Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Sunday, April 5, 2009

[S A Y A dan destinasi 2... kartu..]

baik. sekarang saya akan mula semula. hee.

urm, saya dah cakap saya dah sampai ke? ok, dah. ngee. urm, dah sampai di bandara kami terus berjalan keluar. sungguh kecil bandaranya di bandung. untuk mengambil beg, perlu tunggu nama disebut satu2 sehingga selesai beg kita dikeluarkan. huh. penat. penat. selesai ambil beg, kami tak tahu nak ke mana. maklumlah, ini percutian kami sendiri. tak ikut mana2 pekej pelancongan. so, kami jalan keluar bandara. ambil teksi dan terus ke hotel. nama pakcik teksi tuh, pak wahyu. seorang tua yang masih memerah keringat membanting tulang untuk mendapatkan secebis rezeki. :)

dan kami terus ke hotel. grand serella. lawa, cantik tapi biliknya sedikit tidak memuaskan kami. biliknya dua tingkat, masuk pintu bilik, ada dua katil single, then ada satu tangga untuk ke tingkat atas, naik... dan di atas ada satu queen bed dan sebuah tv. hah. boleh bayangkan tak kawan2? haha. tak best kan. memang biliknya lain dari yang lain tapi sungguh tak selesa. tiba malam saya terbayang cerita pontianak harum sundal malam. pontianak yang menjalar di dinding dari atas ke bawah. huh. tak takut ke?.. haha. merepek kan? hee.
sementara mak dan abah kemas2 barang, untuk kami berhubung dengan masyarakat di sana teramat la susah. phone ada tapi sim cardnya nak letak apa. haha. saya sekali lagi dengan akak and abg man keluar. beranikan diri berjalan di negara orang dengan sendirinya untuk mencari kartu. kartu di sana dijual di tepi2 jalan, ada stall kecil yang khas menjual topup kartunya itu.

tiba di stall kartu pertama, ada tiga lelaki kat stall tu,
kami : ermm, kartunya ada jual enggak?
mereka : kartunya ada embak, tapi yang perdananya enggak ada.
*huh. kami mula keliru. apa beza perdana dengan yang biasa yea?.. haha. oh ye, kami memang tahu sim card di sana dipanggil kartu. dah belajar sikit2 bahasa mereka sebelum ke sana. ahaxx! haha.
kami : di mana ada ya mas?
*wah2, dah macam apa je berkata2 yea. haha. bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu.... urm, apa ye? tiba2 lupa. haha. so, ikut pepatah ni kena la kita ikut cara mereka bila berada kat tempat orang kan. ;)
mereka : oh, bisa jalan lagi embak. depan sana ya ada satu. mungkin di sana ada.
kami : terima kasih ya mas. senyum! =)

dan kami terus berjalan. sampai di stall kedua,
kami : kartunya ada enggak?
di sini hanya ada seorang lelaki. hehe.
dia : yang perdana ya embak?
kami : iya2.
dia : oh, enggak ada sih. yang biasanya ada.
kami : di mana ada lagi ya mas?
dia : bisa jalan lagi. di depan ada lagi embak.

dan kami mulai penat. sama ada mereka saja mahu mendera kami atau memang mereka tak de. haha. sabar. sabar. untuk mengaktifkan perhubungan kami di sana, gagahkan jualah kaki ni mencari kartu. haha.

jumpa lagi stall di hadapan, harap2 la yang ni ada. dah letih sungguh ni. haha.

stall ketiga, ada tiga mamat juga di situ.
kami : ada kartu enggak? yang perdana?
mereka : mau yang mana embak?
kami : XL ada?
mereka : iya, ada2. bentar ya.
*huh, alhamdulillah~

finally, kami dapat! hmm.. baru sampai dah kena berjalan beribu batu untuk mencari kartu. huh. tapi takpe. pengalaman. biasalah kan penat. tapi seronok. ;) kami lintas jalan sendiri, kami bercakap dengan mereka, kami senyum, dan kami lihat mereka. kami di negara orang. =] dan kami jalan semula untuk pulang ke hotel. terlihat sebuah restoran KFC di tepi jalan tu. ya allah... memang sungguh lapar ditambah penat. wahhh, sedapnya. tunggu. tunggu mak dengan abah. hee. maklumlah makan waktu breakfast tadi je masa kat LCCT tadi. tu pun kat Malaysia tadi. sekarang dah pukul 2 lebih. mana taknya kan? haha.


*kartu perdana-simcard la, kartu yang biasa-topup


ok dah cukup panjang. saya sambung lagi nanti. ;)

Saturday, April 4, 2009

[~ok~]

ok. apa kata saya stop kejap dengan cerita dan kisah saya. jawab tag kejap yea. sory lambat nadya. hee~

5 things in my wallet:
  • i/c(muka saya tak macam pendatang kan?.. ngee~)
  • duit(kadang2.. adeyy!)
  • kad2 yang entah ape2(sengaja disimpan.. wat sampah. huu..)
  • bank card(no money no talk meh.. hee~;))
  • gambar =]

5 favourite things in my bedroom:
  • place where i lay my back(katil laa! hehe..)
  • bantal busuk!(seyes busuk gler! tapi besh.. oops!) =p
  • bear2=)
  • cadar oren tuu..(fav colour lor.. hehe)
  • cermin panjang(place where saya selalu menjadi perasan.. ahaxx!)

5 things I wish to do :
  • sumthing lighten my future.. hurmm..
  • panjat bukit jerit kuat2!(bukit mn nak pergi ek? hee~)
  • create a book full of my karya2(wah2, perasan la tu.. adoii!)
  • belajar bahasa(the most i want, belah2 negara matahari terbit la. btw, tak ksh. nak jadi cam mahathir lokman boleh?) =]
  • meet sumone yg dah lama dicari(di mana kamu?.. heyy..)

5 things I’m doing now :
  • duduk di meja makan(on9 laa)
  • typing
  • garu sana sini.. aduhh..
  • lap mata yang dah bertakung air(adeyy, bila nak baik neh..) ;(
  • pandang kiri pandang kanan(saya sorang2!!)

5 people I would like to tag:

  • muhammad aqif haikal.. wujudkah dia?.. apa kamu merepek ni??? entah. ",


*saya menjadi semakin gila mlm2 begini.. =(

Thursday, April 2, 2009

[S A Y A dan destinasi 1]


salam~

iye, saya sudah tiba di sana. Alhamdulillah;] honestly, saat kaki terjejak di bandara, rasa sungguh rasa. yeay! saya dah jauh dari mereka. saya dah bebas dari mereka. senang, aman. dan saat itu juga, saya terus ambil phone pergi ke profile dan tekan offline! yes. saya hanya mahu bersama diri saya sekarang. ok, cukup.

sebelum apa2, masa dalam flight. kami menaiki flight AirAsia Indonesia. saya duduk kat sebelah akak dengan abg man. abah duduk kat depan, mak duduk sebelah sana lagi. ei, kenapa la org AirAsia ni bagi kitorang duduk jauh2! huh. tapi tak pe. janji kami sampai. hehe. kat sebelah kiri mak ada seorang lelaki. waahhh.. jejaka nampaknya. kenapa bukan saya yang duduk kat situ yea. haha! gatal! =p muka, boleh tahan. lagak dye macam ada class. muahaha. apa la kamu ni farah. iye, saya tahu mak saya takkan dapat duduk senyap saja di situ. mak mulakan perbualan. saya kurang dengar laa. tapi takpe. hehe. saya dengar juga. betul. memang betul tekaan saya. haha. lelaki itu seorang pramugari! kui3.. ptt laa.

lelaki itu : " tgh cuti sekarang, tu yang pergi bandung tu"
mak : " urm, pergi sorang2 je ke?"
lelaki itu : " eh tak la, ada kawan saya lagi sorang kat depan tu."

saya dengar je dye cakap macam tu. dlm hati, mana? mana? eh, cepatla cakap mana satu kawan kamu tu.. haha! finally, saya nampak. =) muka lagi boleh tahan dari dia la. haha! ok enuf! oh ye, lp nk ckp. yang lagi sorang ni philipines laa.. macam jericho rozales gitu. tapi dat guy lagi hot laa. haha! *btul ke ejaannya tuh.. entah! ehehe..

itu di sebelah kiri, di sebelah kanan pula lain ceritanya. ehehe.. seorang gadis. nampak macam sebaya dengan saya je. hee~ mak saya mulakan perbualan lagi sekali. tak payah la letak dialognya yea, saya pun dah tak ingat. huhu. apa yang saya dengar, gadis itu masih seorang pelajar. hee. terbang ke bandung buat seketika untuk mengambil exam. belajar dekat Malaysia tapi ambil exam dekat Indonesia. apa, dekat Malaysia tak boleh ambil exam ke??.. owhh.. katanya, dye tak dapat ikut pembelajaran di Malaysia so, takut tak pass kalau ambil kat Malaysia. boleh plak yea macam tuh. wtever it is, i'm proud to be Malaysian. sedikit bangga di situ. haha. oh ye, cakap punya cakap rupanya dye juga anak seorang juruterbang. hurmm, patut laa senang2 saje terbang ke sana sini. mesti selesa hidupnya kan. :)

*bandara-airport

Wednesday, April 1, 2009

[S A Y A dan pengalaman]




salam~

waktu pagi. 4.00 a.m. saya tak tidur malam tu. hanya menunggu waktu untuk bersiap dan bertolak. 3.00 a.m. bangun dari sofa, kejut mak, abah dengan ayu. haduihh..

naik kereta pakcik mail. terima kasih kerana sanggup hantar kami walau pg2 buta begitu. saya tahu mengganggu tidurnya kan. haha. tiba di LCCT. stand for wat hah?.. saya tak ingat laa. pg2 mcm ni LCCT ni dah ramai orang. tak sabarnya rasa untuk saya bertolak. saya nak keluar. saya tak nak berada di sini buat sementara waktu. serabut sangat rasanya. :(

flight lambat lagi. ok fine, kami pergi breakfast dulu. amik2 pic sikit dengan muka yang baru bangun tidur tu. haha. excited! tak sabar! bawa saya jauh dari sini cepatt!!!!!plzz?.. huh.

erm, di LCCT, melihat golongan2 tertentu berjalan megah dengan uniform mereka. siapa?.. hmm.. hee. melihat lelaki2 berbaju oren tekun bekerja. mereka seperti sangat gembira dengan kerja yang dilaksanakan. kalian kenal siapa mereka? orang angkat beg tu la, yang tolong letak beg kita kat kargo tu.. saya nak bersama2 join sembang2 mereka yang gembira itu boleh? sebab saya penat merasa sedih. hurmm... melihat juruterbang2 itu berlalu. waaahhhh, seronoknya jadi mereka. tapi risikonya tinggi. melihat pramugari2 itu berlalu. urmm, saya nak ikut boleh?.. hee. lawanya kamu ni. :) dan kemudian melihat pramugara2 itu berlalu. handsome. itu yang pertama terluah di hati. oops, bukan di mulut yea. nanti mereka perasan.haha!

lalu terus terlintas. kalau saya jadi juruterbang tu?.. hmm.. kalau saya jadi pramugari tu?.. hmm.. kadang2 teringin juga. boleh terbang ke banyak tempat. wahhh.. saya suka. =] bawalah daku pergi~ dari derita ini~ *tiba2 teringat lagu tu.

[S A Y A dan mula]


dan perjalanan kami bermula di sini~
salam~

pengalaman saya akan bermula di sini. hanya untuk berkongsi kerana saya belajar banyak darinya. memang betul. pengalaman buat kita matang kan?.. =)


PROUDLY PRESENT~
ehehe
=p




[lagi, lagi dan lagi]

di tag oleh ramai. dan ini apa yang diringkaskan untuk semua lah yea. hee~ ain, yanti dan nadya.. ini dia jawapannya. ;p


1. Apakah hubungan awak dan dia?
mestilah kawan saya.. kamu ni!

2. 5 impressions terhadap dia?
1-baik.
2-nakal.
3-satu kepala dan banyak akal. hehe.
4-tak mampu untuk berfikir lagi. hee.
5-tak tahu. hee.


3.Perkara paling memorable yang dilakukan kat awak?
banyak la. saya je yg tak pernah buat untuk mereka. kn2? ;)

4.perkara paling memorable yang dia kata pada awak?
sygg kmu farah! waahh.. syg mereka2 juga. btl!

5. Kalau dia kekasih awak.. awak akan...?
mereka memang kekasih saya lah. hehe. saya akan? apa kamu tny ni. kamu ni!

6. Kalau dia jadi musuh awak.. awak akan..?
jauhkan la. saya syg mereka lah! ;) kamu ni!

7. Kalau dia kekasih awak.. dia perlu improve dlm..
xyah improve pape lah. da ok da tuh. just be the way u are kn my fren? hee.

8. Kalau dia musuh awak.. mungkin kerana
saya tidak menjadi diri saya sendiri. hmm..

9. overall impression ttg dia
sgt2 memahami.. thnx my dear2!

10.The most desirable thing to do to her /him
gelak2 sampai orang kata kami gila. nk x kwn2? ngee~

11. Apakah awak rasa tentang pandangan org terhadap awk?
saya? sengal btul la pompuan ni. i guess.. haha. mereka berhak. for me to noe is better, for u to tell is more better. kn2?.. =] jujur saja. saya tak kisah dan saya terbuka orgnya.. hee~

12. the character of you for yourself?
hatiku adalah watakku, akalku adalah pemain watakku. :)

13. On contrary, the character you hate about you
si pemendam perasaan yang sgt hebat!

14. The most ideal person you want to be with?
family bersama hidup kami yang dulu.

15. For people who like you, tell sumthing about them.
mungkin membuang masa kalian. btl. but n ofcz, i like u too!

saya juga tiada mood yang agak baik untuk mengetag org lain. its up! c(=

[again me..]

salam~

rabu. 1.54 pagi. 1 april 2009.

walau pedih mata saya untuk terus menatap laptop ini. saya gagahkan jua. semalam, 31 mac 2009, saya banyak menangis. dan saya teramat penat dengannya. sudah berkali2 mata ini dicuci. huh. membaca comment2 dari teman2 dan seniorku yang tidak jemu2 memberi semangat. sekali lagi farah? hmm.. saya sendiri tak tahu kenapa saya begini. ok. c'mon! bgn laa farah. teman2ku, TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA!

baik. saya terus bangun. waktu2 macam ni selalunya saya dah tidur sebab tak tahan menahan mata yang pedih. tapi hari pertama di purnama empat ini saya ambil keputusan untuk bertahan. dan hari ini, saya akan terus menulis, menulis dan terus menulis. mungkin sampai tangan saya tercabut. wow! hee. iye, saya gila?.. memang pun. i admit it. haha!
sambil menonton cerita jepun yang dicadangkan k.syeeda di youtube, mata saya terus segar melayannya. terima kasih k.syeeda! ;) rasa ingin tahu yang semakin mendalam tentang cerita tu buat saya terus stay up malam ni. huhu. dah lama rasanya tak begini kan.

oh ye, internet di rumah semakin tenat. dan saya tak tahu sampai bila saya dapat bertahan. mungkin sampai malam ni, esok, minggu ni, sebulan lagi. entah. dan saya hanya mengikut apa yang dirancang dan apa yang termampu. sory mum n my sis, saya ni selalu menyusahkan la! heyy! =( dan kerana itu jugalah saya akan terus menulis.

sekian.
*ada banyak lagi yang ingin diperkatakan. mungkin entri yang seterusnya. sila2lah baca yea. kerana saya kalau menulis tak boleh berhenti. dan hanya menulis untuk satu page adalah bukan saya. iye! hee.