Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Monday, October 3, 2011

[ Lawanku ]

Salam.

Tell me which one is better.

Ada orang cuba nak lawan gua berpuisi. (*macam bagus je :p) Terjaga dari tidur sepertiga malam terus dijamu dengan puisi yang dikarang oleh orang yang entah bila belajar jadi puitis ni entah. Dulu kutuk! Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Boooo! Haha ^^v

Sajak oleh: Izzul Islam Jaafar

Malam takkan indah tanpamu
Tenang dipukul lembut nafas cintamu
Tiada sempurna aku tanpamu
Hati kecil menjerit aku rindu!
Ku pesan pada si bayu
Sampaikan rinduku dan cintaku padanya
Mungkinkah dia akan mendengarnya?
Pasti!
Kerana teratak cinta kita terbina kukuh
Ku harapkan terang
Kau berikan cahaya
Menerangi gelap kotak hati cintaku
Ku harapkan warna indah
Kau berikan pelangi buatku
Mewarnai setiap kosong hidupku
Hanya kau yang satu, iaitu ratu!


Bukan main nak panjang lagi mengarang. Haha. Dan kemudiannya dibalas dengan, juga di request oleh orang itu, cehh. Huhu.


Sajak oleh: Farah Azieka Nasir

Dalam hati melimpah rasa untukmu
Di seberang sana kau ada
Kuasa apa yang kau bawa
Sampai aku terlalu rindumu selalu
Dalam hati terlarut rasa untukmu
Di seberang sini aku menunggu
Pada kau sang teruna hanya satu
Siang terlalu cemburu
Sedang malam tak pernah menipu
Walau ini mahupun itu
Hanya kau yang ku mahu

So sekarang memang dah ada teman bermadah lah konklusinya. Dulu sorang sorang je jiwang. Ngahaha!

*Please tell me I'm the winner. HAHA

Saturday, October 1, 2011

[ Sensitif ]

Salam.

Ramai orang di sana
Ketawa melihat aku berjenaka
Kadang sedar kadang tak
Siapa kisah ada apa dalam jiwa
Dusta duka nestapa
Semua empunya Dia
Benci lihat dunia walau salah tiada
Beritahu mereka!
Aku hina
Tak layak dipanggil manusia



-FarahAziekaNasir

[ 1 Oktober 2011 ]

Salam.

1 May 2011. Cukup lima bulan aku tak datang sini. Aku lupa aku ada penglipur lara 'TapiKeranaDia Cipta'.

Aku guna 'aku' sebab aku tengah sedih. Memang aku asyik menangis. Panggil aku si looser. Panggil aku si penghiba. Panggil aku apa saja. Sebab aku bukan siapa untuk tutup mulut siapa siapa. Apa aku ada? Tak ada apa-apa. Allah Maha Esa.

Sunday, May 1, 2011

[ Bergembiralah Duhai Hati 2 ]

Assalamualaikum.

secara ringkas sebelum saya masuk tidur.

walaupun pada awalnya baru seketika tadi seorang rakan, a very good friend, tanya dah update blog ke belum, saya katakan tidak nanti nanti lah.

tapi tak tahu kenapa menyentuh sangat menonton video yang ini. sekali lagi saya jumpa secara tidak langsungnya dan terus! subhanAllah. :')

kalau mampu saya tulis setiap bait perkataan setiap baris ayat yang disebut, ya Allah indah sungguh. nak menangis rasanya. kenapa perlu bersedih? jangan bersedih sebab Allah sentiasa bersama kita. saya bukan sedang bersedih, bukan sebelum saya menonton yang ini.

ramai orang bersedih kerana tak mendapat ketenangan yang diimpikan. namun adakah betul kita tahu dan kenal sebenar-benarnya tenang itu bagaimana. syukur, syukur dengan apa yang kita ada. tenang itu bukan hanya dari harta, tenang itu bukan juga hanya dengan gembira, tenang itu hanya daripada Dia.

kata Hamka, "yang ada ini sudah harapan kita"


bukan salah untuk mengaharap sesuatu yang belum ada tapi jangan lupa yang telah ada!

Allah itu segala-galanya. bila hidup terasa gelap, Dia lah penerangnya. bila hidup terasa sedih, Dia lah penyerinya. bila hidup terasa tidak bermakna, Dia datang memberi makna. tapi kita tak pernah sedar. kita ini menumpang. lalai, leka. :'(

syukur kadang-kala lebih tinggi makamnya dari sabar. kerana ramai orang tahu bersabar tapi belum tentu seseorang itu bersyukur dengan apa yang dia ada, dia miliki. kita? tepuk dada tanya selera.

peringatan untuk semua dan saya juga hendaknya.




guruh dah berbunyi, hujan agaknya! ;)

sampai di sini dahulu.

belakang sakit lenguh sehari suntuk di luar. rehat adalah solusi yang terbaik, insyaAllah.

semoga esok hari yang lebih bermakna :)


farahaziekanasir



Friday, April 29, 2011

[ God's Gift To Us ]

Assalamualaikum.




"You don't choose your family. They are God's gift to you, as you are to them."
~Desmond Tutu




Rasa yang indah. Alhamdulillah. ;)





I'm home currently.








Bersama orang-orang tersayang di tempat yang penuh dengan kasih sayang.







Gembira ♥♥♥





FarahAziekaNasir



Friday, April 22, 2011

[ Bergembiralah Duhai Hati ]

Assalamualaikum.

sedang belajar. boringnya terasa and I have no idea what to do, I've decided nak rehat kejap. saya letak pen, alih buku atas katil, angkat laptop yang tadi berada atas katil bawak pulak atas meja and GOOGLE! nothing.

buka facebook, jumpa satu video ceramah from Ustaz Kazim Alias. seronok with his humor. I click on the link. satu lagi ceramah tajuknya Bergembiralah Wahai Wanita. yes, again seronok with his humor. watch it wahai gadis-gadis sekalian :)

sampai I found this one video from Dr.Fadzilah Kamsah tajuknya Wanita Menangis. sebenarnya ada part 1 and 2 selain yang ini. but for me yang ini menarik sikit (*malas nak upload banyak banyak actually okay, sorry!) you can get it from YouTube as well.

banyak sebenarnya yang boleh saya repekkan tapi masa mencemburui. later on maybe, insyaAllah.





"The world stop for a moment when a women cries"

"belajar untuk redha.
apa pun yang Tuhan beri baik atau buruk, untuk kebaikan hambaNya."

"tangisan wanita sebenarnya melaungkan satu suara hati"

_____________________________________________________________________________________________

apa yang terus terlintas selepasnya was this one.

I really love this movie suatu masa dulu, berpuluh-puluh kali tengok.

I love the song too, sangat!

You'll Be In My Heart



"Jangan menangis, bertenanglah.
Peganglah tanganku dan digenggam erat.
Ku melindungi dari apa yang datang.
Berhentilah menangis..."

so, should I say I have one good quality rehat yang sekejap, diisi dengan motivasi dan dikongsi.
Alhamdulillah :D


love,
FarahAziekaNasir

[ Precious ]

Assalamualaikum.

Happy for today. enough said.

In the middle of hardness and stressfulness week-to-be, there's my sunshine.

Izzul, thank you for the day!

He said, "saya balik la sekejap nak jumpa awak"

Precious, ily ♥

Perhaps, this is the extended version of our '1st anniversary date'. HAHA!





yes, let's continue the steps!

'study + dying = studying'
(yes, it really is ;p)

Nice dream, sleep well, baca doa jangan lupa ;)

Goodnight
FarahAziekaNasir ♥