Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Tuesday, April 28, 2009

[Nak Tak]

salam~

kehendak dan keinginan. tiba2 tercetus idea saya untuk menulis entry ini setelah selesai menonton Aqso dan Madina. patutnya semalam tapi terlambat. haha. nvm~ =] secara jujurnya, bagi diri saya sendiri teringin juga menjadi seperti Madina yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk orang disayangi. sehingga sanggup sacrifice rasa hati for the sake of kakak tersayang, Safira. can i be like that too?

ouhh... entry ini bukan untuk menyatakan rasa hati saya untuk sacrifice like what Madina did. saya bukan dalam situasi itu pun.. alhamdulillah.. ;) kehendak dan keinginan. sama kan. bukan mudah untuk kita memilih kedua2nya yang seakan sama. memang berbeza. kehendak orang sekeliling dan keinginan diri sendiri. for me, pandangan diri saya sendiri, memang kalau ikutkan hati dan saya percaya jauh di sudut jiwa raga semua orang sekalipun mahukan yang terbaik untuk orang sekeliling lagi2 orang yang sememangnya kita sayang dan kita hargai. dan kalau boleh kita mahu lakukan dan laksanakan setiap apa yang menjadi kehendak mereka atas dasar untuk melihat mereka sentiasa gembira dan puas melihat kita yang selalu menjaga hati orang lain. atau dengan kata mudahnya lah, kita mahu berjasa juga terhadap orang yang kita sayangi kan. however, macam mana pula dengan keinginan kita sendiri?.. kalau sentiasa mahu melihat orang yang disayangi gembira bagaimana pula dengan kegembiraan untuk diri kita sendiri?... kepuasan hidup yang mampu kita miliki dalam diri kita sendiri. atau kita mahu terus hidup memuaskan hati orang lain tanpa memikirkan rasa yang dikandung badan ini. dan terus-terusan mencuba senyum melihat mereka2 yang disayangi gembira walaupun hakikatnya sedang menangis di dalam. wah2, bukan main lagi kamu farah.. ;)



whatever it is, for me too.. cukup untuk membuat saya gembira dan senantiasa kelihatan senang menjalani hidup apabila saya melihat orang di sekitar saya juga terukir senyuman di wajah mereka. mungkin itu pengorbanan terbesar bagi-Nya dari insan kerdil seperti kita dalam usaha menjadi orang yang sangat2 berguna. =) tapi kadang2 kena juga fikirkan yang terbaik untuk diri. saya langsung tak berniat untuk membuat anda2 yang sudi membaca entry ini hidup mementingkan diri sendiri. bukan. sungguh bukan. :( like what i said, kembali seperti mula2 saya mula tadi, rasanya Madina itu memang sesuai dijadikan contoh. tepuk dada tanya selera.

sincerely; farah azieka nasir

Sunday, April 26, 2009

[say cheese...=)..]

salam.

ini misi pertama saya. berjumpa mereka yang memiliki secebis hati saya. alhamdulillah, semua sudah. selesai~ lega sedikit. walaupun banyak lagi misi yang hanya saya tahu belum lagi selesai. ouh, tidak mengapa. FARAH AZIEKA NASIR sekuat2nya akan terus pergi. tak kisahlah apa nak jadi. janji misi saya selesai. :)

entri ini bukan untuk saya berceloteh panjang tentang misi itu. haha. first, saya dah jumpa mereka. secara jujurnya, seronok sangat dan bersyukur. walaupun tak lama dan tak berapa nak puas. ALHAMDULILLAH. saya dah jumpa 'adik-beradik saya'. hanya mereka yang tahu. huhu.. saya dah jumpa crew2 saya. haha. hanya mereka juga yang tahu. saya dah jumpa 'dia'. ;) semuanyalah.

walaupun ada sesetengahnya yang saya rancang mengikut kepala saya termasuklah ditetang hebat dan ada juga yang tidak dirancang. selesai~ terima kasih kerana sudi melayan kerenah saya yang entah hape2 ni. dan mewarnai hidup saya dengan cantik sekali walaupun seketika. saya tak tahu bila lagi.



5o sen yg menjadi gelak tawa~ entah2.. ;P




to 'the one' ; itu yang last for jangka masa yang sangat2 panjang rasanya.. sebab misi saya dan the other things yang sangat serabut.. don't worry, take care.. 143.. :'(




mereka2, kawan baru.. haha.. semua, will be missing semua2... ;)


aihh, cek tak tau bila lagi dapat jumpa hangpa noh... hee..


kepada gadis bertudung biru itu ; dapat juga akhirnya bertemu kamu.. hehe.. jauh jalan ouh hari tu.. hek3.. thanks belanja! syg kmu!


oh ye, to the driver ; thanks laa for the 'kereta karat' ea... sangat berjasa jugalah.. haha..

lastly, yas~ thanks banyak2... sorry menyusahkan... kirim salam to aunty and uncle k.. luv ya!

gembira. seronok. terima kasih. tak mampu nak cerita panjang lagi. fullstop.


to farah azieka; gadis yang sangat kuat.. kn2?... doakan saya... huh.

[RESTORAN SAN FRANCISSCO]

salam..

HAHA. dah lama tak post yang baru.. belum cukup masa untuk menatap lappy ni untuk keluarkan entry yang baru.. ditambah lagi dengan misi yang perlu saya laksanakan dan rasanya telah lengkap.. HEHE..

first, mungkin post yang ni agak lambat. tapi tak pe lah. anda mahu baca lah, kalau2 rasa tak mahu, ah, lupakan saja.. ;)

dah berminggu rasanya saya tinggalkan kenangan tu kan. jujurnya, kini, setelah selesai misi saya, saya rindu balik!!! arghhh... saya nak pergi lagi. hehe.. RESTORAN SAN FRANCISSCO. haha.. restoran terakhir saya pergi semasa di Bandung. pengalaman yang paling saya rindu besides to shopping banyak2. hikhikhik... tahu kenapa? sambil menikmati murtabak special di restoran ini yang sangat sedap sekali, didendangkan pula dengan band yang suara vokalisnya sungguh menusuk kalbu. hee~ serius! saya tak tipu! kepada gadis2, percayalah, kalau kalian dengar suaranya seperti saya. oouuhh! mata takkan berkelip, mulut takkan tertutup. haha. hiperbola seyh~ hek3.. tapi betul. sangat sedap. lunak sangat suaranya. ngee~

sambil saya me-request lagu CINTA INI MEMBUNUHKU untuk dinyanyikan dan hanya mengupah dengan 5 ribu rupiah... ya allah, memang sungguh sudah jatuh hati. haha.. malangnya, ni malam terakhir.. hurmm:'(

ok sudah. cukup. saya tak nak cerita panjang2 nanti saya rindu lagi suaranya. ahaxx! hak3. ngada2 lah kamu ni! hoho..



hah, ni lah. huhu.. memang tak nampak. sje digelap2kan. hek3. yang main gitar tu.. sungguh sedap! waaawa... :p

Thursday, April 16, 2009

[the one]

maaf yea. entri ini telah dikhususkan. hee. agak peribadi. kepada siapa ehh?(; sepatutnya bukan di sini. tapi takpe lah. tertarik untuk di forward kepada kamu tapi sekian lama tidak mampu juga di-sent. adeyy. saya pun tak tahu kenapa. =(

kepada mereka; anda geli? lantak kamu lah. ini saya punya. tak payah baca!


dear God..
'the one' reading this is 'the one' who has take my heart
help him live his life to the fullest
promote him when he needs you the most and let him know that when he walks with you, he will always be safe
always create his face with smile
and don't let us apart
just a simple way to let 'the one' know that even the distance never consent us together
for me there will always,
L*** Y**
dear~

to S A Y A; yg tahu2 sajalah siapa kamu. iye, ini untuk kamu lah. ikhlas. sungguh. ;)

*walau agak segan tapi saya nak post juga. tak kira! frankly, saya sangat.... malu2! hee.. faham2 saja lah yea. terima kasih :)

[sekali lagi?]

salam~


again?
i'm crying tonite
aduhh
:'(
saya tak suka but dia keluar jgk

sambil text someone then i'm start crying
huh
boleh tak tolong hilangkan dari fikiran saya
susah sangat.
saya tak tahan. sungguh. pedih sangat rasanya. :(
saya dah penat nak nangis.
kepala saya sakit sangat.

to farah; berhenti. kuat plz? :)

Tuesday, April 14, 2009

[antara pilihan]


salam~

untuk entri kali ni saya langsung tidak berniat untuk terus menjadi seorang pencerita. sambung di lain kali saja. tajuk, antara pilihan. tertanya-tanya dalam fikiran. kenapa mesti rasa sedih? kenapa mesti rasa gembira? dua rasa yang berbeza. iye, mungkin satu positif dan satu negatif. adakah perlu untuk kita terus merasa dua rasa ini dalam melalui norma kehidupan yang sememangnya tak pernah adil bagi kita sebagai manusia. jawapannya bukan pada saya, cuma fikir dalam sedikit dan anda akan jumpa jalannya. saya percaya, sebagai manusia, apabila kita sudah mencapai satu tahap yang langsung akan membolehkan kita untuk terus membezakan antara baik dan buruk, dan di situ rasa ini akan terus bermain dan berlegar-legar di sekeliling kita. kepada yang pandai mengatasi dan mengawal, iye, bagus untuk anda menjalani hidup dengan penuh rasa walau sedikit pun tidak dipengaruhi olehnya. kepada yang gagal, huh, memang sukar bagi anda untuk menjalani hidup ini dengan sebaik-baiknya walaupun hakikatnya ianya tidaklah begitu teruk sebagaimana yang anda bayangkan. percayalah, anda telah dipengaruhi. bangun dan fikir dalam sedikit untuk anda mendapatkan jawapannya.

tulisan ini hanya sebagai perkongsian antara anda dan saya. insan kamil yang sedar siapa dirinya. dibandingkan dengan berjuta kisah kehidupan di luar sana, ini hanyalah secebis yang bermain di fikiran saya. secara jujurnya, kadang-kala saya sendiri gagal untuk mengawal dua rasa ini. dalam kehidupan, adalah amat penting untuk kita membuat pilihan untuk diri kita sendiri. tak ada yang lain dapat merasa apa yang kita rasa sebenar-benarnya. mereka hanya memahami. sometimes we must be hurt in order to grow, sometimes we must fail in order to know, sometimes we must lose in order to gain, because sometimes the best lessons we had in life are the best learned through pain. walau apa pun ia, kita hanya perlu percaya di sebalik semua rasa sedih tadi tersirat sebuah kemanisan yang hanya kita dapat merasa iaitu, kegembiraan.

in order to have the best lessons in our life, jangan pernah menghalang diri kita untuk merasai setiap rasa yang dikurniakan. timbang pilihan yang ada dengan seadil-adilnya untuk kita mendapatkan sebuah kehidupan yang penuh dengan corak menarik di dalamnya. ;)

[penghargaan]

salam, got award again.. hek3. thnx to my dearest them! hee;)



award rules
1. 1st insert this badge or the pic above to inform u have been awarded
2. Make sure u take the pic n said it is from
3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.
4. You should choose 5 other blogger (easier the ones who follow you) and tell their names in your blog
5. Don't forget to go to their blog and tell them they have been tagged !!!

~ award from yanti and ain and iznul. thnx kalian! hee(;

~ 10 facts bout me?.. hmm..
  • easy to laugh. hah?.. haha! there! hee.
  • sengal! ;]
  • sensitif ;(
  • suka crying sorang2. adeyy..
  • tersirat
  • pemendam rasa. huh.
  • susah orgny.. hee
  • better 4 me to senyap dr trs berkata2 for certain reason
  • like to see ppl. =)
  • saya farah azieka.....
can i skip number 4 and 5. don't have a really gud mood rite now. ok?.. hee. thnx! =]

Saturday, April 11, 2009

[the award goes to.....]


award given from nurulain abd.razak
i love you too lah dear=)
thank you so much3!
hehe
;)

[ini dia...]

upload satu gambar kegemaran anda. kenapa anda suke gambar ini?



iye, ini saya. bersama budak kecil ini. haha. iklan gigi!! muahahaha. comel tak kami?.. kui3..
perasan! hakhakhak. ok fine~ act tak tau nak letak gambar apa dah. yang ni pun jadilah. hohoh.

Bila kali terakhir mkn pizza?

urm, baru je. delivery kat rumah. yesterday kot or kelmarin. hehe.

Lagu terakhir yg anda dengar?

wannabe

Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?

dengar lagu, bau mak saya masak (sedap sungguh!) haha

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?

hmm ",
ikut kamu lah.. aiman tak kisah~ haha.

Tag lagi 6 org *

yanti
ieda
k.syeeda
k.farah
nad
ain! hakhak. dia tag saya, saya tag dye balik. sengal kan. hahaha.

Siapa no 1 pada anda;

my sengal2 buddy! hoho..

Org no 3 ada hubungan dgn sape?

owhh, saya tw2! haha. org Moscow yang di sayangi kan? btl tak k.syeeda? hik3.

Kata sesuatu berkenaan org no 5;

nad, cepatlah update blog kamu.. sama je dari hari tu. huhu.

Bagaimana org no 4?

sis yang baik! hehe. cute2 ;)

Siapa org no 2?

meon's ehemm! hakhak

Bagi pesanan pd org no 6

rindu kamu! saya tag kamu balik. padan muka! hakhak. takde2 tak payah jawab dah. hee

Friday, April 10, 2009

[S A Y A dan destinasi 4....kawah putih]

salam~

kawah yang warna dye putih.. haha. apa saya merepek ni. hee. kisah ini disambung untuk hari kedua saya di sana. hari yang paling banyak kami shopping. wawawawa! hakhakhak.
bangun pagi gosok gigi. hikhikhik. merepek lagi. huhuh. =P then terus pergi KAWAH PUTIH. tempatnya jauh tapi terlalu cantik. sejuk mata memandang. huhuhu. hah, tgk ni. ;)

gila bergambar. hahaha.
bekas gunung berapi.
airnya air blerang.
saya suka yang ini. hee :)
boleh mandi tapi kedalamannya tak dapat dikenal pasti. hee.

sungguh indah kawasannya. sejuk, bagai sebuah kawasan tinggal dengan pokok2 yang hanya tinggal ranting2nya sahaja namun tetap cantik. ciptaan Tuhan~ ;) yang menariknya di sini, terdapat sebuah kawasan jualan. ada stall kecil yang mungkin dibuat dari buluh. kot. hee. tak de jual makanan berat, menunya cuma jagung bakar yang ada perisa pedasnya kalau mahu dan teh botol dan junk food! haha. oh ye, start kami berjalan di sini, driver kami sudah bertukar orang. namanya, Tery. haa, kali ni seorang muda yang masih gagah namun sedikit pemalu. haha. betul. cakap pun perlahan je. sopan. hikhikhik. hotel juga kami pindah, tak duduk di Grand Serela lagi, kali ini di Vue Palace. hmm.. better! hakhakhak.


ni lah stall nya. kecil dan rasanya tak kukuh sgt kot. haha. hanya air panas yang disediakan. hee.

dan ini, abaikan model gambar ini. penjual jagung tu macam tak mandi kan?.. hoho. =p


hari terakhir di Grand Serela.

ok. cukup di situ. kami pulang dan mula ber-SHOPPING!!. haha. seronok! muahaha. mula2 di factory outlet Secret. sangat cantik kawasannya dan kemudian di Rumah Mode. juga menarik tempatnya. huhu. dihitung kira jumlah baju yang dibeli ada la dalam 15 ++. hakhakhak. farah... farah.. memang gila.. hoho..

yang paling best sekali di sana, kalian akan rasa ibarat insan kaya yang memiliki banyak wang ringgit. hua3. betul. belanja di factory outlet bagai belanja di butik2 mewah dan berjenama kalau di Malaysia. haha. so, boleh la perasan2 sikit kat sana walau hakikatnya bukan. hikhik. no wonder duit kita kan lagi besar dari mereka. hahaha!




di Rumah Mode

dan ini di Secret

Thursday, April 9, 2009

[wOw =)]

salam~

lepas mengintip blog my dearest senior dulu, k.syeeda. suka sekejap. hikhikhik. ;) thanx k.syeeda. tak sangka tersenarai juga dalam 10 pertama yang bertuah. hehe. i love your blog too! =]

dan saya juga teringin nak menyenaraikan 10 jugalah yang pertama bertuah. hee. ;)

1. k.syeeda
2.nadya izzaty
3.yanti
4.ain
5.naddia
6.k.farah
7.iznul
8.fadhil
9.mya
10.muhd.aqif haikal(wujud?.. haha)

yang tidak disebut tu bukan saya lupa cuma anda memang tak de blog kan. hek3. =P

[S A Y A dan destinasi 3....kedai muzik]

salam~

kita sambung cerita yea adik2?.. haha. alat perhubungan dah dapat. penat berkali2 ganda juga dah rasa. tekak yang kehausan juga makin kering. perut juga sudah menyanyi lagu2 enak. ehehe. tunggu Pak Wahyu untuk membawa Mercedes Benz kami *padahal Suzuki APV je. ahaxx! hoho. dan kami terus pergi makan dan biasalah juadah di sana sama ada nasi padang mahupun nasi sunda. hurmm. boringg! hahak. jk laa~ hee. sedap2. ngee~

selesai makan. SHOPPING!!! hua3. saya ulang SHOPPING!!! muahaha. the bestiest part lah. hek3. oh ye, factory outlet pertama, Grande. pergi bahagian jeans, ya allah murahnya. ;) pergi tempat baju, argghhhh!!! lawanya. ;) dan apa lagi, semua lawa. semua murah. waaaaaa! huhuhu. i'm not farah azieka anymore kalau diberi peluang shopping ok. hikhikhik. i'm the big spender! hakhakahak. =P memandangkan baru hari pertama dan mengikut rujukan iaitu mak kami. hehe. ada banyak lagi factory outlet yang akan dikunjungi. haha. ok, tak pe tahan2. ada banyak lagi kan.. hee. hasilnya, hari pertama, di Grande, satu baju dan satu jeans. tak pe. tak pe. hari pertama kan.. haha. ada la dalam du tiga jam dalam tempat tuh baru keluar. kejap je kan?.. huu. and believe that lelaki2 sekalian~ perempuan memang begitu. jangan tipu saya anda gadis2 kalau kalian tak minat SHOPPING. haha.

badan dah tak larat. perut lapar kembali. dah malam, mana taknya. hee. terlihat sebuah kedai muzik di seberang jalan. hmm.. dan abah. seboleh2 nak suruh diberhentikan time tu jugak. sabar~ kena pusing dulu. huhu. di kedai muzik, biasalah takkan kat kedai muzik ada jual haiwan pulak kan. dan misi kami adalah untuk mencari gitar Fenders, yang murah agak2 berpatutan la dan tidak menjejaskan saving shopping kami, untuk abah. haha. iye, memang itu hobi bapaku ini, petang2 rumahku ibarat studio. bergema bunyi gitar yang sangat kuat ibarat kami saja yang tinggal di kawasan perumahan tu. bukan salah saya yea. abah saya! huu. sekumpulan mamat2 indon tengah test2 gitar mereka, dengan seorang vokalis, tak handsome tapi suaranya sedap. sedap. betul. huu. dan kami yang tiada kaitan hanya mendengar dan menjadi semakin gila tanpa melakukan apa2. haha. dan ini hasilnya. sementara abah test2 gitar2 yang dia berkenan. murah2 saja yea abah, nanti habis duit nak shopping pulak. muahaha. =p






haha. dan saya terus terusan berjalan sana sini dalam kedai tu, ambil webcam rakam walaupun benda2 yang tak patut dirakam. lama sangat abah menge-testnya. saya pun test2 jugalah, ketuk2 drum yang ada, petik2 gitar yang ada. huhuhuh. kalau pergi shopping pun sempat lagi ni. haha. *tak habis2 kamu ni farah. like i care! haha. =P dan abah bangun, finally! abah saya beli atau tidak?.. hmmm.... TIDAK! aduyai~ penat je lor. ok, fine. kita tengok kedai lain. huh. heyy. haha.
tak larat dah, pergi makan dan kembali ke hotel. serious, tiap2 malam di sana saya tidur mampus. tak sedar apa2. hohoho. rehat~

*urm, bukan tak nak beli gitar neh kat Malaysia cuma... rupiah dengan ringgit mana lagi murah?.. hehe.

enuf till here. =]

Tuesday, April 7, 2009

[S A Y A dan destinasi 3....orang tak tahu malu]

salam~

sengaja saya tak letakkan di entry yang lepas sebab dah panjang sangat. perlu ke saya kongsi cerita yang ini dengan kalian yea? hmm... tak pe lah, apa yang penting saya letakkan diri saya sebagai seorang pencerita yang mengisahkan setiap pengalaman yang dilalui untuk setiap detik. urm, jangan fikir lain pula yea. cuma mahu berkongsi rasa malu dan entah lah... heyy! nasib bukan di negara sendiri, kalau tak... hurmmm... tak tahu malu! haha.. kalian tak tahu kan kenapa saya macam ni?.. hee~ ok2, start.

dalam perjalanan pulang semula ke hotel, kami jalanlah macam biasa. jumpa orang sana kami senyum. :) sengaja nak tunjuk yang orang Malaysia ni memang suka senyum. ehehe.. ;) manis tak saya senyum?.. muahaha.. =P

jalan, jalan dan teruskan berjalan. sampai di sebuah traffic light, kami lintas jalan di situ. dan di situ jugalah ada sebuah bangunan warna putih yang saya sendiri tak tahu apa tempatnya. kerana dah terlalu penat, apa yang ada dalam fikiran waktu tu adalah untuk cepat sampai dan pergi makan! ok. hee. *saya memang kalau dah lapar tak fikir apa dah. peduli apa saya! haha. dalam perjalanan. huh. ni yang tak best nak cerita ni. aduhh.. di depan sana kami ternampak seorang lelaki yang sedang berdiri memandang bangunan tu. ingatkan dia tengah buat apa, dah semakin dekat dengannya saya semakin musykil. huu. anda tahu kenapa? sebab semakin dekat saya dengan dia semakin pelik keadaannya tatkala berdiri mengadap bangunan tu. dan akhirnya sampai. dan kami akan jalan berlalu di belakangnya sebentar lagi. * "adik, kau nampak tak laki tu tengah buat apa?", akak. " nampak tapi dia buat apa ha.. macam...?", saya. dan kami ketawa.

ya allah... kalian tahu tak dia tengah buat apa? heyy.. boleh pulak berhentikan van yang dipandunya sekejap kat tepi bangunan tu, terus pergi ke longkang yang juga di tepi bangunan tu, beridiri mengadap bangunan, dan...? buang air dekat longkang di tepi bangunan dan di sebelah jalan yang menjadi laluan orang ramai.! omg! sama ada dia yang tak de akal atau memang tidak di anugerahkan akal untuk fikir baik dan buruk?. boleh tak jawab soalan ni untuk saya. aduyai... dia ingat jalan tu dia sorang je ke yang lalu. ramai lagi kan. iye, saya tak kisah kalau memang orang di sana dah biasa dengan keadaan yang begitu tapi saya juga yang akan lalu di belakangnya dan terus nampak apa yang dia cuba lakukan walaupun memang saya tak pernah teringin untuk melihatnya? hello???..

takkan la tak de rasa malu langsung. budak kecil yang baru pulang sekolah pun melalui jalan tu, dan apa kata mereka kalau lihat situasi begitu. ;( remaja yang baru kaluar kelas juga melaluinya, ibu bapa juga melalui jalan tu, orang yang bekerja juga melalui jalan tu, dan even saya pelancong pun melalui jalan tu juga. so? kalau budak kecil yang mungkin baru berusia 4 hingga 5 tahun untuk berbuat sedemikian rupa pun saya boleh terima lagi kerana mereka masih kecil. ini, insan tua yang boleh saya anggarkan dalam lingkungan 40-an. atau dia memang orang gila? tapi... orang gila boleh bawa van? hmm.... ",

apa pun, itulah saya cakap baru hari pertama berjalan untuk mencari kartu dah macam2 saya dapat. haha. saya apa lagi, dah la tengah penat berjalan jauh, lapar pulak tu, dan manusia tadi lagi menspoilt keadaan saya bila melihatnya. hmm.. mulut saya tak habis2 lah terkumat-kamit sampai tiba di hotel. haha. tu semua dia punya pasal! hak3.

urm, saya cuma nak cakap. jangan tunjuk saya lagi situasi itu yea. saya yang rasa malu, bukan dia. saya yang kecewa, bukan dia. dan saya yang geli, bukan dia! yakss! kerana masih wujud lagi manusia yang tiada fikiran begitu kan.

attention!~ attention!~
rakyat Malaysia semua, jangan buat begitu yea. saya merayu... hee. kita semua bijakkan? tak macam dia! ;)

dan saya. tak nak panjang lagi berkata2. kerana, untuk meluahkan semua rasa tidak puas hati saya ni rasanya tak mampu untuk dijadikan sebagai sebuah penulisan. cukup di situ. dan akan di sambung cerita lain~ =]

Sunday, April 5, 2009

[S A Y A dan destinasi 2... kartu..]

baik. sekarang saya akan mula semula. hee.

urm, saya dah cakap saya dah sampai ke? ok, dah. ngee. urm, dah sampai di bandara kami terus berjalan keluar. sungguh kecil bandaranya di bandung. untuk mengambil beg, perlu tunggu nama disebut satu2 sehingga selesai beg kita dikeluarkan. huh. penat. penat. selesai ambil beg, kami tak tahu nak ke mana. maklumlah, ini percutian kami sendiri. tak ikut mana2 pekej pelancongan. so, kami jalan keluar bandara. ambil teksi dan terus ke hotel. nama pakcik teksi tuh, pak wahyu. seorang tua yang masih memerah keringat membanting tulang untuk mendapatkan secebis rezeki. :)

dan kami terus ke hotel. grand serella. lawa, cantik tapi biliknya sedikit tidak memuaskan kami. biliknya dua tingkat, masuk pintu bilik, ada dua katil single, then ada satu tangga untuk ke tingkat atas, naik... dan di atas ada satu queen bed dan sebuah tv. hah. boleh bayangkan tak kawan2? haha. tak best kan. memang biliknya lain dari yang lain tapi sungguh tak selesa. tiba malam saya terbayang cerita pontianak harum sundal malam. pontianak yang menjalar di dinding dari atas ke bawah. huh. tak takut ke?.. haha. merepek kan? hee.
sementara mak dan abah kemas2 barang, untuk kami berhubung dengan masyarakat di sana teramat la susah. phone ada tapi sim cardnya nak letak apa. haha. saya sekali lagi dengan akak and abg man keluar. beranikan diri berjalan di negara orang dengan sendirinya untuk mencari kartu. kartu di sana dijual di tepi2 jalan, ada stall kecil yang khas menjual topup kartunya itu.

tiba di stall kartu pertama, ada tiga lelaki kat stall tu,
kami : ermm, kartunya ada jual enggak?
mereka : kartunya ada embak, tapi yang perdananya enggak ada.
*huh. kami mula keliru. apa beza perdana dengan yang biasa yea?.. haha. oh ye, kami memang tahu sim card di sana dipanggil kartu. dah belajar sikit2 bahasa mereka sebelum ke sana. ahaxx! haha.
kami : di mana ada ya mas?
*wah2, dah macam apa je berkata2 yea. haha. bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu.... urm, apa ye? tiba2 lupa. haha. so, ikut pepatah ni kena la kita ikut cara mereka bila berada kat tempat orang kan. ;)
mereka : oh, bisa jalan lagi embak. depan sana ya ada satu. mungkin di sana ada.
kami : terima kasih ya mas. senyum! =)

dan kami terus berjalan. sampai di stall kedua,
kami : kartunya ada enggak?
di sini hanya ada seorang lelaki. hehe.
dia : yang perdana ya embak?
kami : iya2.
dia : oh, enggak ada sih. yang biasanya ada.
kami : di mana ada lagi ya mas?
dia : bisa jalan lagi. di depan ada lagi embak.

dan kami mulai penat. sama ada mereka saja mahu mendera kami atau memang mereka tak de. haha. sabar. sabar. untuk mengaktifkan perhubungan kami di sana, gagahkan jualah kaki ni mencari kartu. haha.

jumpa lagi stall di hadapan, harap2 la yang ni ada. dah letih sungguh ni. haha.

stall ketiga, ada tiga mamat juga di situ.
kami : ada kartu enggak? yang perdana?
mereka : mau yang mana embak?
kami : XL ada?
mereka : iya, ada2. bentar ya.
*huh, alhamdulillah~

finally, kami dapat! hmm.. baru sampai dah kena berjalan beribu batu untuk mencari kartu. huh. tapi takpe. pengalaman. biasalah kan penat. tapi seronok. ;) kami lintas jalan sendiri, kami bercakap dengan mereka, kami senyum, dan kami lihat mereka. kami di negara orang. =] dan kami jalan semula untuk pulang ke hotel. terlihat sebuah restoran KFC di tepi jalan tu. ya allah... memang sungguh lapar ditambah penat. wahhh, sedapnya. tunggu. tunggu mak dengan abah. hee. maklumlah makan waktu breakfast tadi je masa kat LCCT tadi. tu pun kat Malaysia tadi. sekarang dah pukul 2 lebih. mana taknya kan? haha.


*kartu perdana-simcard la, kartu yang biasa-topup


ok dah cukup panjang. saya sambung lagi nanti. ;)

Saturday, April 4, 2009

[~ok~]

ok. apa kata saya stop kejap dengan cerita dan kisah saya. jawab tag kejap yea. sory lambat nadya. hee~

5 things in my wallet:
  • i/c(muka saya tak macam pendatang kan?.. ngee~)
  • duit(kadang2.. adeyy!)
  • kad2 yang entah ape2(sengaja disimpan.. wat sampah. huu..)
  • bank card(no money no talk meh.. hee~;))
  • gambar =]

5 favourite things in my bedroom:
  • place where i lay my back(katil laa! hehe..)
  • bantal busuk!(seyes busuk gler! tapi besh.. oops!) =p
  • bear2=)
  • cadar oren tuu..(fav colour lor.. hehe)
  • cermin panjang(place where saya selalu menjadi perasan.. ahaxx!)

5 things I wish to do :
  • sumthing lighten my future.. hurmm..
  • panjat bukit jerit kuat2!(bukit mn nak pergi ek? hee~)
  • create a book full of my karya2(wah2, perasan la tu.. adoii!)
  • belajar bahasa(the most i want, belah2 negara matahari terbit la. btw, tak ksh. nak jadi cam mahathir lokman boleh?) =]
  • meet sumone yg dah lama dicari(di mana kamu?.. heyy..)

5 things I’m doing now :
  • duduk di meja makan(on9 laa)
  • typing
  • garu sana sini.. aduhh..
  • lap mata yang dah bertakung air(adeyy, bila nak baik neh..) ;(
  • pandang kiri pandang kanan(saya sorang2!!)

5 people I would like to tag:

  • muhammad aqif haikal.. wujudkah dia?.. apa kamu merepek ni??? entah. ",


*saya menjadi semakin gila mlm2 begini.. =(

Thursday, April 2, 2009

[S A Y A dan destinasi 1]


salam~

iye, saya sudah tiba di sana. Alhamdulillah;] honestly, saat kaki terjejak di bandara, rasa sungguh rasa. yeay! saya dah jauh dari mereka. saya dah bebas dari mereka. senang, aman. dan saat itu juga, saya terus ambil phone pergi ke profile dan tekan offline! yes. saya hanya mahu bersama diri saya sekarang. ok, cukup.

sebelum apa2, masa dalam flight. kami menaiki flight AirAsia Indonesia. saya duduk kat sebelah akak dengan abg man. abah duduk kat depan, mak duduk sebelah sana lagi. ei, kenapa la org AirAsia ni bagi kitorang duduk jauh2! huh. tapi tak pe. janji kami sampai. hehe. kat sebelah kiri mak ada seorang lelaki. waahhh.. jejaka nampaknya. kenapa bukan saya yang duduk kat situ yea. haha! gatal! =p muka, boleh tahan. lagak dye macam ada class. muahaha. apa la kamu ni farah. iye, saya tahu mak saya takkan dapat duduk senyap saja di situ. mak mulakan perbualan. saya kurang dengar laa. tapi takpe. hehe. saya dengar juga. betul. memang betul tekaan saya. haha. lelaki itu seorang pramugari! kui3.. ptt laa.

lelaki itu : " tgh cuti sekarang, tu yang pergi bandung tu"
mak : " urm, pergi sorang2 je ke?"
lelaki itu : " eh tak la, ada kawan saya lagi sorang kat depan tu."

saya dengar je dye cakap macam tu. dlm hati, mana? mana? eh, cepatla cakap mana satu kawan kamu tu.. haha! finally, saya nampak. =) muka lagi boleh tahan dari dia la. haha! ok enuf! oh ye, lp nk ckp. yang lagi sorang ni philipines laa.. macam jericho rozales gitu. tapi dat guy lagi hot laa. haha! *btul ke ejaannya tuh.. entah! ehehe..

itu di sebelah kiri, di sebelah kanan pula lain ceritanya. ehehe.. seorang gadis. nampak macam sebaya dengan saya je. hee~ mak saya mulakan perbualan lagi sekali. tak payah la letak dialognya yea, saya pun dah tak ingat. huhu. apa yang saya dengar, gadis itu masih seorang pelajar. hee. terbang ke bandung buat seketika untuk mengambil exam. belajar dekat Malaysia tapi ambil exam dekat Indonesia. apa, dekat Malaysia tak boleh ambil exam ke??.. owhh.. katanya, dye tak dapat ikut pembelajaran di Malaysia so, takut tak pass kalau ambil kat Malaysia. boleh plak yea macam tuh. wtever it is, i'm proud to be Malaysian. sedikit bangga di situ. haha. oh ye, cakap punya cakap rupanya dye juga anak seorang juruterbang. hurmm, patut laa senang2 saje terbang ke sana sini. mesti selesa hidupnya kan. :)

*bandara-airport

Wednesday, April 1, 2009

[S A Y A dan pengalaman]




salam~

waktu pagi. 4.00 a.m. saya tak tidur malam tu. hanya menunggu waktu untuk bersiap dan bertolak. 3.00 a.m. bangun dari sofa, kejut mak, abah dengan ayu. haduihh..

naik kereta pakcik mail. terima kasih kerana sanggup hantar kami walau pg2 buta begitu. saya tahu mengganggu tidurnya kan. haha. tiba di LCCT. stand for wat hah?.. saya tak ingat laa. pg2 mcm ni LCCT ni dah ramai orang. tak sabarnya rasa untuk saya bertolak. saya nak keluar. saya tak nak berada di sini buat sementara waktu. serabut sangat rasanya. :(

flight lambat lagi. ok fine, kami pergi breakfast dulu. amik2 pic sikit dengan muka yang baru bangun tidur tu. haha. excited! tak sabar! bawa saya jauh dari sini cepatt!!!!!plzz?.. huh.

erm, di LCCT, melihat golongan2 tertentu berjalan megah dengan uniform mereka. siapa?.. hmm.. hee. melihat lelaki2 berbaju oren tekun bekerja. mereka seperti sangat gembira dengan kerja yang dilaksanakan. kalian kenal siapa mereka? orang angkat beg tu la, yang tolong letak beg kita kat kargo tu.. saya nak bersama2 join sembang2 mereka yang gembira itu boleh? sebab saya penat merasa sedih. hurmm... melihat juruterbang2 itu berlalu. waaahhhh, seronoknya jadi mereka. tapi risikonya tinggi. melihat pramugari2 itu berlalu. urmm, saya nak ikut boleh?.. hee. lawanya kamu ni. :) dan kemudian melihat pramugara2 itu berlalu. handsome. itu yang pertama terluah di hati. oops, bukan di mulut yea. nanti mereka perasan.haha!

lalu terus terlintas. kalau saya jadi juruterbang tu?.. hmm.. kalau saya jadi pramugari tu?.. hmm.. kadang2 teringin juga. boleh terbang ke banyak tempat. wahhh.. saya suka. =] bawalah daku pergi~ dari derita ini~ *tiba2 teringat lagu tu.

[S A Y A dan mula]


dan perjalanan kami bermula di sini~
salam~

pengalaman saya akan bermula di sini. hanya untuk berkongsi kerana saya belajar banyak darinya. memang betul. pengalaman buat kita matang kan?.. =)


PROUDLY PRESENT~
ehehe
=p




[lagi, lagi dan lagi]

di tag oleh ramai. dan ini apa yang diringkaskan untuk semua lah yea. hee~ ain, yanti dan nadya.. ini dia jawapannya. ;p


1. Apakah hubungan awak dan dia?
mestilah kawan saya.. kamu ni!

2. 5 impressions terhadap dia?
1-baik.
2-nakal.
3-satu kepala dan banyak akal. hehe.
4-tak mampu untuk berfikir lagi. hee.
5-tak tahu. hee.


3.Perkara paling memorable yang dilakukan kat awak?
banyak la. saya je yg tak pernah buat untuk mereka. kn2? ;)

4.perkara paling memorable yang dia kata pada awak?
sygg kmu farah! waahh.. syg mereka2 juga. btl!

5. Kalau dia kekasih awak.. awak akan...?
mereka memang kekasih saya lah. hehe. saya akan? apa kamu tny ni. kamu ni!

6. Kalau dia jadi musuh awak.. awak akan..?
jauhkan la. saya syg mereka lah! ;) kamu ni!

7. Kalau dia kekasih awak.. dia perlu improve dlm..
xyah improve pape lah. da ok da tuh. just be the way u are kn my fren? hee.

8. Kalau dia musuh awak.. mungkin kerana
saya tidak menjadi diri saya sendiri. hmm..

9. overall impression ttg dia
sgt2 memahami.. thnx my dear2!

10.The most desirable thing to do to her /him
gelak2 sampai orang kata kami gila. nk x kwn2? ngee~

11. Apakah awak rasa tentang pandangan org terhadap awk?
saya? sengal btul la pompuan ni. i guess.. haha. mereka berhak. for me to noe is better, for u to tell is more better. kn2?.. =] jujur saja. saya tak kisah dan saya terbuka orgnya.. hee~

12. the character of you for yourself?
hatiku adalah watakku, akalku adalah pemain watakku. :)

13. On contrary, the character you hate about you
si pemendam perasaan yang sgt hebat!

14. The most ideal person you want to be with?
family bersama hidup kami yang dulu.

15. For people who like you, tell sumthing about them.
mungkin membuang masa kalian. btl. but n ofcz, i like u too!

saya juga tiada mood yang agak baik untuk mengetag org lain. its up! c(=

[again me..]

salam~

rabu. 1.54 pagi. 1 april 2009.

walau pedih mata saya untuk terus menatap laptop ini. saya gagahkan jua. semalam, 31 mac 2009, saya banyak menangis. dan saya teramat penat dengannya. sudah berkali2 mata ini dicuci. huh. membaca comment2 dari teman2 dan seniorku yang tidak jemu2 memberi semangat. sekali lagi farah? hmm.. saya sendiri tak tahu kenapa saya begini. ok. c'mon! bgn laa farah. teman2ku, TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA!

baik. saya terus bangun. waktu2 macam ni selalunya saya dah tidur sebab tak tahan menahan mata yang pedih. tapi hari pertama di purnama empat ini saya ambil keputusan untuk bertahan. dan hari ini, saya akan terus menulis, menulis dan terus menulis. mungkin sampai tangan saya tercabut. wow! hee. iye, saya gila?.. memang pun. i admit it. haha!
sambil menonton cerita jepun yang dicadangkan k.syeeda di youtube, mata saya terus segar melayannya. terima kasih k.syeeda! ;) rasa ingin tahu yang semakin mendalam tentang cerita tu buat saya terus stay up malam ni. huhu. dah lama rasanya tak begini kan.

oh ye, internet di rumah semakin tenat. dan saya tak tahu sampai bila saya dapat bertahan. mungkin sampai malam ni, esok, minggu ni, sebulan lagi. entah. dan saya hanya mengikut apa yang dirancang dan apa yang termampu. sory mum n my sis, saya ni selalu menyusahkan la! heyy! =( dan kerana itu jugalah saya akan terus menulis.

sekian.
*ada banyak lagi yang ingin diperkatakan. mungkin entri yang seterusnya. sila2lah baca yea. kerana saya kalau menulis tak boleh berhenti. dan hanya menulis untuk satu page adalah bukan saya. iye! hee.