Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Friday, February 19, 2010

[ Milik Siapakah Hati Ini ]

salam~




semalam kau bercerita dan aku mendengar
tangan tertaut hati bersatu
sedang di sekeliling penuh dengan kata-kata
engkau memandang dan terus menjengah
dari hari itu, semakin aku hitung bintang di langit semakin aku lemah
aku disuntik!
aduh sakit wahai alam.
biarlah aku terus menari
sampai rama-ramaku terbang

walau mengalir air mata darah sekalipun
kau takkan pernah tahu
aku merayu terus merintih
kau takkan pernah rasa
kerna separuh hati dan jiwa telah berlalu
dijemput masa yang aku tunggu
meski malu seperti anak kecil

esok masih ada
ya, semua manusia tahu!
tapi bukan untukku
aku adalah malam yang takut keesokan
cuba kau lihat dalam-dalam
lihat nun jauh di atas sana!
dia temanku kini.
yang bersama menunggu rama-rama tadi mencuit bahuku
dengan harapan, esok akan bertemu
pada sang pemilik yang Dia ciptakan.



puisi diriku:
FARAH AZIEKA NASIR



sekadar tulisan kecil yang secara tidak sengaja bermain di fikiran gadis ini ;)

sekian.

Wednesday, February 17, 2010

[ Kalau Tak Buka Pun Takpe ]

salam~

this is just a post to 'cuci cuci mata' one. ;) mau tengok, tengok saja maa, talak mau tengok lu tutup saja. wa talak kesah punya.


spending RM135 for three clothes in one day.
do you think that is affordable everyone? ;) i wish it could be.




the one who i need most in my life.
and she has half of me and all of my 'secreto'. HAHA.
<3>


dan misi saya masih belum selesai.
setiap ciptaan langkah itu sebenarnya tersirat sejuta keinginan dan kehendak yang saya sendiri tak pasti mampu mahupun tidak untuk ditunaikan.
saya terlalu inginkan keindahan, dan kekuatan itu saya jadikan senjata walaupun sebenarnya saya terlalu penat dan saya terlalu lelah.
mereka adalah semangat saya dan kenapa saya masih tetap berdiri dan berlari.
berlari bukan dari sesuatu tetapi untuk sesuatu yang digalas.

at the end of the day, i wish the smile created today will be the happiness after with no tears allowed to put em away ;D

kuat farah!

GAMBATE KUNDASAI!

sincerely: Farah Azieka Nasir

[ gemuk more and more ]

salam~

hye hye hye everyone! *sambil tersenyum gedik-gedik. (;

untuk entry kali ini. HAHA. dah lama saya tak mulakan entry macam ni, formal lah. tak sesuai u~ ;p farah azieka sangat gembira hari ini tapi farah azieka tidak akan bercerita panjang panjang kenapa dia terlalu gembira hari ini sebab farah azieka akan bercerita panjang punya untuk sesuatu yang lain. hee.

thanks so much to my dear kakak yang sangat lah baik membawa adiknya yang menawan ini bersiar-siar di kota indah Kuala Lumpur yang disayangi. i heart u lah makcik! ;p kronologinya begini, bangun pagi dikejutkan oleh satu panggilan telefon. phone berbunyi, buka mata, cari telefon, tengok siapa, baru jawab Hello ;) oke actually ini semua tiada kena-mengena tak payah baca. muahaha. *gelak besar punya. PANG! *aduhh. GILA! *kena penampar sebijik. takde takde saya nak cerita hari ni saya makan banyak sangat. serious sangat sangat. dari siang sampai malam makan je sampai lebam.

dari semalam dah plan nak menghabiskan masa bersama kakak kesayangan saya itu hari ini ke mana saja janji dapat tengok wayang. tak kira. dan biasalah gadis itu kalau cakap je perkataan belanja semuanya jadi. hampeh. hihi. *siapa yang tak suka dibelanja? ada? ada? awak ke? jadi bangunbangun je mak dah siapkan makanan. nasi pulak tu, bangun pun agak agak nak masuk tengahari kann... hahaha. ishh3. ngee~ *senyum kambing.

menu;
1-gulai lemak ikan
2-sambal ayam
3-sambal belacan
hah! siapa yang boleh tahan babe. perut tengah irama keroncong disajikan makanan macam tu. perghh! goyah den jang. ngahaha. bagai kera disorokkan bantal. omak lah omak... :)

itu satu, yang keduanya, dah jalan punya jalan shopping punya shopping cuci mata punya cuci mata. oops! oke, itu tak masuk pakej sebenarnya. berdosa. haha. kaki dah penat makanan pun dah hadam. laparrrrrr!!!!! nasi ayam penyet restoran. ;) kami jumpa restoran ni kat sebelah je. sebelah je. masa tu lahh. heehe. jadi masuk punya masuk order punya order. makanan sampai.

menu;
1-nasi
2-ayam penyet
3-sambal
4-es cincau longan
huh! kenyang pun kenyang buncit pun buncit. RM30 ting! untuk dua orang. jadi maknanya seorang makan RM15. hamek kau. bajet nak budget. HAHA.

itu dua, yang seterusnya, teringin nak makan benda benda manis. dan apabila perjalanan diteruskan seraya bertemulah beta pada penghujung itu sebuah kedai menjual santapan. cewahh! ada bakat kan tulis prosa tradisional. hihik. J.CO Donut! ya allah memanglah sedap walaupun tersangatlah manis. sweet gitu~ :) half dozen ya. mau yang itu, yang dihujungnya satu, blablabla blablabla whatsoever. "air nya miss?" *sengaja nak habiskan duit aku ke? "enggak enggak". dah terbiasa bila beli di J.CO tak pun Big Apple mesti speaking indon. workers diorang kan indon. hahak. donut lah donut yang sedap, kau memang menggemukkan aku. tolonglah faham!

itu seterusnya, yang lainnya pula, tadi. baru balik je ni dari keluar dengan akak. masuk rumah, abah cakap tak payah tukar baju korang tu nak keluar balik ni ha pergi makan. masyaAllah. makan lagi bah? oke set je. ke Jalan Doraisamy makan sup. sup ayam panas panas yang banyak cholesterol. ya ampun kalian... bantulah saya. tapi serious, sedappppp! patutlah ramai orang makan kat situ walaupun malam. in fact, manusia dekat kuala lumpur ni mana lah pernah kenal erti malam siang.



in a nutshell... ;p dan sekarang bila di muhasabah balik hari ini saya lalui sama sekali penuh dengan makan. mana tak gemuk? ;( tapi bagus kan? wekk! gemuk je lah apa susah bukan ada orang kisah pun. hey! tak mau tak mau! ggrrrr. ;( haha.

sebagai seorang gadis comel, selepas ini, tolong jauhkan makanan makanan sedap dari saya oke?

begitulah kehidupan saya di kuala lumpur bersama keluarga tetapi kalau di melaka tidak. ;)

sekian.

Tuesday, February 16, 2010

[ Entah! ]

salam~




mari, mari, mari, ramai ramai! HAHA. entah kenapa tiba-tiba mahu terpekik terlolong macam ni. well me~ (;

tadi saya hantar satu pesanan ringkas err sms pada seseorang.

saya rindu awak. HAHA. terima kasih. =)

entah kenapa tiba-tiba hati buat hal mengada menggedik rasa nak hantar msg macam tu malam yang indah hari ini pada sang penerima. tak salah kan? mungkin farah sememang dan sebetul-betul mentafsirkannya. harap maklum. haishh... enuf. *malu mungkin. wekk! silly me. ;D

puding caramel satu siap! tetapi malangnya bukan saya yang buat tetapi akak. dia terlalu baik hari ini. hehek. takpe takpe janji dapat makan lepaskan ke-teringinan. hee. nanti jadi batu belah batu bertangkup siapa yang susah? *melebih-lebih plak! ;p


-saya cuma tolong cari resepi ;p mucho gracias my dear sis yang sungguh cantik hari ini! wee~

sekian =)

Sunday, February 14, 2010

[ Hidup Yang Pasti ]

salam~

hari ini hari ahad hari cuti. saya tak tahu apa yang boleh saya buat walau pada hakikatnya assignment timbun berbukit-bukit ada. tak sedar diri kan? farah... farah... teman gila-gila pun takde jadi saya google punya google apa yang boleh, lawat blog tu lawat blog ni, baca sana baca sini, tengok profile yang tu tengok profile yang ni. hee. boleh kato satu dunio den jolajah dah ha!

and finally... one stop center blog saya jumpa. sangat sangat cukup tertarik. boleh kato tak kolip mato den baco. hehek. kerana apa? blog yang penuh dengan puisi, penuh dengan cerita, penuh dengan memori. tak tipu. namun penulisnya bukanlah seorang sasterawan mahupun seorang watak hebat cuma seorang lelaki biasa yang bagi saya punya bakat yang sangat mendalam. dan di sana tersenarai pena idolanya Usman Awang, A.Samad Said, Chairil Anwar dan lain-lain. dari satu kisah saya baca ke satu kisah, seorang lelaki yang hidup serba kesunyian dan baginya merasa kehilangan adalah biasa. kehilangan ayah kehilangan adik dan dirinya? penghidap kanser yang kini memakan hatinya sedikit demi sedikit yang tak mampu ditahan oleh ikhtiar. hanya menunggu masa untuk sesuatu yang tak pasti yang bakal akhirnya meninggalkan ibu keseorangan. hidup yang pasti penuh dengan kerisauan kan kalian? honestly, hampir tertitis bila membaca kisah yang tertulis. dan saya amat tertarik dengan tulisannya, aku seorang biasa hingga kisah hidupku juga tersangat biasa. aku terlalu sukakan keindahan dan aku terlalu percaya pada takdir meskipun ada takdir itu indah ada juga yang gundah. :)


kehidupan. siapa saya untuk berkata tentang kehidupan? tapi tetap saya memiliki hak untuk menyatakan. betul kalian? kehidupan yang saya miliki dulu penuh dengan tangisan dan saya tak pernah impi untuk memiliki sebuah kehidupan seperti yang dulu. dan rasanya saya juga tak mampu untuk memikul apa yang dirasa oleh lelaki tadi. bak tulisannya, "aku gundah dan ternyata runsing, adakah aku mampu terus bisa tersenyum dan menyatakan pada dunia bahawa aku adalah seorang pesakit yang kuat dan akan terus berjuang untuk melawannya". dan kerana itu rasanya semakin saya belajar tentang kehidupan dan semakin itu jugalah saya belajar untuk mengasihi dan menyayanginya. betul. percayalah, kalau tak pernah rasa walau secebis keperitan sekalipun takkan pernah lah dapat kita merasa keindahan sebuah kehidupan itu. dan sang Pencipta takkan pernah menurunkan dugaan untuk hambaNya andai kita tak mampu pikul kan? si Dia Maha Adil. setiap persoalan yang dicipta di atas dunia memiliki jawapannya, ke mana patut kita pandu hidup yang kita miliki. dan, di setiap persoalan yang timbul itu jugalah sebenarnya terselit sebuah anugerah yang ingin diberi.

dan sang Pencipta itu mencipta masa untuk kita merasa gembira, sedihnya sebuah kehidupan. percaya dan takdir takkan pernah menipu.

Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hari…
ya, selepas ini akan datang kesenangan.
Sabarlah sebentar.
Dan apabila datang kesedaran, kita tetap tidak alpa…
ya, selepas ini akan datang kesusahan.
Bersiap-sedialah.
Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini.
Kehidupan adalah satu perubahan yang berterusan…


menarilah dan terus tertawa walau dunia tak seindah syurga. selagi ada masa, kutip dan rasa! ;)



[ So long and goodbye ]

salam~

takde apa nak merepek panjang panjang bak kata seorang teman, kerepek is merepek dan saya balas kerapu is merapu. memang padan lah kan melayan duadua ekor tak betul. :) tidak mengapa, tidak mengapa...

one happy family at home! aha, itu yang kita mahu. haha. i just love being home with them. sangat sangat relieve. ;) dan saya senyum banyak banyak. semalam cakap saja teringin nak makan satay, malam tu jugak ke Satay Haji Samuri. ouhh sungguh sedappppppppp! + akak buat chocolate cake lagi yang moist moist sangat. sangat suka! mewah makan di rumah, sangat sangat suka. huhu. chopp, mak saya kata saya banyak makan. tapi takpe dia suka. jadi saya mahu makan banyak banyak lagi bagi dia suka banyak banyak lagi. ;p i love you so much lah mama! hakhakhak. *yelah suka lah banyak sangat sukanya!

things-to-do;
1-buat puding caramel
2-c++ siapkan
3-account latihan banyak banyak
4-calculus prepare for next upcoming test!
5-beli kasut. satu je satu je, please please please... HAHA.
6-reading!
7-ada lagi tak ingat nantilah list balik. hehe. =)

ohh2, dari pagi tadi berkobar-kobar nak renovate blog yang tak seberapa. hah, ini hasilnya yang rasanya cukuplah tu kot. penat. rumit lah. btw, saya sangat suka lah blogging! no doubt, sebab suka tulis banyak banyak tapi tak suka cakap banyak banyak. hehek.

dah lah. marang merapu dah, selamat malam. :)

Gong Xi Gong Xi! Angpow Lai Lai Lai! ngee~

Thursday, February 11, 2010

[ Chinese New Year ]

salam~

"okay class, thats all for today and have a great semester break, don't forget to do your work instead of MY WORK! haha. see ya soon. take care, bye peeps! smile!"

anyway, CNY makin dekat. and the best part is it was a week holiday. and i'm goin' back home yang lama tak jejak. (almaklum semester 1 berjuta kali balik but sebaliknya untuk second sem. padan muka. muahaha.) meet my dad meet my mum and meet my sista! yeayyy! sangat sangat merindui menggila with farah idayu binti nasir. mahu shopping!!! ;p ohh2, with ALBAB tidak dilupakan. siap kau! ;)

and... I'M GOIN' TO MEET KUALA LUMPUR my beloved dearie missing hometown. wekk! HAHA. but for tomorrow, calculus test 1 waiting before the enjoyable moment. account test 1 done yesterday dan malangnya TAK BALANCE! sigh. haishh, tak baik tak baik. takpe takpe, go back and practice! hihik. practice makes perfect kan... wish me luck kalian!

another new post will be from kuala lumpur tomorrow!

HAVE A NICE HOLIDAY EVERYONE!