Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Thursday, May 14, 2009

[Hoki Malaysia]

salam~




baru selesai menonton aksi pemain2 hoki malaysia tadi. wah, teringat dulu2. memang menjadi peminat setia team hoki kebangsaan. bersama akak sampai sanggup menahan mata hingga pukul tiga empat pagi semata-mata untuk menyaksikan siaran ulangan permainan mereka. padahal dah tengok dah yang live punya. apa daa... kadang2 abah juga join sekali, tapi bila tengok dengan abah yang paling tak tahannya bila kalah. kata2 yang keluar dari mulutnya sangatlah menyakitkan hati. betul. panas juga lagi2 bila ketinggalan tapi permainan tak habis lagi. abah dah cakap macam2. huh, boleh tunggu diorang habis main dulu tak abah?.. haha. actually tak kisah pun.... cuma semangat2 sikit. tapi itu dulu, dah lama saya tinggalkan. zaman minarwan nawawi, s.kuhan, dan si janggut lebat itu. entah saya dah lupa namanya. sory.. hek3 =P lagi2 kalau mereka menang, ya allah memang sangat seronok. dan paling saya suka bila tengok adik-beradik tu main, keevan raj and logan raj jaring gol or sekadar beraksi. kamu sangat handsome lah! tapi dulu, sekarang dah tak. adeyy. hee~ sungguh excited. siap jerit2 sikit+semangat patriotik sikit2. muahaha. rindu pulak saat2 tu. tengok aksi mereka tadi.....



yes, i know even diorang kalah. 4-2 weyh. hoho. but aksi mereka tadi puas juga tengok. s.kumar, si penjaga gol. tabik spring lah! dengan baju besar penjaga gol tuh. smart2! hak3... tak sangka pula bila melihat chua boon huat+jiwa mohan muncul tadi. mereka still main untuk malaysia yea?... lama sungguh berkhidmat untuk pasukan kebangsaan. si jiwa mohan yang selalu disebut2 saya dulu dengan akak. sebab nama dia pelik. haha. yang sekarang ini, tertarik pula dengan megat azrafiq, eyh2, tarikh lahir kamu sama dengan saya lah! bagushhhhhh. hehe...... pemain2 lain juga main boleh tahan juga tadi. tak tahu nama sangat yang baru ni. kan saya cakap tadi, saya dah lama tak ikut perkembangan mereka. dan sekarang tertarik pula mahu meneruskan seperti dulu epas tengok aksi mereka tadi. hee.

apa yang saya nak cakap sekarang, even kalah saya suka tengok mereka main tadi. not bad juga. masih menyengat macam dulu. all the best for third place lah. =] better than nothing.....

dan kalian2, saya memang begini. saya tidaklah terlalu fanatik terhadap sukan2 ni macam anda meminati kelab2 bola inggeris tuh but kalau disebut malaysia yang lawan lagi2 untuk game2 yang saya minat, kadang2 boleh juga saya bertukar menjadi agresif. huhu. yes, saya tahu malaysia memang selalu kalah but siapa lagi nak sokong kalau bukan rakyat sendiri kan.... malu memang malu but at least kita still ada team yang boleh dibawa bertanding. ada lagi negara yang lebih malang dari kita kan... ngee~ cakaplah apa kalian mahu cakap. saya ni membosankan or saya ni.... apa2 sajalah. fine... saya okay saja. ;DD

*kepada musuh saya, (haha, musuh saya ke?..) pakistan yang sangat hebat dari dulu tu... siaplah anda! suhail abas! huh.. main lah pelan2 sikit.... hek3.. huah3... =p

[minum susu badan jadi sihat!]

salam~




tiap2 hari kini saya perlu bangun awal. ke hospital dan tunggu, tunggu dan terus menunggu. hee. abah perlu rawatan fisioterapi. dengan rela hatinya menawarkan diri teman mak even secara jujurnya memang bosan... perlu menunggu dua jam dan kadang2 mungkin lebih. tak pe lah! rasanya nurse2 dan doktor2 di sana pun dah menyampah tengok muka gadis seorang ini yang selalu berlegar2 dan membuat perkara2 yang boleh dikatakan tidak berfaedah juga rasanya. haha. saya nak hilangkan bosan saya... lantak lah! who cares anyway. hek3 ;)

sometimes rasa macam seronok pula berada di gim tempat rawatan abah tu. tapi saya tak sakit lah. tak mau! tak mau! tak mau sakit, nak sihaaaaaaaaaaaaaaaaaaatttt sentiasa. hehe. =P

ouhh... macam2 ragam manusia jumpa di sana. baik muda remaja, baik remaja purba. haha. sampai di hospital semalam, tertarik dengan seorang pemuda. muka smart, jalan okay, badan pun okay je. but mungkin bermasalah dengan tulangnya... kot! dan hari ini, tiba di hospital pagi tadi, berjumpa lagi dengan pemuda pemudi. muka dan gaya smart juga, lawa, ada yang bawa gitar tapi jalan terhencut2! ah, kamu orang ni semua ada masalah tulang ke?... umur macam kita sebaya je... adeyy... muda2 lagi tulang dah bermasalah... macam mana nak meniti usia dengan lebih lanjut neh. hee~ and that, buat saya terfikir................................. mereka macam saya kot. tak suka minum susu. so........ kalsium dalam badan yang tidak cukup membuat tulang merapuh dengan cepat. tidakkkkkkkkk!!!!! melihat one kind of ubat yang diberi pada abah pun, its like tepung susu lah........ pembekal kalsium untuk tulang belakang abah yang dah bengkok teruk. ah, tidakkkkkk! and now, saya lagi takut. ;( teringat pula kata2 'incik SAYA' itu. susu sedap! yakss..... saya tak suka lah. macam mana kamu boleh suka sangat ni. hurmmm......... ;'(

tolong! tolong! saya tak nak tulang saya rapuh cepat. banyak lagi benda saya nak buat ni. aduhhh.... for that, adakah saya perlu cuba untuk menyukai susu? huh! kalah lagi dengan dia. hmmmmmm......... okay takpe. untuk kesihatan tulang yang sihat dan kuat, saya akan cuba! aja2! hak3..



hurmm...


susu sedap! susu sedap! susu sedap! (secara terpaksa untuk memujuk diri) uwwwweeeeeeekkkkkkk ="(( hik3......



terjumpa pula image ini di internet. memang macam perli saya kan?... huh.. saya benci kamu! grrrrrr..... wekkk!

urm kawan2... jom teman saya jom minum susu?... anybody yang nak teman saya?... plizzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.............. ", haha.

Wednesday, May 13, 2009

[Kita Sama]

salam~

masa untuk me-ngomel banyak2 semula. huhu. kenapa yea kadang2 some people can do somethings yang kita sendiri tak pernah terlintas? or senang kata, tidak dapat dibayang some people would do things that we couldn't imagined before? susah atau senang memahami manusia? hee. jawapannya bukan pada saya. tanya mereka. insan ini hanya sebagai penulis yang menulis atas apa yang dilihat dan apa yang berhak dikongsi. ;) bukan niat untuk saya meng-uar2kan bahawa saya adalah yang terbaik. tak pernah melakukan apa yang tak pernah terlintas itu. bukan. sungguh tidak benar. saya juga insan manusia. saya buat silap macam anda. saya buat salah macam anda. cuma terlintas idea untuk berkongsi agenda ini seperti entry2 sebelumnya. untuk kita memahami diri sendiri juga susah bukan?... ah, usah dirumit2kan.

for me, as human being too, as long as apa yang kita lakukan tidak membawa impak untuk diri sendiri dan lebih penting kepada rakyat2 sekeliling. it should be ok rite... biar lah apa mereka cakap pun, kita tetap kita lah. siapa yang kisah pun. itu pandangan saya, anda mungkin ada pandangan sendiri. iye, memang betul kadang2 perlu juga consider apa yang rakyat2 sekeliling itu fikir, lihat dan kata. tetapi.... kalau dah asyik meng-consider what they said dan asyik mengambil kira kritikan2 yang tidak membina mereka itu. apalah gunanya sayang.. =] bagaimana mahu live life to the fullest kan?..

but, for certain people pula, terlalu merasakan mereka sajalah yang terhebat dan terbaik. segala yang terluah dari rakyat sekeliling diendah begitu saja. ah, yang ini lebih memenatkan. ;( mungkin terlalu buta dan terlalu larut dengan keadaan. penat juga kalau begini. apa tidaknya, andaikan apa yang mereka lakukan itu salah dan perlu nasihat dan bimbingan. tapi diendah. haihh... ponat lah den haa... bueknyo jadi lain laie nanti... adoihh. haha =P supposedly, kena juga diambil kira kan, macam apa yang disebut tadi. penting in certain condition like this. sebagai key of improvement untuk lebih mencipta langkah. tidak hairanlah kan, minda sesetengah kita masih di kelas ketiga. majoritinya kot! batu besar ada dalam itu kapla! mana nak naiknya. dah topu dalam kepalo tak diguno haa... ngee~ ;P

ok cukup. itu saja yang mahu saya kongsi. hopefully we will, sama2 mencari jalan keluar untuk berada di kelas pertama. bussiness class mungkin! chill=]

Saturday, May 9, 2009

[Air Dicincang Takkan Putus]

salam~

setelah mencuba menyahbuang buat seketika segala yang bersarang di dalam minda ini. saya teringat mereka lah. haha..

and now, saya nak bawa kalian2 yang masih sudi membaca setiap entry di blog yang sangat kerdil ini menjengah sekejap untuk 'adik-beradik besar' yang saya miliki. mungkin entry sebelum2 ini lebih kepada kesedihan tetapi sekarang saya senyum.=) frankly speaking, saya rindu mereka. entah kenapa, mungkin sebab keseronokan waktu kecil yang membuat mereka tiba2 terlintas dalam fikiran saya. even, tak pernah saya cakap ini semua kepada mereka, hee.. saya sayang mereka.. serious! kalau mereka baca mungkin mereka terkejut. haha. kerana watak saya bersama mereka berbanding dalam penulisan sebegini memang berbeza. faham kan?.. hee~ semakin dewasa kami semakin jauh rasanya. tetapi ingatan tetap ada.. ;) memang menjadi dewasa amat tidak menyeronokkan. hehe.

FARAH IDAYU BINTI NASIR (kakak ayu)



urm, itulah mereka


kakak saya. cucu pertama dalam keluarga yang kecil ini. memang menjadi contoh. dalam perjalanan menamatkan masternya di UPM. taken!.. haha. saya lebih comel atau dia?.. muahaha. =P selalu mendapat kesusahan kerana saya. hehe. andai dia tiada, i believe saya tak boleh hidup!!!! serious! =)


ATHIRA LIYANA ( kakak ya)



urmm, ini musuh saya masa kecil.. haha. tapi dah besar, kami semakin matang itu semua tinggal kenangan. huu.
keadaannya memang selalu menjadi bahan bualan kami sekeluarga.
but, fyi inilah cucu nenek saya yang jalan dahulu sebelum kami. haha. kadang2, setiap kali melihat dia, aunty2 saya akan kata "sungguhpun tira tuh macam tuh, dia laku dulu tahu tak?..", gelak kuat2!!! dan kami yang lain akan memandang sesama sendiri, kami ni tak laku ke?... oh, memang sangat2 dinafikan! belum masanya laa~~ hoho.. hah, itulah tunangnya... hee~


NUR AMIRA ATIQAH (kakak mia)



owhh, ini pula kembar saya. sewaktu dalam perut, kami dijangkakan keluar pada tarikh yang sama. tapi tak tahulah apa yang dia ni fikir. nak keluar awal je. heyy. 30 disember 1990. dan saya? terlewatlah lima hari. dan kami? bezanya hanya lima hari tapi umurnya beza setahun. tak pe lah, saya awet muda! muahaha. dia sakit saya sakit, dia makan, saya makan, dan dulu2 je laa kadang2 tidur dan mandi juga sama2. haha. waktu kecil laa~ who cares?.. haha. penuntut UNISEL.


FARAH AZIEKA ( kakak bobo)



mengapa saya dipanggil begitu? ahh! andak saya lah ni. aduhh.. nama kalau komersial takpe. ini. hurmmmmmmmmm............ hahah. takkan tak kenal juga kot pada yang satu ini. hoho. paling comel antara mereka. =)


AHMAD BAIHAQI (abang aqi)



namanya pelikkan. haha. anak jati orang sarawak. perangai? kadang2 baik kadang2 memang bagai makhluk si tanduk dua itu. haha. semakin besar saya semakin kamcing dengannya. hee~ mempunyai seorang adik perempuan yang beza mereka berdua 13 tahun. hoho. menjadi abang yang memang tidak sekepala dan selalu dibuli adiknya. hahahah. dan mereka, kini hanya memiliki seorang ibu yang menjalankan tugas sebagai ibu dan ayah.


MUHAMMAD AIMAN (abang eman)



gambar sewaktu di cameron. dan dia baru lepas jatuh motor. lihatlah luka di pipi kirinya. haha.

dan ini dia adik mia si kembar saya. hee~ kadang2 menjadi seorang yang agak alim dalam family kami but bila jumpa geng2nya dia juga mampu menjadi si tanduk dua itu.samalah seperti jejaka pertama yang saya sebutkan tadi. haha. kadang2 kinda seorang anak manja jugalah. anak bongsu~ hehe. oh ye, tahun ini baru tahun pertama dia di asrama. hoho. padan muka kau eman! rasakan!!!! hik3.


ENGKU AMEER FAISAL SHAH (abang amer)



si sepet!

ok. yang ini pula si buntal juga dalam family saya. ayam goreng boleh sampai 3 ketul sekaligus dihabiskannya. haha. mempunyai seorang adik perempuan yang selalu menjadi teman sakatnya. masa kecil dia sangat comel, bila dah besar.... hurmmm... hanya tuhan saja yang tahu. kadang2 memang menyakitkan hati dengan sikapnya tapi... takpe lah. huhu. haa... tahap ketakutannya, ya allah.... amat2 sedih. hak3.


JOHANNA AMELIA (anna)



dia yang berbaju hitam.. saat2 di klia untuk pulang ke London semula.

owhh, ini kacukan orangnya. paling jauh tinggalnya dari kami, London. kakak tirinya adalah si dia yang sudah bertunang itu. kadang2 sikap mengada2nya memanglah tersangat menyakitkan hati. tapi kami?... dah biasa.... sangat ganas! heyy! hahahah. faham bahasa melayu tapi untuk dia bertutur dengan fasih masih tergagap2. huhu. sudah lama saya tak jumpa dia, kali terakhir dia pulang ke Malaysia saya di mrsm. paling saya suka bila dia pulang adalah kerana, saya akan secara automatiknya mahir bertutur cepat in english. huhu. so, memang bagus lah kalau dia balikkan. i can improve my english. hoho. Anna, pulang lah lagi yea tahun ni. hee~


ENGKU SARAH SYAHIRA BATRISYIA (baby)



ok. ini pula adik si buntal tadi. haha. memang berbeza dari abangnyakan. hahaah.sungguh bijak gadis ini. sangat aktif di sekolah. sangat suka belajar. keep it up girl! hehe. banyak cakap. manja. sangat suka bergambar. dan gadis ini selalu membuat saya rimas dengannya. huu. selalu menjadi mangsa buli abangnya dan kami kakak2 yang kejam! hohoh.


ZARA ZURI (uwee)



ngee~

hahah. ini adik abang aqi. nama mereka memang pelik. huhu. kalau tanya uwee dia lelaki atau perempuan, akan dijawabnya lelaki. entah kenapa lah jadi begini. mungkin pengaruh abangnya. haha. serious, uwee tak suka main patung2 ni. mainan yang menjadi tarikannya, kereta, bola, pedang. ya allah, memang dah kritikal kan. hahaha. selalu sakit or daya tahan badannya memang tidak kuat. setiap ditanya mana abah uwee, she will answered back, jauh dekat atas langit. and that, selalu membuat kami mengalirkan air mata. ;(


NUR HASHIMA (ima)




ima di sebelah kiri...

hurmm, yang ini pula kacukan mamak. haha. dan si dia ini, paling selalu menjadi bahan buli kami. hohoho. apa sahaja di balunnya. hee~ di sebalik hidupnya ada berbagai kisah hitam. kawan baiknya uwee. tapi kadang2 musuhnya juga. haha. apa yang uwee ada shima mesti ada. huu.



and thats all.... hanya mereka adik beradik besar saya. dan hanya mereka cucu nenek saya. huhu. sikitkan? hahaha. belah ayah, tak terlalu rapatlah.. belah ayah terlalu rumit untuk saya faham sebab atuk saya memiliki empat isteri rasanya. dan saya juga tidak pernah melihat mereka, atuk dan nenek. btw, saya sayang mereka. dan entah bila lagi dapat berkumpul sekaligus. hurmm.


cukup di sini. =]

Thursday, May 7, 2009

[Leave Out All The Rest]

salam~

lagu linkin park. teringat lagu di myspace itu S A Y A. hee. hanya saja2.

ok today, hari yang sangat memenatkan. hari yang sangat sibuk. macam2 kena settle. macam2 benda jadi. ditambah lagi dengan cuaca yang sangat panas. ya allah... hanya tuhan saja yang tahu keadaannya kini. sangat menguji, sangat memeritkan ;(

1- abah saya sakit kembali. 3stgh pagi2 lagi sudah memaksa kami membawanya ke hospital. masih ditahan di sana. sakit yang masih belum bertemu puncanya. entahlah, buntu juga dibuatnya. ;( harap2 yang dulu tak berulang. ya allah tolonglah... tolonglah jangan... seksa rasanya kalau terjadi semula.

2- kami excident. tiada apa2 cuma pengalaman yang sangat menakutkan. nasib tak berlaku yang sangat buruk. alhamdulillah semua selamat. tapi trauma juga. ;(

3- hepy birthday akak! sangat kasihan. terpaksa menyambut hari lahir dengan keadaan yang begini. terpaksa pulang ke rumah secara tiba2 karana abah sakit sangat. ada hikmahnya....

4- hari ibu yang semakin dekat. mak juga nampaknya semakin tertekan dengan keadaan namun tetap tenang. tapi mak kuat! the bestiest, strongest dan semua2 lah, mother! selamat hari ibu!

banyak lagi untuk di luahkan. tapi saya? sudah tidak mampu bertahan di depan laptop ini. sangat2 lemah sekarang. perlu rehat yang secukupnya untuk esok, kembali ke hospital. dan saya mahu tidur. harap2 tiada apa yang buruk lagi akan berlaku.

kepada mereka2 yang saya janji untuk keluar or chatting or apa2 sajalah. faham2 lah yea dengan keadaan saya sekarang. perlu menumpukan kepada keluarga yang sangat memerlukan. maaf sesangat! tak dijangka ini semua akan terjadi. nanti apa2 hal saya roger di phone. ok? ampun sekali lagi~ :(

habis. doakan semuanya selamat dan kuat.

saya rindu kawan2 saya... ;(
saya rindu dia....
:(
saya rindu mereka....
=''(

Sunday, May 3, 2009

[Menuju Puncak]

salam~

saja menggatal tangan untuk entri ini. haha. nope. agenda saya kali ini.
ok senyummmmmmmmmmmmm=) hee~ sebentar, tadi tonton af7... haha. memang sudah diagak. AFMASUK.. af yang tiada hala tujunya. stillllllll....... btw, saya suka hafiz lah! wee~~~


tak bermakna saya happy?... cuma menjalani hidup dengan teliti. tak nak yang dulu berulang. thinking about the past or the future? mana yang anda mahu? saya?.. for the time being, i just wanna think about the future... cheese~ ;) tak nak berfikir terlalu mendalam tentang perkara yang lebih menyerabutkan saya. lantak ah! not a big deal for now.... saya cuma mahu S.E.N.Y.U.M ;)

tak lama lagi misi seterusnya saya akan bermula. misi yang paling mengambil masa yang sangat lama. K.U.A.T!!... cheese~ ;)

oh ye, yas... don't forget about my pengapit Jericho Rosalez yang diidam2kan itu ea.. haha.. faham?
kepada yang telah saya luahkan macam2 yang kadang2 saya rasa entah apa2. di phone, ym or di mana2 sahaja. terima kasih sangat. terima kasih kerana memberi pandangan dan pendapat yang sangat membantu. sangat menghargainya. but serious, sangat membebankan... ;( hey,, dah2! cheese~ ;)


ok cukup. itu sahaja. saya rindu teman2 saya!!!!! ahhhhhhh! hehek..

mahu tidur. dan esok mahu tersenyum lagi bersama mereka.. huu.. reunion lagi dan pergi menonton hujan dan pesawat!!! waaawwaaa. sangat2 tidak sabar! huu.. =]

nyte2......................

cheese........................................................... =)

Tuesday, April 28, 2009

[Nak Tak]

salam~

kehendak dan keinginan. tiba2 tercetus idea saya untuk menulis entry ini setelah selesai menonton Aqso dan Madina. patutnya semalam tapi terlambat. haha. nvm~ =] secara jujurnya, bagi diri saya sendiri teringin juga menjadi seperti Madina yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk orang disayangi. sehingga sanggup sacrifice rasa hati for the sake of kakak tersayang, Safira. can i be like that too?

ouhh... entry ini bukan untuk menyatakan rasa hati saya untuk sacrifice like what Madina did. saya bukan dalam situasi itu pun.. alhamdulillah.. ;) kehendak dan keinginan. sama kan. bukan mudah untuk kita memilih kedua2nya yang seakan sama. memang berbeza. kehendak orang sekeliling dan keinginan diri sendiri. for me, pandangan diri saya sendiri, memang kalau ikutkan hati dan saya percaya jauh di sudut jiwa raga semua orang sekalipun mahukan yang terbaik untuk orang sekeliling lagi2 orang yang sememangnya kita sayang dan kita hargai. dan kalau boleh kita mahu lakukan dan laksanakan setiap apa yang menjadi kehendak mereka atas dasar untuk melihat mereka sentiasa gembira dan puas melihat kita yang selalu menjaga hati orang lain. atau dengan kata mudahnya lah, kita mahu berjasa juga terhadap orang yang kita sayangi kan. however, macam mana pula dengan keinginan kita sendiri?.. kalau sentiasa mahu melihat orang yang disayangi gembira bagaimana pula dengan kegembiraan untuk diri kita sendiri?... kepuasan hidup yang mampu kita miliki dalam diri kita sendiri. atau kita mahu terus hidup memuaskan hati orang lain tanpa memikirkan rasa yang dikandung badan ini. dan terus-terusan mencuba senyum melihat mereka2 yang disayangi gembira walaupun hakikatnya sedang menangis di dalam. wah2, bukan main lagi kamu farah.. ;)



whatever it is, for me too.. cukup untuk membuat saya gembira dan senantiasa kelihatan senang menjalani hidup apabila saya melihat orang di sekitar saya juga terukir senyuman di wajah mereka. mungkin itu pengorbanan terbesar bagi-Nya dari insan kerdil seperti kita dalam usaha menjadi orang yang sangat2 berguna. =) tapi kadang2 kena juga fikirkan yang terbaik untuk diri. saya langsung tak berniat untuk membuat anda2 yang sudi membaca entry ini hidup mementingkan diri sendiri. bukan. sungguh bukan. :( like what i said, kembali seperti mula2 saya mula tadi, rasanya Madina itu memang sesuai dijadikan contoh. tepuk dada tanya selera.

sincerely; farah azieka nasir