,, dah2! cheese~ ;)


ok cukup. itu sahaja. saya rindu teman2 saya!!!!! ahhhhhhh! hehek..

mahu tidur. dan esok mahu tersenyum lagi bersama mereka.. huu.. reunion lagi dan pergi menonton hujan dan pesawat!!! waaawwaaa. sangat2 tidak sabar! huu.. =]

nyte2......................

cheese........................................................... =)

Tuesday, April 28, 2009

[Nak Tak]

salam~

kehendak dan keinginan. tiba2 tercetus idea saya untuk menulis entry ini setelah selesai menonton Aqso dan Madina. patutnya semalam tapi terlambat. haha. nvm~ =] secara jujurnya, bagi diri saya sendiri teringin juga menjadi seperti Madina yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk orang disayangi. sehingga sanggup sacrifice rasa hati for the sake of kakak tersayang, Safira. can i be like that too?

ouhh... entry ini bukan untuk menyatakan rasa hati saya untuk sacrifice like what Madina did. saya bukan dalam situasi itu pun.. alhamdulillah.. ;) kehendak dan keinginan. sama kan. bukan mudah untuk kita memilih kedua2nya yang seakan sama. memang berbeza. kehendak orang sekeliling dan keinginan diri sendiri. for me, pandangan diri saya sendiri, memang kalau ikutkan hati dan saya percaya jauh di sudut jiwa raga semua orang sekalipun mahukan yang terbaik untuk orang sekeliling lagi2 orang yang sememangnya kita sayang dan kita hargai. dan kalau boleh kita mahu lakukan dan laksanakan setiap apa yang menjadi kehendak mereka atas dasar untuk melihat mereka sentiasa gembira dan puas melihat kita yang selalu menjaga hati orang lain. atau dengan kata mudahnya lah, kita mahu berjasa juga terhadap orang yang kita sayangi kan. however, macam mana pula dengan keinginan kita sendiri?.. kalau sentiasa mahu melihat orang yang disayangi gembira bagaimana pula dengan kegembiraan untuk diri kita sendiri?... kepuasan hidup yang mampu kita miliki dalam diri kita sendiri. atau kita mahu terus hidup memuaskan hati orang lain tanpa memikirkan rasa yang dikandung badan ini. dan terus-terusan mencuba senyum melihat mereka2 yang disayangi gembira walaupun hakikatnya sedang menangis di dalam. wah2, bukan main lagi kamu farah.. ;)



whatever it is, for me too.. cukup untuk membuat saya gembira dan senantiasa kelihatan senang menjalani hidup apabila saya melihat orang di sekitar saya juga terukir senyuman di wajah mereka. mungkin itu pengorbanan terbesar bagi-Nya dari insan kerdil seperti kita dalam usaha menjadi orang yang sangat2 berguna. =) tapi kadang2 kena juga fikirkan yang terbaik untuk diri. saya langsung tak berniat untuk membuat anda2 yang sudi membaca entry ini hidup mementingkan diri sendiri. bukan. sungguh bukan. :( like what i said, kembali seperti mula2 saya mula tadi, rasanya Madina itu memang sesuai dijadikan contoh. tepuk dada tanya selera.

sincerely; farah azieka nasir

Sunday, April 26, 2009

[say cheese...=)..]

salam.

ini misi pertama saya. berjumpa mereka yang memiliki secebis hati saya. alhamdulillah, semua sudah. selesai~ lega sedikit. walaupun banyak lagi misi yang hanya saya tahu belum lagi selesai. ouh, tidak mengapa. FARAH AZIEKA NASIR sekuat2nya akan terus pergi. tak kisahlah apa nak jadi. janji misi saya selesai. :)

entri ini bukan untuk saya berceloteh panjang tentang misi itu. haha. first, saya dah jumpa mereka. secara jujurnya, seronok sangat dan bersyukur. walaupun tak lama dan tak berapa nak puas. ALHAMDULILLAH. saya dah jumpa 'adik-beradik saya'. hanya mereka yang tahu. huhu.. saya dah jumpa crew2 saya. haha. hanya mereka juga yang tahu. saya dah jumpa 'dia'. ;) semuanyalah.

walaupun ada sesetengahnya yang saya rancang mengikut kepala saya termasuklah ditetang hebat dan ada juga yang tidak dirancang. selesai~ terima kasih kerana sudi melayan kerenah saya yang entah hape2 ni. dan mewarnai hidup saya dengan cantik sekali walaupun seketika. saya tak tahu bila lagi.



5o sen yg menjadi gelak tawa~ entah2.. ;P




to 'the one' ; itu yang last for jangka masa yang sangat2 panjang rasanya.. sebab misi saya dan the other things yang sangat serabut.. don't worry, take care.. 143.. :'(




mereka2, kawan baru.. haha.. semua, will be missing semua2... ;)


aihh, cek tak tau bila lagi dapat jumpa hangpa noh... hee..


kepada gadis bertudung biru itu ; dapat juga akhirnya bertemu kamu.. hehe.. jauh jalan ouh hari tu.. hek3.. thanks belanja! syg kmu!


oh ye, to the driver ; thanks laa for the 'kereta karat' ea... sangat berjasa jugalah.. haha..

lastly, yas~ thanks banyak2... sorry menyusahkan... kirim salam to aunty and uncle k.. luv ya!

gembira. seronok. terima kasih. tak mampu nak cerita panjang lagi. fullstop.


to farah azieka; gadis yang sangat kuat.. kn2?... doakan saya... huh.

[RESTORAN SAN FRANCISSCO]

salam..

HAHA. dah lama tak post yang baru.. belum cukup masa untuk menatap lappy ni untuk keluarkan entry yang baru.. ditambah lagi dengan misi yang perlu saya laksanakan dan rasanya telah lengkap.. HEHE..

first, mungkin post yang ni agak lambat. tapi tak pe lah. anda mahu baca lah, kalau2 rasa tak mahu, ah, lupakan saja.. ;)

dah berminggu rasanya saya tinggalkan kenangan tu kan. jujurnya, kini, setelah selesai misi saya, saya rindu balik!!! arghhh... saya nak pergi lagi. hehe.. RESTORAN SAN FRANCISSCO. haha.. restoran terakhir saya pergi semasa di Bandung. pengalaman yang paling saya rindu besides to shopping banyak2. hikhikhik... tahu kenapa? sambil menikmati murtabak special di restoran ini yang sangat sedap sekali, didendangkan pula dengan band yang suara vokalisnya sungguh menusuk kalbu. hee~ serius! saya tak tipu! kepada gadis2, percayalah, kalau kalian dengar suaranya seperti saya. oouuhh! mata takkan berkelip, mulut takkan tertutup. haha. hiperbola seyh~ hek3.. tapi betul. sangat sedap. lunak sangat suaranya. ngee~

sambil saya me-request lagu CINTA INI MEMBUNUHKU untuk dinyanyikan dan hanya mengupah dengan 5 ribu rupiah... ya allah, memang sungguh sudah jatuh hati. haha.. malangnya, ni malam terakhir.. hurmm:'(

ok sudah. cukup. saya tak nak cerita panjang2 nanti saya rindu lagi suaranya. ahaxx! hak3. ngada2 lah kamu ni! hoho..



hah, ni lah. huhu.. memang tak nampak. sje digelap2kan. hek3. yang main gitar tu.. sungguh sedap! waaawa... :p

Thursday, April 16, 2009

[the one]

maaf yea. entri ini telah dikhususkan. hee. agak peribadi. kepada siapa ehh?(; sepatutnya bukan di sini. tapi takpe lah. tertarik untuk di forward kepada kamu tapi sekian lama tidak mampu juga di-sent. adeyy. saya pun tak tahu kenapa. =(

kepada mereka; anda geli? lantak kamu lah. ini saya punya. tak payah baca!


dear God..
'the one' reading this is 'the one' who has take my heart
help him live his life to the fullest
promote him when he needs you the most and let him know that when he walks with you, he will always be safe
always create his face with smile
and don't let us apart
just a simple way to let 'the one' know that even the distance never consent us together
for me there will always,
L*** Y**
dear~

to S A Y A; yg tahu2 sajalah siapa kamu. iye, ini untuk kamu lah. ikhlas. sungguh. ;)

*walau agak segan tapi saya nak post juga. tak kira! frankly, saya sangat.... malu2! hee.. faham2 saja lah yea. terima kasih :)