Satu hari satu malam Dia berjalan dia berhenti Dia bertanya kenapa dan mengapa Dengan jawapan Tapi Kerana Dia Cipta

Wednesday, December 30, 2009

[kisah seorang gadis dengan labu-labunya]

salam~

AMARAN! ini adalah entry khas dan terakhir yang akan dipost oleh saya untuk 2009! (gempak nak lebih lah kau farah. who cares~ HAHA)

like i said, farah azieka's 2009 mission has successfully completed! hoorey, hoorey, hoorey ;D yes, this is 2010 opening entries. ;) i am going to tell you guys what i've gain in this wonderful year. dan rasanya 2009 telah mencoretkan berjuta warna dalam hidup saya. tahun yang paling banyak pengalaman saya peroleh, suka duka yang saya tempuhi and whatsoever. ohh dan juga tahun paling banyak saya menangis dan ketawa. seriously guys... ;) in fact, saya memang seorang yang sensitif dan berhati lembut lemah gemalai. cewahh! ssshhhh! hahaha.

JANUARY 2009; saya lalui dalam keadaan yang sangat membosankan. january! birthday saya! heyheyhey... (gedik!) menunggu dan terus menunggu for the result to came out. ohh dan di bulan bulan ini jugalah saya banyak menerokai dunia maya ini. kasihan... haha. but now, saya sudah celik IT okay. wekk! ;p

FEBRUARY 2009; bulan yang penuh bala all i can say. ulang alik ke hospital menemani abah yang tak sembuh sembuh penyakitnya. dan kami terus buntu. until one day, abah dibawa pulang ke kampung. berubat di kampung. realitinya, memang sesuatu yang di luar jangkaan. bertubi- tubi masalah datang. dan pada ketika ini juga, melihat kakak dan emak yang sangat saya sayangi mengharung dengan penuh tabah, they give me the spirit which i know jauh di sudut hati itu they are all suffered. can i cry again now? ohh tidak sama sekali... :)

MARCH 2009; saya memperoleh apa yang saya tunggu. dan di sini, air mata terus menjadi air mata. air mata untuk apa yang terjadi dalam hidup saya sebelum itu ditambah dengan kegagalan yang diperoleh. juga... bukan setakat air mata ini yang mengalir tetapi mereka. mereka yang sangat saya perlukan dalam hidup. ;( what else can i do? pandai buat pandai tanggung. yes, that is my fault. kesalahan yang paling hitam rasanya pernah saya laksanakan dengan jaya sekali. sesuatu which i know i can get better than that dan saya mampu but i am a loser guys! blame it on me... padan lah muka kau farah. sudah terhantuk baru terngadah. uihh, peribahasa yang sangat menyindir saya okay. HAHA. enough di situ.

BANDUNG here i come! tempat pelarian yang berjaya saya takluki untuk memulihkan segala-galanya. saya jatuh dan saya bangun di sini. tempat yang saya peroleh berjuta pengalaman darinya. tempat saya menginsafi dan muhasabah diri ini. ;p tempat saya melihat mereka terus menari dan tertawa walau beribu kekusutan dan kegagalan yang mereka alami. tempat saya peroleh inspirasi untuk bangkit dan mencipta azam juga misi yang baru. tempat saya bersama mereka yang telah saya kecewakan namun masih tetap diterima. dan pada waktu ini jugalah saya lari dari mereka. kerana saya perlu mencari sesuatu yang baru untuk kehidupan saya, sesuatu yang masih tertinggal dalam diri saya... tapi saya tetap sayang mereka! takkan pernah pudar... :)

APRIL 2009; pulang dalam keadan sedikit membina. tak banyak yang mampu saya cerita dalam bulan ini. masih dalam usaha peubahan diri.

MAY 2009; kekecewaan sekali lagi saya alami. kerana result yang saya peroleh sangatsangat lahh 'membanggakan' ini lah padahnya. itu tak dapat ini melepas. melihat mereka mereka yang lain terus memasuki institusi- institusi yang mereka idam-idamkan, jauh di dalam hati ini sangatsangat cemburu dan pedih. but they deserve to have it... ;) dan semua itu hanyalah harapan. sampai pada suatu hari, akhirnya. melaka bandaray bersejarah. alhamdulillah...

JUN 2009; 27 jun 2009
tarikh keramat bertemu bandaraya bersejarah. dan di sini jugalah akan saya tabur janji janji dan misi misi yang telah saya rancang dengan rapi sekali. no one else akan saya benarkan mengganggu hidup yang saya miliki. misi utama di sini adalah live life to the fullest. buat apa yang saya inginkan. i am a new me here! buku lama saya tutup!

JULAI 2009; pembelajaran seperti biasa. agak dapat diterima. alhadulillah... thank Allah for giving me those chances which i know saya bukan lah sepatutnya yang layak. but saya tetap bersyukur... amin, amin ya rabbal alamin... :) kawan-kawan? yang baru! mereka yang takkan saya benarkan mengetahui walau secbis kehidupan silam yang saya miliki dulu. kehidupan yang penuh dengan tangisan. no, no and no...mereka hanya akan mengenal farah azieka yang baru!

OGOS 2009, SEPTEMBER 2009 dan OKTOBER 2009; tidak banyak juga untuk bulan bulan ini. hanya menjalani kehidupan seperti biasa melaksanakan misi sebagaimana yang dirancang. ;) dalam pada merancang saya telah diberi ilham yang sangat mendalam. seorang penulis yang telah menghasilkan sebuah tulisan yang memberi sejuta inspirasi... tak tipu! sangatsangat seronok membacanya... dan kerana itu jugalah saya berjaya menghabiskan bacaan dua buah buku tulisannya yang boleh saya katakan sangat membanggakan diri ini. hakikatnya, farah memang liat bab bab membaca dan kalau satu buku sekalipun mahu dua tiga bulan baru dihabiskannya tak pun dibiar terbengkalai begitu sahaja lagi lagi dalam bahasa inggeris. HAHA. pity me...

NOVEMBER 2009; peperiksaan akhir semester satu! dan di sini saya tahu bermula misi besar pertama yang akan saya buktikan. buat sehabis baik farah azieka! ouyeahhh! hehek. chopp! bulan ini jugalah, latihan intensif bakal komander yang saya lalui. gatal sangat nak ikut kan. tapi saya puas! pangalaman ;)) dan akhirnya berjaya menjawat pangkat tersebut! alhamdulillah...

DISEMBER 2009; cuti, cuti dan cuti... result ditunggu and finally! 3.54 pada peringkat permulaan. yang pada saya sangatsangat lah menyeronokkan. mana nak rasa kalau kat mrsm dulu babe! alhamdulillah... yea, saya tahu bukan lah sangat membanggakan bagi anda yang dah biasa menggenggam anugerah-anugerah hebat. tetapi bagi farah yang dianggap loser ini, at least i am trying kann... tuhan maha adil dan jika usaha lebih lagi, membuak-buak lagi lah jawabnya. HAHA. dan kini, ini lah saya... i am still searching for a new me dan sekarang ini sedikit berjaya. yeay! huu~


itu lah 2009 saya. tidak mampu untuk mengomel panjang panjang lagi kerana saya mengejar masa. post segera yang boleh saya berikan. kerana, 1 january 2010 saya tidak akan berada di kuala lumpur. away to cherating dan niat untuk mengakses internet di sana adalah sangat menyedihkan. haha.

akan disambung tulisan ini lagi untuk post yang seterusnya.

btw guys,
SELAMAT TAHUN BARU 2010!!!

semoga hari ini lebih baik dari semalam. dan esok lebih baik dari sebelumnya. ;) tiada apa yang lebih baik dari apa yang telah dirancang oleh-Nya. dan segala sesuatu itu berlaku atas sesuatu.

sekian.

Monday, December 28, 2009

[love is good than hate]

salam~

when the heart filled with tears and pain, this is what really came on my mind.

ITS GOOD TO LOVE RATHER THAN TO HATE!
because i dont even want to make any harm on anyone and the most important, on ME!

those eyes, link them together
add on several cups of love
those hands, fold them together
deeply stir with a million laughter and kindness
those hearts, piece them together
dissolve the hatred inside

the 'cry of the day' will never come on the scene
as long as...
'the book cover judgments' will not be the same
let the rest to the Almighty
and both can really make it real with cheers and joyfulness
when we wore the same sunglasses
we will be able to enjoy the same beauty of nature

it is not as perfect as how those of Shakespeare. just an imperfect me.

*kepada mereka yang tak sudah sudah, cukup lah... saya berhenti di sini. thanks for be such a good friend (!!!) to make me realize how actually to live on the life dan membuat saya semakin matang. i've tried to be very kind wih you kalian but seems like things are not going okay dan saya sudah tidak larat. harap maaf. alhamdulillah...

thank you.

made of me: FARAH AZIEKA NASIR

[seorang gadis untuk mendapatkan kelegaan dirinya]

salam~

heyheyhey! setelah berhari-hari hanging out tak ingat dunia. hah, ni lahh padahnya tak tentu pasal free free je dapat kesengalan, kelenguhan badan yang rasanya macam tulang belakang dah membengkok je ni. saja nak melebih-lebih. takde masalah kan? ;p entry ini mungkin akan menyinggung insan insan tertentu atau tidak pun menimbulkan rasa kurang senang. haha. lantak lah. sorry, sorry and sorry. i tried to make it simple but i just can't. ampun.

saya pencinta bahasa. jadi takde masalah kan untuk itu? fine. why am i talking about this. adalah kerana farah azieka sudah penat dan rimas.
"farah kau ni jiwang lah".
"farah kau kenapa ha? tiba-tiba je jadi jiwang sangat ni".


jadi anda faham bukan? saya sudah penat kerana rasanya bukan ini pertama kali saya mengeluarkan ayat-ayat jiwang yang saya miliki itu kan. saya sudah rimas dengan soalan yang sama ditambah dengan ditanya oleh mereka mereka yang macam baru semalam kenal saya. haihh... tak salah rasanya untuk saya luahkan dalam ruangan saya sendiri tanpa menganggu urusan sesiapa. saya betul kan kalian? harap maklum. sesuatu yang bermain dalam fikiran andai tak mampu diluah melalui kata-kata tulisan mampu menjadi penggantinya. dan itu saya, kalau betul betul anda mengenali saya, farah azieka is not the right person untuk anda paksa meluahkan sesuatu yang tersirat dalam dirinya melalui kata-kata manis dari mulutnya. dan... kalau diberi pilihan untuk saya memilih cakap atau tulis, i'll prefer writing. tulisan itu adalah sebenarnya saya. ohh, sebelum saya terlupa. sesuatu frasa itu akan bertambah indah andai diguna kena pada tempatnya dan cantik pada susunannya. (ingat tips ni untuk mendapatkan A+++ dalam karangan anda. poyo!)

yang kurik itu kendi
yang merah itu saga
yang cantik itu budi
yang indah itu bahasa ;)


dan yang seterusnya pula,
saya benci bila ada yang cakap;
"farah, kau ni aku tengok tak habis habis lahh".

apa yang tak habisnya? entah. kalian tanya lahh badigol itu. maaf, farah hanya mahu memuaskan apa yang terpendam. bila kita cuba untuk menjaga hati orang lain, kita pula yang disakiti. bila kita cuba untuk menjaga hubungan dengan yang lain, kita pula pesalahnya. kesimpulannya? tepuk dada tanya selera. pesekitaran yang saya alami sekarang teramat menyakitkan. luaran sesuatu perkara itu lebih penting dari apa yang ada di sebaliknya kan? macam mana nak maju kalau terus begini. mereka tak faham apa yang sebetulnya. sesuatu yang bukan menjadi punca saya runsing sekarang ini dijadikan punca utama mengapa saya begini. dan kerana itu saya terus diherdik, dikata, disindir? saya bodoh kah atau mereka kah? dan tidak lah mengapa wahai sang prihatin.

yang di atas itu tetap satu. walau kata-kata di sana begini dan yang itu begini, yang di dalam hati ini sebenar-benarnya hanya saya yang tahu dan Yang Maha Mengetahui itu.

terima kasih kerana membaca.
niat saya sekadar melepaskan dan saya tidak pernah terlintas untuk mengguris sesiapa. diulang, SAYA TIDAK PERNAH TERLINTAS UNTUK MENGGURIS SESIAPA.

ampun... sekian. :)

Sunday, December 20, 2009

[hantu]

salam~

selepas makan di Nando's tadi, perut masih lapar dan kebulur. singgah di nasi lemak 70sen kg baru. saya teman mak keluar dari kereta (beli bungkus sahaja).

abah (yg berada di dalam kereta) ; adik, call mak tanya dah sudah ke belum.

adik; tiada jawapan (senyap sunyi mati)

abah; dik, dah call ke belum?

adik; tiada jawapan (senyap sunyi mati)

abah; mak tadi dik dapat ke tak? dah call?

adik; tiada jawapan (senyap sunyi mati)

abah; adik? (abah pandang sit belakang..... !!!)

padahal saya dah keluar dengan mak tadi
kami masuk kereta,

abah; abah ingatkan kau tak keluar tadi. puaslah abah bercakap sorangsorang.

mak; haha. nasib baik takde yang menyahut.

adik; abah bercakap dengan hantu.

Friday, December 18, 2009

[new moon new year]

salam~

1 muharam 1431 hijrah. bulan baru tahun baru.

saya tonton ini kelmarin bersama mastura. tak pernah terlintas untuk menonton cerita ini. tapi dibelanja oleh gadis comel molek ini, layannnn~ hihihihi. boleh bayangkan tak saya tonton cerita ini di panggung pula tu? haihh...

ohh, satu perkara yang langsung saya tak dapat nak lupa masa tengok movie ni. masukmasuk je dalam panggung dan bila sudah menjumpai sit kami.

lelaki cina muda; miss, ini betulkan cerita storm rider?

kami; (pandang sesama sendiri) ya3... tersipu-sipu.

lelaki cina muda; haiya i tought this was santau meyh!

kami; sengal. samada perli ataupun tidak terpulang. kami tak tahu. tapi kami pun gelak juga dengan mereka lepas tu. HAHA.




aaron kwok boleh tahan lah juga. ;p

malaysia menang tadi. i am satisfied! ;) tahniah untuk saya yang tak pernah hentihenti menyokong (nak jugak...) dan mereka. heehe. walaupun... saya bukan seorang yang fanatik bola sepak tapi andai melibatkan malaysia jangan mainmain dengan saya oke... wahh!

dan lagi satu kalian, tahun ini berakhir dengan baik. alhamdulillah. post untuk tahun baru masihi akan saya ceritakan lagi. :)

sudah lagi lama di sini saya akan tulis panjangpanjang lagi. perlu tidur dan esok ada kenduri di rumah nenek tercinta. kerahan tenaga diperlukan awal pagi lagi. jemput datang yea.

salam tahun baru everyone ;)


Thursday, December 17, 2009

[doing her tagged]

Salam~

yasnida's tagged me. thanks dear! let do it! ;))

Bold the statements that ARE true to you . Italicize the statements that you wish were true . Leave the fibs alone . Then , tag 5 people to do the same test .

I'm 170cm tall

I dont know what i want at the moment

Im not happy

I hate my life

I hate my friends

I hate my grades

I can drive

Im bored of driving

I have a white handbag

I love dancing

I go clubbing every week

Shopping is bullshit

I have a tattoo of a star

I got my navel pierced

I have friends that take drugs

90% of my friends smoke

I still hangout with my ex, eventhough our break up was rather nasty

Im studying fashion

I have a bussiness running

I hate cartoons

I hate someone

I have 10 lolipops handbags

I buy CLEO every month

My parents dont know about my blog...hehehe :D

I have an ipod

I dont have faith in the current "one."

My school mates know about my blog

I wanted to be a fashion designer

I love rock emo bands

I hate it when people cancel last minute meet ups

Im a rebel

I dont believe in love

High school's filled with drama

My parents have faith in me

I've bought shoes this month

A blogger bitched about me before

I hate sports

I heart italians food

I hate meeting new people

I hate nail polish

The mother bear gives me hugs

People should start appreciating me

High school was the worst time of my life

I have red hair

One Utama is my second home

Im a guy

Im scared of my Biology exam which im going to face tomorrow

I hate vacations

We'll last :)

I believe in long distance relationships

Im going to get high and smoke weed one day soon

I've robbed an old lady

Im starting to start applying make-up

I was a tomboy.

At times i think i still am a tomboy

I love bithcing about people behind their backs

I still have a bestfriend

I have a cat

I hate surprised parties

I hate planning parties

Im hot LOL hihi

Im a sinner

I've got a DS Light

I have a WII

I can live without music

Video games are a waste of time

I miss the father bear

I love being in love

I know how to cook

I have 100% freedom

Boys are assholes

I hate math

Im happy with what i have

I love horror films

I slept in my parent's room for 3 days after watching Scream when i was kid

My old friends keep in touch with me

I dont read newspapers

The news is such a waste of time

Blogging is a waste of time

I hate animals

I cant live without make-up

I curse like a pirate

Im happy with my 11 year old car

I hate people that are smart

I love Orange juice

I cant drink for nuts

I believe that everyone in their teens have lost their virginity

I've got a new phone

Im going to get a pair of new shoes by the end of this month

I love swimming

I haven't worked out since March

I think i'm fat

I love my friends and family

That's all! 5 person i'd like to tag :
i don't have any ;)

Friday, December 11, 2009

[mission impossible]

salam~

nothing much to membebel (oke fine farah azieka menyerah kali ini) ;D

all i want to say is
proudly farah azieka's 2009

mission is successfully complete! ;))

*yeap, i told you guys i've planned for this journey pada suatu jangka masa yang lalu. alhamdulillah syukur. farah azieka is not feeling well tonight dan esok akan pergi bercuti. memang bagus kan? doakan saya sihat kalian!

Thursday, December 10, 2009

[kemajuanku]

salam~

untuk entry kali ini macam biasalah, like i said before saya tak boleh lah kalau tak bercakap banyakbanyak sehari. saya rasa macam bukan diri saya. ngahaha. cakap banyabanyak kan berbaloi-baloi. ;p sambil didendang lagu brainstewz yang sudah lama tidak saya dengar. ouhh, teringat dulu-dulu dalam cube di mrsm. lagu inilah yang sering menjadi teman lalak tiaptiap kali balik prep sambil makan roti blueberry. stop. i reallyreally miss my peeps sekarang.

"...... jauh mindaku melayang,
terkenangkan dirimu sayang.........
........jangan biar aku sendiri lagi
ohh kasih dengar lah rayuanku ini........"

tengok! kan dah nyanyi dah ni. ngehehe. okeoke this is not the story at all. aku tengah cuti lah weyh! ;) saja nak kecoh. and luckily kalian, cuticuti Malaysia inilah saya rasa bagai 'jejak kasih' bersama temanteman lama yang lama tiada cerita. dan di mana lagi kalau bukan, FACEBOOK err, MUKABUKU!!! hehe. this is the objective why fcebook has been created for the world kann. facebook help you connect and share with the people in your life. :)

oke di sini mari dikenang kembali gimana saya boleh terjebak dalam jenayah (laman siber lahh kalian) ini. hohoho!

1) myspace

kalau dulu;
mereka mesti akan bertanya, "farah, emel ms kau apa?". saya, "sorry lahh weyh aku mana ada ms, tak reti aku buat bendabenda tu". mereka, "kau takde? serius?". saya, "betullah takde tipu pun apa aku dapat". sumpah dulu memang farah azieka buta IT. myspace tu binatang apa. sepatah haram saya tak tahu. hikhikhik. dan bila saya jumpa dia, first yasnida, yang seringkali akan menyuruh saya meng-create account myspace. alhamdulillah saya tidak termakan pujuk rayunya. HAHA.

sekarang;
saya masih tetap tiada account myspace tapi yang menjadi mangsa saya, saddam husain bin othman. siapakah lelaki ini? ehehehe. selepas tamat peperiksaan sijil pelajaran malaysia, saya semakin dirayu, diajak, dipujuk untuk menghasilkan satu oleh yanti dan lainlain tapi farah azieka masih tegar. huh. walau bagaimanapun. cewahh! myspace si dia menjadi mangsa. saya dah tahu guna lah wey dah tahu selok-beloknya tapi atas nama dia lah. hahak. sorry guys sampai sekarang masih tak minat kot untuk ber-myspace sekadar kadang-kadang mencilok membuka accountnya dan meng-usha sikitsikit dari sana. hee!

2)friendster

kalau dulu;
binatang apa lah ni wey. saya tetap tak tahu. hanya mampu mendengar yasnida mengomel-ngomel tentang aktivitinya di sini.

sekarang;
after SPM juga lah, sekali lagi saya mencilok accountnya. farah azieka memang kejam. tapi dia pun memang officially dah tak aktif kot. telah lama ditinggalkan namun ada jugalah kadang-kadang saya menggatalkan tangan membuka seketika. ehehek. sorry dorry strawberry!

3)facebook

kalau dulu;
yanti cakap, "kita dah buat facebook dah!". saya, "facebook tu apa benda pulak?". haihh, macammacam betul. betul kalian dahulu saya memang buta bendabenda ini semua. yanti, "kau try lahh buat facebook ni senang tak payah nak hias-hias macm kat myspace tuh". saya, "oke fine, nanti lah aku tengok macam mana dulu". jujurnya memang niat dihati memang ada nak buat bendabenda ni tapi malas melanda dengan extreme sekali.

sekarang;
duhh! saya lagi pakar rasanya kot tentang benda alah ni! hahaha. SAYA MEMANG GILA FACEBOOK BUAT MASA SEKARANG! harap maklum. huhu =P dan di sini juga lah, saya semakin rapat dengan mereka. mengenali yang tak pernah saya kenali. berhubung bersama teman lama di sekolah rendah, mrsm, uitm... berhubung bersama saudarasaudara di perantauan... macammacam lahh! seronok but seriously kadang-kadang ada juga lah bosannya. tak dinafikan. macammacam ragam manusia saya jumpa di sana tapi itulah, kehidupan yang mereka coretkan. (:

so, kalau tak malu add lah saya (ini memang betulbetul saya punya tanpa mencilok si dia punya, tapi kadang-kadang saya cilok juga bu ka kejapkejap, memantau aktivitinya. hakhakhak! :P) seperti di sebelah tu di facebook badge saya. ehehehe.

farahaziekanasir@yahoo.com

4)yahoo massenger

kalau dulu;
ym uhh sama ke dengan myspace, friendster tu semua? tak lahh, yang tu kalau kita nak chat. sembangsembang je. si yanti menjelaskan.

sekarang;
tatkala mahu memiliki satu account di facebook baru saya faham apa itu YM! memang dulu langsung tidak mengerti apa itu e-mel. hehek. sekarang saya juga telah memiliki beribu-ribu message dalam inbox telah diterima. kalau selepas SPM dulu, tiaptiap malam akan ber-ym-ing sampai komatu lahh jarijari den di bueknyo. hahaha. :)

5)blogger

ouhh, yang ini special sedikit. blog pertama yang saya jumpa saya pun dah tak ingat. tetapi ini semua rasanya pengaruh televisyen. langsung saya terus search di yahoo, dengan hanya menaip blog. kemudian terjumpa create your own blog. dan apa lagi teruslah mencuba. sehingga hari ini, inilah tempat saya mencoret nukilan, bebelan, repekan dan macam-macam lagi. hah, seperti ini lah! cakap banyabanyak. heheh :) jadi jangan segan jangan silu jemputjemput lah bertandang ke blog saya membaca tulisan insan adorable ini. wahh! kahkahkah. alamatnya trang tang tang lah akan kalian tahu if kalian baca entry saya yang ini. eh yeke? takpe lah. ini dia,

http://fadam2651.blogspot.com

6)skype

kalau dulu dengan ym nya sekarang makcik yasnida telah mengajar saya ber-skype-ing. HAHA. formasinya sama seperti yahoo massenger kan if i am not mistaken. saya masih baru dengannya. yea kalian saya sudah ada skype dan kalau rajin add lah saya.

farah.azieka.nasir

iye, semuanya bermula selepas tamat exam besar saya, SPM. memang seronok bersama alam siber ini tapi itu lah kalau tak beringat, 24 jam diluang seperti sampah dan debudebu habuk. melalaikan! lihatlah saya sekarang, pukul berapa masih belum diluangkan untuk tidur. heyy! kadang-kala terasa bosan dengan bendabenda ini semua dan bila difikir balik lagi bagus kalau terus membuta dengan bendabenda ini. what else can i do? sekadar meluangkan masa senggang yang ada dan berhubung dengan mereka yang saya sayangi. ;)

sekian.

Tuesday, December 8, 2009

[silly me]

salam~

the exact point about what i am going to membebel this time sebenarnya tiada tapi farah still tidak dapat mengahalang dirinya dari bercakap banyakbanyak sampai lebam. lantakkan. :)

farah azieka is having a problem memilih dan mencari background yang sesuai untuk blog yang teramat disayanginya plus terpaksa berhadapan dengan lappy yang semakin menjadi tidak keruan bloody bloody tett! urghhh! ;(

kepada sesiapa yang pernah melihat background yang telah saya pilih sebelum ini. yes, pada awalnya memang dirasakan itu adalah yang sesuai but setelah farah azieka membelek blogblog blogger yang lain.
chopp! one of the blogger is having the same background as mine. duhhh! i am sure my friend knows how farah azieka is going to be when dirinya dipaksa berkongsi walaupun it is a lil-bit-sharing.

I HATE SHARING.
haha. (but for some reason i manage to accept it, of course, farah azieka masih tidak sekejam mana pun) dan apabila farah azieka menyedari keadaan yang berlaku and now this is it. HITAM! (iye, saya tahu lah yang melayari laman siber ini bukan saya seorang so the probability untuk ada background yang sama is, ohhh! but still farah azieka can't accept this, ngahahaha) nantinanti lahh nak tukar yang lain, cuti kan sebulan apa ada hal. wahahaha (berkatakata tanpa memikirkan masa depan)

yes i know, corak tulang belakang tidaklah sepenting mana pun, content nya yang patut dititikberatkan! yeahh, i gain the spirit. there you go bebeh! ;p

sudah. cukup. bebelan lain kali menyusul.

silly farah azieka

*encik saya, tolonglah tukar background anda di sana menjadi warna oren sepenuhnya sebelum farah azieka mengambil tindakan menukarnya semula menjadi lembu. yang kononya tak handsome, hahak, but comel what... ;p sudah banyak kali merayu masih tegar dengan pendiriannya. memang kejam membuli farah azieka tanpa belas kasihan. takpe takpe...

Saturday, December 5, 2009

[keindahan terlalu indah]

salam~


semalam

sejarah jadi saksi

hari ini

pengalaman tersembunyi

dan esok

anugerah dinikmati

keindahan itu adalah sesuatu

dan kadang kala keindahan itu masih dalam percubaan

percubaan yang menuntut kerelaan

kerelaan yang menuntut pengorbanan

yang berlaku tetap berlaku

yang berlalu tetap berlalu

yang pasti tetap satu


FARAH AZIEKA NASIR

[simtom simtom gatal Farah Azieka]

salam~

if you notice guys, setiap post saya kebelakangan ini ber-waktu dalam lingkungan 2 pagi dan ke atas. for that, i am sure right now SAYA TELAH DILANDA INSOMNIA SEKALI LAGI gara-gara cuti yang terlalu lama. please give me something to do! ;(

tadi pergi ke rumah kak aisyah menghantar those cuppies yang telah ditempah, seorang gadis yang akan melayari bahtera perkahwinan tidak lama lagi. cewahh! tolong sana sikit tolong sini sikit (but act tak banyak pun yang ditolong) HAHA.

melihat 9 dulang hantaran yang akan diserahkan kepada pihak lelaki, honestly i can't bear with it! jealous mungkin, when is my turn?!!! err... ;p sepatutnya mahu saja saya upload gambargambar hantaran tadi, but adalah menjadi tidak patut gambar hantaran telah dipublish dahulu sebelum hari kejadian berlaku. no3, hihi.

this is not what am i going to talk about. cuma melihat kak aisyah tadi then i was thinking. persiapan perkahwinan sangatsangat lah merumitkan. macammacam benda perlu di settlekan ditambah dengan tenaga yang banyak diperlukan, sememangnya akan menyusahkan banyak pihak. and most important is, ongkosnya perlulah berada in the right amount. dan kemudiannya saya berbalik kepada diri sendiri, ohh my husband, beware! haha.

bukan apa, farah mahu semuanya berjalan dengan lancar+farah tidak mahu menyusahkan sesiapa. biar saya yang pening kepala sendiri biar saya mengendong susah payahnya sendiri. dan kalau boleh saya mahu menjadi wedding planner sendiri. saya ulang saya mahu jadi wedding planner saya sendiri. baru puas hati babe! saya mampu atau tidak biar hanya saya yang tahu ;) lagi satu, kenapa hantaran perlu diberi lebih kepada pihak lelaki yea? humm... haha, sifat cemburu yang sangat tinggi. bak kata kak aisyah tadi, "nanti akak nak bagi tahu Mok (gelaran kepada bakal suaminya), nanti dah habis sanding semua hantaran ni semua letak kat umah by oke!"... kak aisyah memang pandai. yes i know memang tidak patut :P

erm, tertarik dengan sembangsembang sewaktu menyiapkan bilik pengantin tadi. kak aisyah with her mum (cik milah, gelaran anak-anaknya) dan yang lainnya di dalam tadi. ketika cik milah terlihat sehelai baju ala-ala pakaian malam, err... ;p

cik milah: baju siapa ni long?

kak aisyah: baju akak tu mak...

acu (my aunty which is the wedding planner) : baju aisyah tu cik, nak pakai malam dia dengan mok nanti. tengoklah kan takde butang tu...

cik milah: owhh, haah yea senang sikit yea tak. ikat tali je macam ni ha, buka je nanti yea? tapi kenapa colour biru tak menarik... (sambil cik milah membelek-belek pakaian yang akan dipakai anaknya itu)

kak aisyah: amboi cik milah...

cik milah: eh cik milah kau ni dah ada pengalaman...


so, bila nak kahwin akan terkeluar juga lah kan and-so-18-above-story tu. haha. nasib farah dah cukup umur lah kak. haiya...

btw, esok akan menjadi tarikh sahnya si dia bersama si dia as husband and wife. best of luck dear sis ;)

*farah masih belum bersedia sejujurnya untuk menjadi penggalas tanggungjawab sebesar begini. haha, hanya selingan. iye, gatal lahh kau farah! wekk! tiada kena mengena sama ada yang hidup mahupun sebaliknya... sekian :)


Friday, December 4, 2009

[current feeling]

salam~

it should be one new post for tonight. but inilah padahnya bila facebook dibuka dulu sebelum berblogging. haihh. tak kisahlah. badan dah sengalsengal gatalgatal. ditambah dengan hujan kuala lumpur yang sangat mengasyikkan.

and what's on my mind ryte now? TIDUR!
so the next post will be on the next day. insyaAllah. ;)

current mood yang langsung tidak dapat dielak farah saat ini!
my dear,
sekian

nyte bloggies! ;(



Tuesday, December 1, 2009

[sweet dreams]

salam~

2.00 a.m
1 disember 2009
farah masih belum tidur
kerana telah melelapkan diri selepas menelan ubat beberapa jam yang lalu
(:

kerana mata yang tak mahu lelap, saya kembali melilau seorang diri di ruang tamu menatap lappy turun temurun akak tersayang. i love you sis! ;) facebook, myspace, blogspot telah habis diteroka. melihat perkembangan temanteman. lama kot farah tidak berkegiatan begini. weehee! ;p

saya terjumpa sesuatu, sebilangan mereka berubah. bukan seperti apa yang saya kenal dulu. mungkin saya silap kerana hanya melihat dengan mata kasar... ampun. saya hanya menyatakan apa yang dirasa pada ruangan sendiri ;) ahh, tak perlu saya ungkap melampaulampau. iye, saya faham.

saya lemah dan di sini hanya doa;
ya allah, i don't even want my self to change like what ive seen before on them.
dan jika saya mahu berubah sekalipun, biarlah perubahan itu sesuatu yang berkualiti as long as i can sail in this world with my own feet. :)
amin ya rabbal alamin...


sudah, saya perlu tidur untuk kesegaran esok hari. doakan saya terus sihat kalian =)

Monday, November 30, 2009

[aja aja fightin']

salam~

haihh, setiap kali mahu blogging ada saja halangannya. but for now saya tak kira akan di post juga. gambate kundasai! hee... ;))

satu persatu akan saya ungkapkan di sini. ngahaha!

rambut; berjuta, berbillion rambut gatal mulai tumbuh. wahh ;(
mata; sudah terlebih tidur mahupun tak cukup tidur... err...
muka; bergarisan khatulistiwa, depan legam belakang suci. adushh...
badan; lemahlemah keletihan, weakness!
tangan; lebam sanasini ;(
kaki; luka sana luka sini, melecet sana melecet sini ;(

ini adalah entri yang akan saya ceritakan apa yang telah berlaku kepada saya selama 10 hari di uitm melaka tersayang. ;) menjalani latihan intensif bakal komander (LIBK). sejujurnya dan sememangnya bukan sesuatu yang mudah. tanpa ragu. (:

alhamdulillah, saya berjaya bertahan sampai ke hilir lah babe! wahahaha ;p tapi itulah, tubuh badan fizikal saya adalah bukan seperti yang biasa buat masa terdekat ini. that is why saya hanya mampu menulis ciri-ciri tubuh yang dialami tanpa gambar yang perlu di upload. malu lah i... kui3.

seriously muka saya sangatsangat teruk buat masa sekarang. like my dad, disebabkan abah shift malam sewaktu saya pulang saya hanya berkesempatan menemuinya buat kali pertama keesokan pagi saya di rumah, and when he woke up dan melihat kali pertama anak gadisnya ini yang sedang asyik melayan tv, ini yang keluar secara spontannya, "teruknya muka kau ni dik, memang betulbetul kawad dalam panas ke?", humm... sudah gaharu cendana pula sudah tahu. arghh! ate teman kawad dalam panas lah bah... kalau tak takdo jadi cemane gini haa... haha. and fyi kawankawan, my abah memang sangatsangat cerewet dengan muka anakanak gadisnya terutamanya saya yang sering menjadi tumpuan virusvirus kulit yang kejam. sometimes dialah orang pertama yang akan sedar anasiranasir yang tak sepatutnya di muka kami. hak3. usahkan jerawat juga ditegur apatah lagi legam begini. aduyai... and like my mum said, "muka kau ni dah macam dayang senandung mak tengok", sambil disambut dengan gelak tawa my abah and my akak yang sangat tidak berhati perut. urghhh! ;(

takpe, takpe. farah sedang menjalani pembedahan rehat dan rawat lah sekarang. tunggu saja lah. (harapharap menjadi usaha yang dilakukan) hek3...

oh ya, attention! kepada sesiapa saja yang saya sayangi.
; jangan menggatalgatal mahu mengajak saya keluar buat masa sekarang oke. iye, saya tahu lah saya sedang cuti sekarang but bagi lah masa saya pulih dulu. haiya. rumahku syurgaku. harap kalian faham. segala ketidakfahaman tidak dilayan. hahaha... :)

apapun yang berlaku, this is lah yang saya pilih. pandai buat pandai tanggung lah kan. nvm. saya seronok. pangalaman yang tak mampu saya ungkap dengan tulis bercerita panjangpanjang. saya sangatsangat bersyukur. dan sekarang saya berjaya menyandangnya.

komander rendah muda farah azieka binti nasir
(bukan untuk menunjuk-nunjuk cuma menyatakan gembira dan syukur kerana saya juga kuat! namun tak kisah lah apa kalian mahu fikir. its all up to you kawankawan)


selepas selesai memasuki hutan meredah paya, kelapa sawit, semak samun, kubur and all that. aktiviti tunjuk arah. pengalaman yang sangatsangat tidak dapat dilupakan. dan mereka ini antara watak pencorak harihari saya di sana. kinda missing this moment yang saya tahu takkan dapat diulang.

*saya sendiri tidak pernah terbayang untuk memakai uniform yang besar dengan pangkat yang perlu digalas di bahu, kasut but yang amatamat berat yang perlu dikilat setiap malam dengan stokin berlapislapis perlu dipakai elak melecet namun tetap melecet, beret di kepala dengan batch bersinarsinar perlu dikilat sendiri plus tibatiba dituntut untuk bekerjasama dengan merekamereka yang tidak pernah kalian kenali. and at last, di hari terakhir kami menangis untuk berpisah sesama sendiri. hee... ;D

MIND OVER MATTER!